Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»8 Lagu Tentang Kereta yang Dinyanyikan Penyanyi Malaysia
Autotainment

8 Lagu Tentang Kereta yang Dinyanyikan Penyanyi Malaysia

Han OthmanBy Han Othman22/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN alam sekeliling yang banyak digunakan sebagai objek atau subjek dalam lagu, kereta juga tidak ketinggalan menjadi ilham penulis lirik lagu di Malaysia. Bagaimanapun, lagu kereta Malaysia banyak digunakan sebagai objek dalam lirik dan bukannya subjek utama, melainkan lagu itu memang dibikin khas sebagai sountrack filem.

Kereta dalam lagu cuma menjadi objek pelengkap sesebuah karya, selain memberikan kelainan kepada lagu yang dinyanyikan. Nak tahu lagu apa? Jom baca artikel di bawah sambil layan lagunya sekali…

1. BAPAKU PULANG DARI KOTA – PENYANYI TIDAK DIKETAHUI (1980-AN)

Lirik lagu ini menceritakan seorang kanak-kanak yang menanti ayahnya pulang dari bandar untuk menghadiahkannya sebuah kereta kecil warna merah. Menurut kanak-kanak itu, kereta tersebut akan digunakan untuk pergi  ke sekolah dan berjumpa nenek.

“Marilah adik mari naik…
Bolehku bawa jumpa nenek…”

Tidak diketahui kenapa kanak-kanak tersebut hanya mahu berjumpa nenek, dan tidak pula menyebut atuknya. Mungkin atuknya sudah meninggal dunia, atau seorang yang garang.

2. KAU LUPA JANJI – JAMAL ABDILLAH (1990)


Mengisahkan luahan hati penulis tentang janji si kekasih hati yang sanggup berkorban dan sangat menyayanginya suatu masa dahulu. Namun, suatu hari si kekasih menolak hasratnya untuk berkahwin dan dia terpinga-pinga.

“Teman barumu lulusan luar negeri…
Berkereta sana sini diriku tak kau kenali…”

Akhirnya, si penulis mendapat tahu kekasihnya itu sudah ada teman baru yang berpendidikan luar negeri dan ada pula kereta (Mitsubishi Fiore?). Lebih pedih, kekasihnya itu berpura-pura seakan tidak mengenalinya.

Jika mengambil kira realiti 1990-an, anak muda yang mampu berkereta bolehlah dianggap sebagai seorang yang bekerjaya hebat atau termasuk dalam golongan elit. Ini kerana rata-rata anak muda ketika itu hanya mampu bermotosikal atau menaiki pengangkutan awam seperti bas mini merah jambu.

3. KERETA MERAH – SEARCH (1997)


Ini antara lagu Search yang berbaur erotik. Berdasarkan intro bunyi deruman enjin kereta sport, kita bolehlah membayangkan kereta merah yang disebut dalam lagu ini ialah model Ferrari F355 sama ada Berlinetta atau Spyder keluaran 1994-1999. Lagu ini pula dirilis pada 1997. Tapi boleh jadi kereta dimaksudkan cuma Perodua Kancil ‘Sebijak Anda’.

“Pakai baju baru, baju baldumu…
Pakailah minyak wangi kesukaanku…
Hari ini hari jadi, hari jadimu…
Hari tunaikan janjiku kepadamu…”

Tema romantis erotis dapat dikesan pada keseluruhan bait lagu, di mana penulis menyuruh teman wanitanya menunggu dia datang menjemput di rumah untuk meraikan hari jadi. Bukan itu saja, penulis juga menyuruh teman wanitanya memakai baju baldu baru yang kita tahu materialnya mengikut bentuk badan. Teman wanita tersebut turut diminta memakai minyak wangi.

“Malam ini malam minggu malam bermadu…
Malamku berikanmu, sekuntum mawar…
Tunggu, pukul satu…”

Paling mendukacitakan ialah unsur maksiat yang disebut terang-terangan dalam lirik. Ini dapat dikesan menerusi  masa dia mahu menjemput teman wanita tersebut, iaitu jam 1 pagi. Pada 1997, trend lepak kedai mamak belum menular. Jadi, apa yang dilakukan penulis pada jam 1 pagi bersama di kekasih yang berbaju baldu baru dan berminyak wangi? Takkanlah lepak kedai snuker atau arked mesin kuda?

Apapun, kita mesti berprasangka baik. Lagi ini kemungkinan besar dituju khas daripada suami kepada si isteri tercinta.

4. NOT THAT TYPE OF LADY – CAMELIA & URBAN EXCHANGE (2007)

Antara lagu Inggeris tempatan yang classy kerana dinyanyikan Camelia selaku penyanyi R&B. Melodi yang sedap dan lirik yang catchy, tidak ubah seperti lagu-lagu pop dan hip hop Barat. Seperti biasa, tema diangkat ialah hal feminisme, di mana Camelia mahu memberitahu kepada umum bahawa dia bukanlah perempuan yang mata duitan dan senang-senang di-tackle.

Malah, Camelia turut memulang paku buah keras dengan menuduh lelaki memang kaum miang. Kalau bawa kapcai bolehlah cakap perempuan materialistik, cuba kalau lelaki itu diberikan Bentley dan banyak duit, mulalah nak jadi playboy. Balas Camelia;

“Jangan kau menggodaku (don’t try to play me)…
Ia bukan memang mudah (for me to call you baby)…
So you got a Bentley, got a lotta money…
Every girl’s your honey excuse me…
I’m not that type of lady…”

Tapi, masalah paling besar ialah kumpulan lelaki (Urban Exchange) yang mahu mengurat Camelia dalam klip video ini memandu Ford Everest dan bukan Bentley? Bayangkan baru ada Everest pun dah miang serupa setan, apatah lagi kalau bawa Bentley. Apapun, Volvo C70 Cabriolet yang dipandu Camelia memang rare!

