Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»7 Fakta Pantas | Husqvarna FS 450 (2019), Supermoto Kemas Kini yang Semakin Baik
Roda2

7 Fakta Pantas | Husqvarna FS 450 (2019), Supermoto Kemas Kini yang Semakin Baik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUPERMOTO Husqvarna FS 450 ialah pelumba tulen sebenar berdasarkan saudaranya, motocross FC 450. Kini motosikal itu sekali lagi mendapat pengemaskinian. Perubahan besar pertama pada 2016 ialah pengurangan berat badan, dan pada 2018 pengeluar motosikal dari Sweden itu memilih menaik taraf enjin 450cc dengan klac sliper Suter dan kawalan suis pemetaan baharu.

FS 450 Supermoto (2019) meneruskan lagi kemas kini yang menyaksikan penambahbaikan besar dari segi casis dan enjin. Apa agaknya yang menarik tentang supermoto ini:

1. Frem FS 450 (2019) kini bersalut biru dan lebih kuat untuk menambah baik maklum balas penunggang dan kestabilan atau jalan lurus. Berat subfrem gentian karbon dikurangkan sebanyak 272 gram.

2. Enjin 4-lejang silinder tunggal 449.9cc dikemas kini dengan kepala silinder direka semula bagi mengurangkan berat dan memberikan pakej komponen lebih kompak. Enjin ini mampu menjana kuasa 63hp itu selepas dihilangkan  berat 453 gram dan kini cuma seberat 27.3kg.

3. Perubahan berat membolehkan FS 450 (2019) memiliki berat kering 103kg (tanpa bahan api dalam tangki minyak berkapasiti 7 liter). Motosikal ini 1.81kg lebih ringan berbanding FS 450 (2018).

4. FS 450 (2019) dilengkapi fork udara AER WP 48mm dan absorber tunggal belakang WP DCC. Pakej suspensi WP keseluruhan mendapat kemas kini tetapan untuk dipadankan dengan rigiditi frem, juga dikemas kini. Husqvarna mendakwa ofset klamp tripel (triple clamp) larikan CNC 16mm ialah direka khusus untuk beroperasi secara harmoni dengan fork depan.

5. Dengan sasaran mahu mendominasi perlumbaan Supermoto, FS 450 (2019) dilengkapi rim jejari hitam Alpina 16.5 inci (depan) dan 17 inci (belakang). Rim itu dipadankan dengan tayar slik Bridgestone 125/80 R420 dan 165/65 R420.

6. Ciri badan dan ergonomik turut dipertingkat untuk dipadankan dengan perubahan enjin kemas kini pengendalian.

7. FS 450 (2019) dijangka di pasaran pada September nanti. Harga masih belum diumumkan tetapi dianggarkan berharga sekitar  AS$10,500 (RM42,540).

RINGKASAN HUSQVARNA FS 450 (2019)

  • Badan direka semula.
  • Kepala silinder SOHC direka semula (494 gram lebih ringan).
  • Frem disadur biru meningkatkan rigiditi.
  • Rebentuk subfrem 2-piece baharu (272 gram lebih ringan).
  • Panjang slot pelarasan rantai meningkat sebanyak 5 mm.
  • Tetapan kemas kini fork WP AER 48.
  • Absorber WP DCC terdiri daripada piston baharu dan  tetapan dikemas kini.
  • Tangki minyak politena 7 liter dengan halaan kabel minyak baharu.
  • Rim jejari Alpina dan tayar slik Bridgestone.
  • Bar hendal ProTaper dengan lenturan baharu.
  • Kawalan Traksi dan Luncur dengan tetapan diperbaharui
  • Penghalaan kabel terotel baharu untuk memudahkan penyenggaraan.
  • Kebuk resonans rekaan aliran dan silenser lebih kompak
  • Sistem penyejukan dikemas kini dengan tiub tengah baharu
  • Klac hidraulik Magura dengan sistem anti-hoping  SUTER
  • Brek Brembo berprestasi tinggi.

SPESIFIKASI

HUSQVARNA FS 450 (2019)

ENJIN

JENIS ENJIN: 4-lejang, Silinder tunggal
SESARAN: 449.9 cc
GEREK x LEJANG: 95mm x 63.4mm
NISBAH MAMPATAN: 12.75:1
PENGHIDUP | BATERI: Elektrik | Lithium Ion 12V 2.0Ah
TRANSMISI: 5 gear
SISTEM BAHAN API: Keihin EFI, badan terotel 44 mm
KAWALAN: 4 V / SOHC dengan rocker levers
BENDALIR: Pelinciran bertekanan dengan 2 pam minyak
NISBAH GEAR: 16:32 18:30 20:28 22:26 24:24 –
NISBAH PRIMER: 31:76
PACUAN AKHIR: 14:45
PENYEJUKAN: CECAIR
KLAC: Klac anti-hop SUTER, hidraulik Magura
PENGURUSAN ENJIN | PENCUCUHAN: Keihin EMS

CASIS

FREM: Keluli endul berganda tengah jenis 25CrMo4
SUBFREM: Gentian karbon kekuatan poliamida
BAR HENDAL: Pro Taper, Aluminum Ø 28/22 mm
SUSPENSI: WP USD AER 48, Ø 48 mm (depan); WP Monoshock dengan linkage (belakang)
SUSPENSI TRAVEL: 280 (depan) | 266 mm (belakang)
BREK CAKERA: Front/rear Ø 310 (depan) | 220 mm (belakang)
RIM: 3.50 x 16.5″ Alpina hitam, aluminium (depan) | 5.00 x 17″ Alpina hitam, aluminium (belakang)
TAYAR: 125/80-16.5″ (depan) | 165/65-17″ (belakang)
RANTAI: 5/8 x 1/4″
SILENSER: Aluminium
SUDUT KEPALA STERENG: 26.1°
OFSET KLAMP TRIPEL: 16mm
JARAK RODA: 1,475mm ± 10 mm
KELEGAAN TANAH: 290mm
TINGGI PELANA: 890mm
KAPASITI TANGKI (anggaran): 7 liter
BERAT, TANPA MINYAK (anggaran): 102.9kg

SUMBER: UltimateMotorcycling

dirt bike fakta pantas Husqvarna Husqvarna FS 450 (2019) motosikal roda2 supermoto
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Roda2

    Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.