BERPANTANG maut sebelum ajal. Pemandu Subaru WRX ini bertuah kerana tidak mengalami kecederaan parah dalam kemalangan teruk di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan enjin, kotak gear dan ekzos tertanggal lalu tercampak atas jalan.
Foto kemalangan tersebut dimuat naik pengguna Facebook, Allan Keith yang menurutnya berlaku pada sebatang jalan dengan had laju 48kmj, dan semestinya kereta pemandu malang itu dipandu melebihi had laju tersebut berdasarkan impak berlaku.
Imej di tempat kejadian menunjukkan ada beberapa detik kereta mangsa menggelincir menyeberang jalan, memanjat bendul jalan sebelum terus terseret di luar kawalan sepanjang kaki lima jalan berkenaan. Ia kemudian berhenti selepas menghentam tiang elektrik dengan kerosakan teruk yang boleh diklasifikasikan sebagai total lost.
Seperti kita lihat, WRX itu mengalami beberapa impak berat hingga membuatkan bahagian depan dan belakang kereta remuk teruk, serta begitu juga tingkap depan dan belakang pecah berderai. Impak kemalangan akibat kelajuan tinggi dapat diketahui kerapa enjin boxer, berserta transmisi dan sistem ekzos tertanggal dari kereta tersebut, manakala komponen lain bertaburan sepanjang jalan.
Menurut Keith lagi, pemandu Subaru itu tidak memakai tali keledar dan turut tercampak dari kereta dipandunya hingga menyebabkan kecederaan parah seperti patah bebera patulang rusuk, dan lebam pinggul. Malah, dilaporkan memandu ketika mabuk. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah lain yang mengakibatkan maut.
BACA >>> Subaru WRX STI Versi 2019 Bakal Tampil Lebih Berkuasa
ENJIN BREAK-AWAY
Sebenarnya enjin tertanggal dari kereta ialah teknologi khas dibangunkan Subaru, dipanggil 'break away engine', yang berfungsi menyerap impak kemalangan sebelum jatuh di bawah kabin penumpang untuk memberikan ekstra perlindungan. Teknologi sama juga diaplikasikan pada Proton Preve dan pernah beberapa tahun lalu kita digemparkan dengan foto sedan itu terbabit kemalangan hingga tercabut enjin.
Tapi macam biasalah, lebih ramai orang kita yang gemar mengecam daripada mengetahui perkara sebenar. Maklumlah kereta tempatan...
BACA >>> #Videotomotif: Subaru WRX STI Letak Penanda Aras Bunyi Ekzos Kegilaan Ramai
SUMBER: CarScoops
Subramaniamaru says
Penulis berita mesti drive preve hahahaha