• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

April 23, 2019 By Han Othman 1 Comment

13.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN Iriz (2019) versi dipertingkat (facelift), Proton turut melancarkan sedan subkompak Persona (2019), juga edisi facelift secara rasmi dengan rekabentuk lebih segar dan ciri diperbaharui.

Proton Persona (2019) facelift sudah ditunjukkan kepada media pada Mac lalu, dan sama seperti adik kembarnya itu, model sedan ini didatangkan dengan ciri arahan suara 'Hi Proton' yang mula digunakan SUV kompak, X70.

Ada lima penambahbaikan dilakukan Proton untuk Persona (2019) iaitu:

  • Prestasi brek lebih baik.
  • Rating GCPA (Audit Produk Pelanggan Global).
  • Rating NVH lebih senyap..
  • Pengalaman pelanggan.
  • Penggunaan bahan api.

Proton turut mempamerkan Persona (2019) kepada umum pada Malaysia Autoshow 2019, minggu lalu. Jadi, pelancaran rasmi hari ini lebih kepada pengumuman harga dan perincian spesifikasi. Apa yang baharu dan apa pula yang menarik tentang sedan subkompak baharu Proton ini?

ENJIN, VARIAN DAN HARGA

Proton Persona (2019) dijana enjin 4-silinder sebaris 16 injap DOHC, cuma satu sesaran enjin ditawarkan 1.6L (107hp @ 5,750rpm, 150Nm @ 4,000rpm) dengan pilihan dua transmisi, manual 5-kelajuan (MT) dan CVT, manakala sistem bahan api menggunakan teknologi Suntikan Multipoin (MPI).

Kapasiti bahan api ialah 40 liter dan turut disertakan bersama mod Bantuan Pemanduan ECO untuk semua  varian, manakala kapasiti but ialah 510 liter.

Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson dan bar stabiliser di depan dan gandar kilas rasuk aka torsion beam di belakang. Sistem brek pula jenis cakera di depan dan brek dram di belakang.

Ada empat varian ditawarkan untuk Persona (2019):

  • Proton Persona Standard 1.6L MT - RM42,600
  • Proton Persona Standard 1.6L CVT - RM44,600
  • Proton Persona Executive 1.6L CVT - RM49,600
  • Proton Persona Premium 1.6L CVT - RM54,600

* Harga ialah untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Harga Malaysia Timur perlu ditambah RM2,000 untuk setiap varian. 

Menariknya, harga Persona (2019) edisi facelift ini jauh lebih murah berbanding model lama. Sebagai contoh, model paling premium, Persona Premium 1.6L CVT berharga RM54,600, manakala Persona lama RM59,800 untuk varian sama dengan beza harga hingga RM5,200. Ingat, model baharu ini diberikan spesifikasi lebih bagus dan harga lagi murah. Wow!

Malah, varian Persona (2019) paling asas, iaitu Standard 1.6L MT cuma serendah RM42,600, dikurangkan hingga RM4,200 daripada varian sama versi lama yang berharga RM46,800!

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

LUARAN

Setiap varian menggunakan lampu utama jenis halogen, tetapi varian Executive dan Premium diberikan ciri lampu siang (DRL), ciri Follow Me Home, cermin sisi elektrik dan boleh lipat automatik dan kawalan but. Varian Premium mendapat ekstra ciri lampu automatik.

Ciri luaran standard lain ialah antena sirip jerung dan spoiler. Persona (2019) menampilkan standard tayar 185/55 R15 dan rim aloi 15 inci. Ada lima warna ditawarkan: Rosewood Maroon (merah hati), Ruby Red (merah), Snow White (putih), Armour Silver (perak) dan Jet Grey (kelabu).

DALAMAN

Varian Standard menggunakan material fabrik untuk upholsteri, manakala Executive dan Premium mendapat kemasan kulit semi-leather, termasuk suis kawalan pada stereng untuk fungsi audio, kit fon bebas tangan, paparan multi-info TFT (LCD untuk Standard), punat tekan mula (push-start) dan tingkap pemandu anti-jepit serta kerusi belakang boleh lipat 60:40 untuk ekstra ruang kargo.

PAKEJ KESELAMATAN

Persona (2019) mendapat rating 5 bintang dalan ujian perlanggaran Asean NCAP menerusi pakej ciri keselamatan lengkap, terdiri daripada

  • 2 beg udara SRS (semua varian), tetapi varian Premium 1.6L CVT dibekalkan 6 beg udara (2 sisi, 2 tirai)
  • Pautan kerusi ISOFIX dan pautan atas Top Tether.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Pegun Bukit (HHA)
  • Sensor Parkir Depan
  • Kamera Undur dengan Garis Dinamik (varian Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT sahaja)

SISTEM INFOTAINMENT MODEN, TERKINI

Ini ciri baharu ditampilkan Persona (2019), sesuai dengan trend teknologi kenderaan moden masa kini. Setiap varian dilengkapkan tiga palam USB (1 untuk data, 2 untuk cas) dan sambungan Bluetooth. Ada dua pembesar suara untuk varian Standard, dan empat pembesar suara, termasuk konektiviti telefon pintar untuk varian Executive dan Premium.

Namun, varian Premium pasti lebih bertuah kerana dilengkapkan dengan arahan suara 'Hi Proton', strim muzik atas talian, navigasi atas talian, dan ciri 4G dengan WiFi, serta monitor skrin sentuh 7 inci (Executive dan Premium).

WARANTI

Setiap pembelian Proton Persona (2019) ditawarkan waranti 5 tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu) dan pakej data 5 tahun dengan 1GB sebulan.

Bukan itu saja, bakal pembeli Proton Persona (2019) bakal menikmati faedah pinjaman serendah 2.93 peratus selain diberikan tiga kali caj kos upah secara percuma (sehingga 20,000km).

BACA >>> Foto Penuh Proton Iriz R5 Baharu! Kini Tampil Tema Jalur Gemilang!

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Memang Ada Stail!!!

Related

13.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2019 proton persona, Facelift, harga proton persona baru, kereta proton persona baru, Proton, Proton Persona, Proton Persona (2019) Facelift, proton persona baru, proton persona facelift, Roda4

Comments

  1. Jie says

    May 29, 2019 at 11:56 AM

    Minyak pengunaan dalam 100km berapa?betul ke 6.1

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my