Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»9 Fakta | Toyota Corolla Hatchback (2019) yang Perlu Anda Tahu
Roda4

9 Fakta | Toyota Corolla Hatchback (2019) yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla hatchback (2019) serba baharu dijangka berada di pasaran lebih awal. Tidak dapat dipastikan apakah model itu berada dalam senarai UMW Toyota Malaysia. Apapun, artikel ini akan menyenaraikan 9 fakta penting yang anda perlu tahu tentang hatchback baharu itu.

Corolla hatchback (2019) muncul beberapa minggu lalu di Pameran Auto New York (NYAS) 2018. Model kompak itu tampak lebih menarik berbanding model terdahulu. Malah, pemanduan jadi lebih menyeronokkan dan turut ditawarkan teknologi moden terbaharu yang khabarnya tiada pada model  mewah.

Nampak cukup menggoda bukan?

9. SAIZ DIPERTINGKAT

Fakta ke-9 ialah saiz yang dipertingkat. Kali ini, hatchback Toyota itu tampil lebih sofistikated daripada Corolla iM yang sedikit besar, terima kasih kepada platform baharu, Toyota New Global Architecture (TNGA) yang dijadikan asas pembangunan. Saiz Corolla hatchback (2019) adalah kira-kira 1.2 inci lebih lebar dan 1.5 inci lebih panjang 1.5-inci dengan bahagian depan dan belakang serta jarak roda yang turut dipertingkat.

8. KETELITIAN DAN KEHALUSAN

Asas TNGA yang turut dikongsi model Toyota lain seperti Camry dan Prius membolehkan Corolla hatchback (2019) menawarkan perincian lebih baik. Ketidaksempurnaan jentera dapat diserap dan diredamkan casis dengan kekasaran minimum, sekali gus menjadikan fill kabin lebih tegap dan tegun.

Malangnya, kecemerlangan itu tidak diterjemahkan kepada stereng yang sepatutnya digubah jadi lebih menyeronokkan. Ia nampak agak ringan dan terasing. Model pesaing lain seperti Mazda3, Honda Civic dan Ford Focus memberikan fill pemanduan yang lebih bernyawa.

7. CITA RASA AGRESIF

Fakta ke-7, Corolla hatchback (2019) memberikan cita rasa agresif dengan menyerlahkan keanggunan rekabentuk yang tiada pada model Toyota terkini seperti Camry dan Avalon. Buat kali pertama, rekaan gril besar dilihat tidak menjengkelkan. Malah, rekaan lampu depan dalam tiga kluster dan lampu belakang tampat begitu menarik.

6. KABIN ELEGAN

Lebih mengagumkan ialah hiasan dalaman Corolla hatchback (2019). Papan pemuka direka ringkas tetapi elegan dengan konsep horizontal yang kuat. Permukaan kabin menggunakan plastik lembut seperti material  kereta mewah. Tempat duduk belakang lebih luas dan mampu memberi keselesaan secukupnya buat penumpang berketinggian 6 kaki.

Kalau ada pun kekurangan ciri dalaman model itu ialah aspek praktikaliti. Ruang kargo nampak agak sempit dan tidak banyak muatan yang mampu dimasukkan.

5. PECUTAN BERKUASA

Satu-satunya enjin ditawarkan Corolla hatchback (2019) ialah enjin 4-silinder 2.0L aspirasi natural (NA) berkuasa 168hp dan tork 204.7Nm, setanding model lain dalam kelas sama – kompak hatchback. Selain cukup responsif pada rev tinggi, enjin ini turut memberikan pecutan memberangsangkan walaupun tidak pula terasa terlampau laju. Mungkin memerlukan lebih fiil, tetapi masih berbaloi dengan apa ditawarkan.

4. TEKNOLOGI INFOTAINMENT

Corolla hatchback (2019) turut menawarkan banyak ciri teknologi moden masa kini. Sebagai permulaan, varian standard SE ataupun model yang ada ciri lebih baik seperti XSE, kedua-duanya dilengkapkan skrin sentuh 8-inci sebagai ciri standard walaupun ada dua sistem infotainment berbeza: Entune 3.0 Audio dan Entune 3.0 Audio Plus.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

Integrasi Apple CarPlay dan Amazon Alexa sudah siap dipasang dalam dengan opsyen sistem audio JBL, kawalan suhu automatik dan pengecas tanpa wayar Qi. Ciri lain seperti lampu LED, lampu depan dan belakang juga didatangkan standard bagi mengekalkan rupa premium.

3. OPSYEN 2 TRANSMISI

Toyota menawarkan 2 jenis transmisi: CVT dan manual 6-kelajuan. Tidak seperti pesaing lain, transmisi automatik Corolla hatchback (2019) menampilkan gear pertama tetap yang membantu prestasi dan fiil memandu. Selepas bergerak, tali sawat dan puli akan mengambil alih seperti biasa yang turut meniru penukaran gear tradisional di bawah rev tinggi untuk mengelakkan masalah enjin.

Transmisi Manual Pintar (Intelligent Manual) juga dilengkapi pelbagai kelebihan. Selain menonjolkan padanan rev automatik bagi menyempurnakan penukaran gear rendah, ia juga dapat mengelakkan enjin menderam. Ia amat berguna buat pemandu baru dan berkemampuan melaraskan rpm enjin secara automatik bagi penukaran gear yang lebih lancar.

2. KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Setiap Corolla hatchback (2019) didatangkan dengan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0, iaitu teknologi bantuan pemanduan termaju daripada jenama Toyota. Ini termasuk ciri biasa seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

Tetapi kereta ini juga memuatkan kemudahan tidak dijangka seperti Pengecaman Tanda Jalan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) yang membantu kereta mengekalkan kedudukan atas jalan. Selain itu Corolla hatchback (2019) turut menampilkan ciri pengesan pejalan kaki dan mampu mengecam kelibat penunggang basikal.

1. DI PASARAN TAHUN INI

Corolla hatchback (2019) bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan pengeluaran sudah bermula sepanjang Jun nanti. Secara keseluruhan, model 5-pintu ini mampu memberikan kejutan. Selain luas, seronok dipandu dan menawarkan banyak ciri menarik, hatchback ini mungkin menjadi Corolla pertama yang berbaloi dimiliki.

SUMBER: AutoGuide

hatchback Roda4 Segmen C Toyota Toyota Coroll Hatchback (2019) Toyota Corolla (2019) Toyota New Global Architecture (TNGA) Toyota Safety Sense (TSS) 2.0 UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.