5. IMPAK MAKSIMA – KRU (2006)


Lagu daripada album Krujaan ini menjadi soundtrack filem arahan Ahmad Idham yang juga menggunakan judul sama. Lagu ini memperincikan detik perlumbaan atas trek. Malangnya susunan melodi tidak catchy dan bait-bait dituturkan trio penyanyi itu agak berterabur. Antara lagu mengenai kereta paling teruk pernah dihasilkan dan lagu KRU paling mengada-ngada selain lagu terkini untuk Datuk Vida dan Datuk Aliff Shukri. Tidak perlulah kita petik mana-mana lirik. Harapnya, KRU bertaubat.

6. UNTUK DIA – SLEEQ FEAT NAJWA LATIF (2009)


Mengisahkan seorang jejaka Singapura yang baru saja berkenalan dengan gadis dari Malaysia menerusi laman sosial Facebook. Menurutnya, gadis tersebut memang kaya atau anak orang kaya kerana memilih menginap di hotel Shangrila ketika datang ke Singapura. Walhal dia boleh saja menumpang rumah sanak saudara di negara jiran itu.

“Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki…
Lelakinya pula kan bawa Mercedes…”

Kisah tragis bermula apabila si jejaka datang berjumpa gadis berkenaan di Kuala Lumpur, dan dia ditimpa nasib sama seperti watak dalam lagu Jamal Abdillah. Apa tidaknya, dia akhirnya mendapat tahu gadis impiannya itu ada teman lelaki kaya yang berkereta Mercedes.

Keraguan jejaka dibalas gadis (Najwa); sebenarnya dia sudah lama jatuh hati kepada si jejaka, tetapi rasa malu mahu mengakuinya. Menurutnya lagi, ada sesuatu yang perlu jejaka tahu tentang lelaki Mercedes itu walaupun dia boleh berikan apa saja.

Namun, tidak pula dijelaskan perkara apa yang perlu jejaka tahu?  Apakah lelaki Mercedes sekadar teman tapi mesra? Atau saudara kembar? Atau cikgu tuisyen? Malah, jenis model Mercedes yang dimiliki juga tidak disebut. Mungkinkah A Class atau S Class? Atau 240 yang terkenal sebagai Mercedes Teksi?

7. ANAK KAMPUNG – JIMMY PALIKAT (2011)


Masih lagi berkisar tentang kekecewaan. Lirik lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang menyimpan hati kepada seorang gadis cantik di kampungnya. Gadis tersebut mungkin memberi respon positif, tetapi dia terpaksa menjauhkan diri dan memendamkan cinta kerana sedar diri cuma orang kampung yang miskin dan kerja kuli.

Bukan itu saja, dia juga tidak ada kereta seperti lelaki lain, malah diri sendiri pun menumpang rumah bapa. Jadi, ‘celah’ mana mahu beli hantaran kahwin?

Jika kereta dalam lagu Jamal Abdillah bagaikan simbol kemewahan bagi anak muda pada zaman itu, sebaliknya kereta dalam lagu Anak Kampung ialah aset biasa bagi orang kebanyakan pada masa kini. Ini bermakna jika seseorang itu tiada kereta, dia (Jimmy) bolehlah dianggap sebagai golongan miskin tegar.

8. NOT FOR SALE – STACY FEAT ALTIMET (2015)

Lagu nyanyian Stacy ini mencoretkan keluhan dan harapan seorang isteri terhadap suaminya yang menganggap dia seorang yang materialistik. Sebaliknya, apa yang dimahukan si isteri ialah suami yang sentiasa berada di sisi dan selalu melayannya.

Tetapi luahan Stacy itu dibalas suami (Altimet). Katanya, kalau dia tidak berharta atau berkereta, masakan isterinya itu akan membalas cinta dan meluangkan masa bersama. Lagipun, apa yang diberikan hanya khas untuk isterinya, dan bukan orang lain. Kalau benar diri ‘not for sale’, kenapa masih lagi hidup bersama, kata si suami lagi.

“GT atau QP pilih Maserati…
Kalau berhijab ada skaf Cavalli…
Givenchy, Tisci…
Hanya untuk bini…
Kalau not for sale kenapa masih di sini…”

Model kereta yang menjadi objek dalam lirik lagu ini ialah Maserati, sebuah jenama kereta mewah dari Itali. Lebih menarik, lagu ini turut menyebut dua jenis varian Maserati, iaitu GT (GranTurismo) dan QP (Quattroporte). Antara lirik lagu tentang kereta paling teknikal setakat ini yang menunjukkan si penulis ambil tahu tentang dunia kereta. Malah model kereta yang dipakai dalam klip video juga ialah Maserati, tidak seperti lagu Camelia yang tak ada langsung kelibat Bentley, tetapi Ford Everest. Maserati – 1, Bentley – 0.

Altimet Anak Kampung Impak Maksima Jamal Abdillah Jimmy Palikat kereta dalam lirik lagu Malaysia Kereta Kecil Warna Merah KRU lagu kereta Najwa Latif Search Sleeq Stacy
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Lampu isyarat biru di jalan raya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

25/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Elektrifikasi

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
Auto Terkini

KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

By Abang Hirata24/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.