Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]
Autotainment

7 Sportbike 250cc dengan Nisbah Kuasa-Berat Terbaik 2018 [Siri 1]

ZYBy ZY11/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MAHUKAN sportbike 250cc terpantas yang mampu anda beli?

Salah satu tanggapan kurang tepat melibatkan motosikal, terutama sportbike 250cc, ialah lebih banyak bilangan silinder, maka lebih tinggi kuasa. Apabila lebih tinggi kuasa enjin, bermakna lebih laju sesebuah motosikal.

Bagaimanapun berat, antara kriteria yang memainkan peranan penting dalam menentukan karakteristik sesebuah sportbike seringkali tidak diberi perhatian serius. Faktanya, sportbike ringan bermakna hantaran kuasa lebih cepat, dan lebih lincah serta mudah dikendalikan seandainya anda meletakkan keseronokan menunggang dengan melayan selekoh jalan raya atau litar.

Jentera cetusan ilham perlumbaan aras mula di bawah ini ialah antara pilihan terbaik di pasaran jika anda mahukan sebuah sportbike 250cc (atas alasan tidak mahu naik taraf lesen) dengan nisbah kuasa-berat atau ‘power-to-weight ratio’ terbaik.

1. NAZA BLADE 250 TBR

Kuasa: 27.8hp | Berat: 178kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.16hp/kg

Jika anda mahukan sportbike 250cc dengan lagak ‘superbike‘ tanpa perlu berbelanja lebih, inilah jawapannya. Dikuasakan enjin V-Twin 75°, rekabentuk tubuh agak besar, ditambah pula deruman ekzos dari Two Brothers Racing membuatkan ramai terkeliru jentera 250cc ini dengan sportbike lain yang lebih berkuasa.

Bagaimanapun di atas jalan, sportbike Naza ini tidak sepantas seperti rupanya yang ala superbike Ducati itu. Dengan berat kira-kira 178kg, terberat dalam kelas 250cc membuatkan ramai penunggang mengeluh dengan prestasi yang tidak seperti dibayangkan.

2. HONDA CBR 250R

Kuasa: 27hp | Berat: 161kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.17hp/kg

CBR 250R versi dipertingkat atau facelift ini boleh dikatakan pilihan terbaik jika anda mahukan sportbike 250cc yang bergaya (lihat fairing depan, ala superbike CBR 1000/Rabbit), kualiti pembuatan yang baik dan kuasa yang ‘cukup makan’ untuk menempuh lebuh raya ke tempat kerja. Lihat saja kebanyakan CBR 250R terpakai yang ada di pasaran, rata-ratanya masih dalam keadaan cukup baik walaupun agak berusia.

Namun, tanpa model pemasangan tempatan (CKD), sukar untuk mewajarkan pembelian CBR 250R apabila harga dipinta setanding sportbike 250cc lain yang lebih berkuasa.

BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 1] – Sportbike

3. NAZA N5R

Naza N5R

Kuasa: 28.4hp | Berat: 155kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.183hp/kg

Walaupun lebih kecil, dan cuma dikuasakan enjin silinder tunggal berbanding Blade 250 tadi, sportbike Korea yang dijenamakan semula ini mampu menawan pemilik dengan prestasi kuasa, kelincahan pengendalian dan harga berpatutan. Rekabentuk pula isu subjektif kerana ramai beranggapan versi naked, Naza N5 mempunyai rupa lebih menarik.

Naza N5R dibuat untuk mereka yang mahukan sportbike jenama Austria, KTM RC250 pada harga lebih murah, dan sanggup menerima beberapa kelemahan kecil yang bakal timbul daripada isu pemeriksaan kualiti (QC). Bak kata pepatah Inggeris, ‘You Get What You Pay For’.

4. KAWASAKI NINJA 250SL

Kuasa: 27.6hp | Berat: 151kg | Nisbah Kuasa/Berat: 0.183hp/kg

Ini ialah salah satu 3 sportbike aras mula ditawarkan Kawasaki Malaysia, Ninja 250SL, menjadi pilihan mereka yang mahukan sportbike 250cc jenama itu, tetapi tidak mahu Ninja 250 yang lebih besar dan berat, atau atas faktor kewangan tidak mengizinkan.

Walaupun tidak begitu berkuasa berbanding Ninja versi dwi-silinder, Ninja 250SL dengan enjin silinder tunggal ada kelebihan dari segi hantaran kuasa yang lebih mantap pada rev rendah dan pengendalian lebih sporty berbanding abangnya itu.

Asalkan boleh menerima fizikal sportbike 250cc yang agak kecil (terasa seperti menunggang streetbike 150cc) dan deruman ekzos yang hampir tidak kedengaran, Ninja 250SL ialah antara piihan sportbike berjiwa lumba paling mampu milik.


* Bersambung di Siri 2.

autotainment honda cbr 250r KAWASAKI NINJA 250SL Naza Blade 250 TBR Naza N5R power-to-weight ratio
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

1 Comment

  1. Marco on 26/08/2021 20:29

    Part naza blade tu ada perkara yang saya tidak setuju…. Tidak dihighlightkan mana kos service yang lebih murah lebih tahan lasak… Top speed lebih panjang… Hantaran kuasa permulaan memang rendah tetapi kuasa top speed tidak boleh dipandang remeh akan enjin vtwin dohc twin cam tersebut … Resepi Suzuki low horse power but high on end top speed… Pernah menungang yamaha R25 masa pickup memang saya pergi datang top spedd 160 ke atas perlahan lahan naza blade potong…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.