Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»7 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Kia Picanto (2018) Serba Baharu
Roda4

7 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Kia Picanto (2018) Serba Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Kia Malaysia memulakan tirai 2018 dengan melancarkan Kia Picanto (2018) serba baharu yang menampilkan rekabentuk serba inovatif bersama prestasi lebih baik dan ruang kabin lebih luas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Automotif,  Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, segmen-A Malaysia antara pasaran paling sengit dan pengenalan Kia Picanto serba baharu diharapkan dapat memanfaatkan keuntungan dalam pasaran tersebut.

“Kami yakin kehadiran edisi baharu ini dapat  mencapai sasaran jualan Picanto sebanyak 5,000 unit. Model ini penting kerana akan menyumbang kepada 50 peratus sasaran jualan Naza Kia sepanjang 2018,” katanya.

BACA >>> #PanduUji: Kia Picanto (2013)

Apa agaknya kelebihan dan keistimewaan Kia Picanto generasi ketiga ini? Berikut 7 perkara yang perlu anda tahu:

1. REKABENTUK JIWA MUDA

Penampilan gaya model Picanto (2018) diilhamkan berasaskan rekabentuk signatur Kia yang dapat dilihat pada gril radiator ‘tiger nose‘ yang bersambung dengan lampu utama. Imej luaran Picanto dilengkapkan lampu utama projektor dwifungsi yang menawarkan lampu tinggi dan rendah, indikator dan lampu siang bercirikan LED. Bahagian bampar dikekalkan, tetapi menerima perincian tambahan.

2. HARGA & PILIHAN AKSESORI NOVUS

Picanto (2018) standard berharga RM49, 888 (tanpa insurans, termasuk GST) dan ditawarkan dalam dua opsyen trim aksesori Novus berharga seperti berikut:

  • Picanto NOVUS X – RM5,618
  • Picanto NOVUS S – RM3,498

* Aksesori termasuk lencana NOVUS, cermin gelap, kit badan NOVUS, kerusi kulit dan perakam video digital (DVR).

3. RUANG KABIN GAYA MODEN

Picanto (2018) dipadankan reka letak dan material baharu yang menyerlahkan kualiti premium model mini itu. Rekabentuk mendatar memberikan visual dalaman kabin yang lebih lebar. Kia turut menawarkan ciri moden premium seperti masukan tanpa kunci, Sistem Bantuan Parkir Belakang (RPAS), cermin sisi boleh lipat elektronik dan cermin kuasa bercirikan keselamatan di sebelah pemandu. 

Di tengah papan pemuka tersedia set infotainment skrin sentuh ‘apung’ 7-inci dengan sistem navigasi pemetaan 3D, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto bersama ciri pengecaman suara, Bluetooth, auksiliari (AUX) dan port USB. Pemilik Picanto (2018) juga boleh mengakses telefon pintar menerusi paparan infotainment untuk mendengar muzik, membuat panggilan, dan mesej serta melancarkan aplikasi navigasi. 

4. CIRI KESELAMATAN TERTINGGI

Ini antara ciri paling mengujakan dibekalkan Picanto (2018) kepada bakal pemilik kereta segmen-A ini yang boleh dikategorikan sebagai paling premium dalam kelasnya.

  • Casis dibina berasaskan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) yang lebih kuat berbanding model terdahulu.
  • 44 peratus kerangka badan Picanto menggunakan AHSS (berbanding 22 peratus bagi model terdahulu).
  • Berat kereta dikurangkan 23kg, manakala kekuatan tegangan ditingkatkan 12 peratus.
  • Ada 6 beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, tali keledar belakang prategang, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

5. ENJIN LINCAH, BERKUASA

Picanto (2018) dikuasakan enjin 1.2L Kappa MPI berkuasa 83hp pada 6,000rpm dan tork 121.6Nm (4,000rpm) dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Prestasi enjin dihasilkan berjaya menambah baik aspek kesenyapan dalam kabin, yakni NVH, termasuk meningkat tahap penjimatan bahan api dan memperhalusi hantaran kuasa.

6. RUANG KABIN KINI LEBIH LUAS

Memang tidak diragui lagi, saiz Picanto (2018) turut berubah yang mana jarak roda kini bertambah 15mm menjadi 2,400mm, dengan rungkup depan (overhang) kini lebih pendek 25mm.

Semua kerusi penumpang dikemas kini untuk ekstra keselesaan. Ketinggian kerusi depan direndahkan 10mm dan dianjakkan 5mm ke belakang bagi meningkatkan 3mm ruang kepala dan 15mm ruang kaki. Trim pintu dioptimumkan dengan meningkatkan 10mm ruang bahu di barisan depan.

Pad kemalangan lebih langsing kini ditambah, manakala stereng dialih 10mm ke atas, sekali gus meningkatkan ruang lutut dan kaki. Bukan itu sahaja, kapasiti but dapat diluaskan kepada 1,010 liter apabila kerusi barisan kedua dilipat dalam nisbah 60:40.

7. WARNA CERIA, TRENDY

  • Pop Orange (jingga)
  • Lime Light (hijau)
  • Honey Bee (kuning)
  • Clear White (putih)
  •  Titanium Silver (perak)

GALERI

harga kia picanto harga kia picanto 2018 harga kia picanto baru harga kia picanto malaysia Kia Kia Picanto Kia Picanto (2018) kia picanto baru Kia Picanto serba baharu Naza Kia Malaysia Roda4 segmen A supermini
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026

    1 Comment

    1. gc on 10/01/2018 21:36

      i will buy picanto.
      thanks pandulaju

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.