• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bangunkan Helmet Pintar dengan Sistem Radar untuk Elak Dirempuh dari Belakang

Honda Bangunkan Helmet Pintar dengan Sistem Radar untuk Elak Dirempuh dari Belakang

May 1, 2019 By Aryon Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


REMPUHAN dari belakang ialah antara situasi kemalangan paling berbahaya yang perlu dihadapi penunggang motosikal. Menyedari risiko tersebut, Honda kini sedang membangunkan sistem amaran atau pengesan awal untuk motosikal berasaskan radar belakang.

Sebenarnya bukan Honda saja, Ducati dan Suzuki sebelum ini dilaporkan turut membangunkan teknologi radar motosikal yang akan dipasangkan pada produk masing-masing.

BACA >>> Suzuki Bangunkan Teknologi Reflektor Radar, Bantu Elak Kemalangan Akibat Dilanggar

Namun, berbeza daripada dua pengeluar motosikal itu, sistem radar Honda ini akan dipasangkan pada helmet. Ia berfungsi mengumpul dan menghantar data secara langsung kepada unit pemprosesan komputer (CPU), dan mengesan kehadiran kenderaan belakang yang datang menghampiri, lalu memberikan amaran menerusi pemuka, (atau boleh jadi menerusi getaran pada pelana atau bar).

Antara sebab kenapa pengeluar selain Honda memilih memasangkan sistem radar pada motosikal ialah kerana ia akan menambah berat helmet. Sistem radar pintar itu memerlukan puluhan metrik masa nyata dan poin data yang perlu diinterpretasikan serentak.

Selain kuasa komputer, sistem radar itu memerlukan banyak sensor untuk mengumpul semua maklumat penting. Semuanya perlu dipakejkan dalam unit kompak yang ringan dan pintar, sama seperti sistem D-Air dibangunkan Dainese. Jadi dapat dibayangkan Honda akan cuba menjadikan helmet berteknologi tinggi itu seringan mungkin.

BACA >>> Dainese Lancar Sut Menunggang dengan Sistem Beg Udara untuk Wanita

Inovasi awal itu dapat dilihat pada imej paten kamera yang dipasangkan dalam helmet yang menggunakan pengecaman wajah untuk membuka motosikal, ciri sama yang digunakan telefon pintar masa kini.

Jadi ada kemungkinan helmet pintar Honda ini turut memuatkan sistem radar depan, dengan ciri seperti paparan dongak (HUD) untuk memaparkan maklumat pentingan sepanjang tunggangan seperti halaju semasa, amaran bahaya dan lain-lain.

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, helmet, Helmet Pintar, Helmet Radar, Honda, paten, Sistem Radar, teknologi, Teknologi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev