RAMAI peminat modifikasi motosikal di Malaysia cenderung berkiblatkan model-model dari Jepun, dan Indonesia juga tidak terkecuali. Lihatlah pembikinan kapcai Honda Trail Cub 55 dari negara seberang ini yang tampil garang ala jentera off-road menerusi penampilan tayar dadu, dwi sproket, ekzos rentang belakang dan lencana Honda 55.
Melihat lencana itu, Honda Cub ini nyata sebuah kapcai edisi khas yang bukan biasa-biasa. Ia didatangkan dengan sproket belakang ganda yang berfungsi mengurangkan nisbah roda gear ketika meredah permukaan rupa bumi kasar, tidak rata dan bercerun dengan menukarnya dari rantai kepada gegelang sproket lebih besar. Bayangkan basikal gunung.
BACA >>> #BikinMotor: Honda CB100 (1976) Sentuhan Mekanik yang Minimalis Agresif
Bahagian fender depan juga ringkas supaya mudah melepasi kawasan berlerang atau jurang tegak. Trail Cub 55 ini ialah hasil pembikinan daripada versi Honda 50 yang sebelum ini menggunakan enjin 49cc, dan diubah suai kepada 54cc keluaran 1962-64 dengan sebutan generasi model C105H/C105T/CA105T.
MOTOSIKAL PEMBURU, KAKI PANCING ERA 60-AN
Model ini suatu masa lalu digunakan sebagai motosikal pemburu dan pemancing untuk meredah laluan off-road. Restorasi Trail Cub 55 milik Decky Sastra ini asasnya daripada model C50. Jadi, versi Amerika/Australia ini disebut sebagai Honda Cub Trail, khas untuk tujuan memburu atau menempuh laluan lereng.
BACA >>> Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Honda Super Cub ke-60, dan Pengeluaran 100 Juta
Fungsi dwi gear ialah apabila menunggang atas jalan off-road, gear besar akan digunakan, manakala jalan raya biasa akan dipacu gear kecil. Penukaran gear dilakukan manual menerusi rantai supaya dapat dianjak masuk ke gear besar. Uniknya, motosikal ini ada sistem brek kombi yang saling berhubungan antara roda depan dan belakang.
Enjin asal agak uzur, jadi si tuan motor memilih menggantikan ia dengan enjin model C70. Bagi mendapatkan komponen model tersebut juga cukup sukar hingga memaksa Decky keluar 'berburu' dari forum motosikal klasik tempatan hingga laman e-dagang seperti eBay. Proses modifikasi pula diserahkan kepada Franky dari bengkel Yasashi Garage.
Proses ubah suai mengambil masa sebulan dengan penuh ketelitian kerana perlu menyesuaikan dengan kondisi motosikal era itu. Malah, gear juga perlu dibikin beberapa kali supaya dapat beroperasi normal.
BACA >>> #BikinMotor: K Speed Super Cub - Kapcai 110cc Jadi Café Racer
SUMBER: NaikMotor
Leave a Reply