• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Dainese Lancar Sut Menunggang dengan Sistem Beg Udara untuk Wanita

Dainese Lancar Sut Menunggang dengan Sistem Beg Udara untuk Wanita

March 6, 2019 By Aryon Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR sut keselamatan, Dainese sudah membangunkan sistem beg udara D-air untuk penunggang motosikal sejak 20 tahun lalu. Pada 2000, syarikat dari Itali itu memperkenalkan prototaip pertama beg udara  mengikut bentuk badan. Cuma dua dekad kemudian barulah produk sebenar dibuat untuk wanita.

Dainese D-air sudah digunakan pelumba MotoGP sejak 2007, dan sut ini turut mengadaptasi inovasi sama, iaitu teknologi mikrofilamen yang berfungsi mengagihkan udara sama rata ke seluruh sistem terbina dalam. Unit kawalan elektronik akan mengesan dan memproses data sensor sepantas 1,000 kali per saat.

BACA >>> Sut Lumba Dainese D-Air dengan Pilihan Edisi Rossi

dainese-lady-d-air-4
dainese-lady-d-air-1
dainese-lady-d-air-2
dainese-lady-d-air-3

Kemudian, Sistem Perlindungan Pintar (IPS) secara automatik akan mengaktifkan sistem beg udara dalam situasi yang mengikut pennilaian sistem sebagai tidak selamat seperti terjatuh, tercampak, melambung, terseret atau berguling.

D-air ialah sistem kendiri yang mendapat kelulusan CE Category II. Ia beroperasi dengan kuasa bateri yang tahan hingga 25 jam dalam mod tunggu-sedia (stand-by), atau 8 jam jika dipakai. Tempoh mengecas penuh pula mengambil masa 6 jam yang mana model 2019 mesti didaftarkan dan diaktifkan menerusi aplikasi mobil D-air.

BACA >>> Held Perkenal Jaket Motosikal dengan Sistem Lampu LED

Sempena 2019, Dainese mengumumkan tiga sut wanita yang  dilengkapkan dengan teknologi D-air, terdiri daripada:

  • DAINESE MISANO 2 LADY D-AIR PERFORATED 1PCS SUIT (sut lumba wanita) - AS$2,500 (RM10,234)
  • DAINESE AVRO LADY D-AIR 2PCS SUIT - harga belum umum

  • DAINES RACING 3 LADY D-AIR LEATHER JACKET - harga belum umum

SUMBER: Dainese.com

Artikel Berkaitan

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Dainese, Dainese D-air, roda2, Sut, Sut Keselamatan, Sut Keselamatan Wanita, Sut Wanita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my