• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

#TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

April 24, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PALAM pencucuh aka spark plug ialah salah satu komponen penting motosikal yang berfungsi membakar petrol sebagai bahan api untuk digunakan sebagai sumber pembakaran enjin. Palam pencucuh terbaik akan menjamin prestasi sesebuah motosikal dimaksimumkan.

CARA MENUNGGANG PENGARUHI USIA PALAM PENCUCUH?

tukar-palam-pencucuh
palam-pencucuh-spark-plug-motosikal
palam-pencucuh-pegang

Asasnya, cara menunggang memang memberi kesan kepada prestasi enjin dan kecekapan bahan api secara keseluruhan. Semakin baik cara menunggang, prestasi enjin akan lebih optimum, dan penggunaan petrol jadi lebih jimat.

BACA>>>#TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

Cara menunggang turut mempengaruhi palam pencucuh walaupun tidak terlalu besar. Tabiat menunggang secara henti-mula (stop & go), termasuk kerap memulas terotel mengejut sangat berisiko memendekkan umur palam pencucuh. Faktor terbesar ialah kebuk pembakaran tidak sihat dan tidak bersih. Ini membuatkan palam pencucuh cepat kotor, sekali gus menyebabkan komponen itu cepat mati.  Malah, cuma mampu bertahan beberapa bulan sahaja.

Selain itu, usia palam pencucuh tidak bertahan lama juga berpunca daripada talaan karburetor yang tidak tepat atau tidak sesuai dengan ketumpatan palam pencucuh. Jika, terlalu longgar, ia akan menyebabkan penggunaan petrol tinggi dan tidak dibakar secara maksimum. Situasi ini membuatkan palam pencucuh sentiasa basah dan cepat mati.

Jadi, ada tiga perkara perlu diambil kira iaitu:

  • Campuran udara dan petrol mesti tepat.
  • Tiada kebocoran mampatan.
  • Palam pencucuh sentiasa bersih.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan dan Atasi Masalah Injektor Bahan Api?

BILAKAH PALAM PENCUCUH PERLU DIGANTI?

palam pencucuh_1
palam pencucuh_2
palam pencucuh_3

Mudah saja, kebanyakan palam pencucuh perlu diganti apabila mencapai purata perbatuan 6,000km. Ada beberapa simptom yang boleh dikesan seperti enjin hilang kuasa (sebu atau semput), tenaga motosikal mula lemah dan penggunaan petrol tinggi.

Simptom ini berlaku kerana petrol sudah menceroboh masuk ke dalam kebuk pembakaran dan tidak dibakar sempurna palam pencucuh hingga percikan jadi kecil dan tidak fokus, atau dalam bahasa teknikal miss fire (nyahbakar).

BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Palam Pencucuh Perlumbaan untuk Motosikal Harian?

Jadi, jangan lupa periksa palam pencucuh OK!

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

346
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, autotainment, enjin tanpa palam pencucuh, palam pencucuh, palam pencucuh berganda, spark plug

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev