Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»6 Selebriti Kaya, Tetapi Pandu Kereta Biasa-Biasa Sahaja (Bukan Sebab Muflis)
Autotainment

6 Selebriti Kaya, Tetapi Pandu Kereta Biasa-Biasa Sahaja (Bukan Sebab Muflis)

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA ialah antara barangan mewah yang menjadi sasaran golongan jutawan dan bilionair dunia untuk menghabiskan wang mereka. Bagaimanapun, sesetengah hartawan itu lebih selesa memiliki kenderaan yang di bawah kemampuan sebenar mereka. Lebih mengejutkan, individu tersebut bukanlah orang kaya biasa-biasa, atau kaya jadian, tetapi siap bersemayam dalam ranking teratas hartawan dunia.

Tahukah anda, apakah kereta dimiliki taikun hartanah, Warren Buffet yang juga manusia kedua paling kaya di planet Bumi? Kereta apakah dinaiki pengasas laman media sosial paling berpengaruh, Facebook, Mark Zuckerberg? Apakah mereka memiliki Rolls-Royce? Mari kita lihat senarai di bawah:

1. WARREN BUFFETT – CADILLAC XTS

Pada awal tahun ini, ada laporan mengatakan Warren Buffet baru saja membeli sebuah Cadillac XTS (2014) untuk menggantikan kereta lamanya, Cadillac DTS (2006). Anda tentu fikir Buffet sangat sukakan Cadillac, dan tekaan anda itu mungkin betul. Faktanya, Buffet sebenarnya sangat jarang memandu, dan jarak pemanduan beliau  sepanjang setahun adalah kira-kira 5,600km sahaja. Jadi, memang munasabah Buffet tidak kerap membeli kereta baharu walaupun beliau sememangnya mampu membeli apa sahaja kereta paling mewah dan mahal di planet Bumi ini.

2. MARK ZUCKERBERG – ACURA TSX

Kenapa pengasas Facebook dan lelaki kelima paling kaya di dunia ini tidak memandu kenderaan yang sepatutnya lengkap dengan ciri teknologi terkini? Sebaliknya, Mark Zuckrberg cuma memilih sebuah Acura TSX lama. Alasan paling utama, Zuckerberg mengakui beliau sendiri bukan peminat kereta besar. Menurut CNBC, beliau melihat TSX sebagai sebuah kereta yang selamat, selesa dan tidak terlalu menonjol. Zuckerberg turut memiliki sebuah Volkswagen Golf GTI yang harganya juga sama dengan TSX.

3. ALICE WALTON – FORD F-150


Pewaris kekayaan Wal-Mart dan wanita kedua paling kaya di dunia, Alice Walton sangat sukakan trak pikap, atau secara spesifik, Ford F-150 King Ranch (2006). Menariknya, mendiang bapa beliau yang juga pengasas Wal-Mart, Sam Walton turut memandu trak pikap sama versi 1979. Siapa cakap minat tidak boleh diwarisi?

4. INGVAR KAMPRAD – VOLVO 240 GL


Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad kembali ke Sweden pada 2014 selepas 40 tahun melarikan diri daripada cukai. Sepanjang dua dekad sebagai pelarian, minatnya kental kepada Volvo 240 GL (1993). Kamprad cuma berhenti memandu selepas seseorang meyakinkan beliau tentang bahaya memandu pada usia 91 tahun.

5. STEVE BALLMER – FORD FUSION HYBRID

Bekas Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Microsoft, dan pemilik Los Angeles Clippers, Steve Ballmer memiliki kekayaan bersih bernilai AS$30 bilion (RM126.5 bilion), dan beliau ialah lelaki ke-21 paling kaya di dunia. Ballmer ialah peminat tegar Ford kerana bapanya dahulu pernah menyandang jawatan sebagai pengurus di Ford, sekali gus menjadi sebab kukuh kenapa beliau sangat setia dengan jenama automotif dari Amerika itu.

Pada 2009, CEO Ford menghadiahkan Ballmer dengan Ford Fusion Hybrid baharu, dan beliau kini sepatutnya sudah pun bertukar kepada kereta baharu, tetapi itu tidak berlaku.

6. KIRK COUSINS – GMC SAVANA

Akhirnya, inilah satu-satunya individu yang bukan bilionair, Kirk Cousins. Tetapi itu bukanlah bermakna pendapatan Cousins biasa-biasa sahaja. Ini kerana anggaran pendapatan tahunan pemain quarterback untuk kelab bola sepak Amerika, Washington Redskins dikatakan mencecah AS$23.9 juta (RM100.8 juta).

Cousin dikenali umum sebagai seorang yang sangat cermat menguruskan wang dan hanya berbelanja apabila perlu. Inilah sebab kenapa dia memilih van penumpang GMC Savana dan bukan SUV mewah saiz penuh, Cadillac Escalade.

SUMBER: CarScoops

autotainment bilionair jutawan kereta jutawan dunia kereta orang kaya dunia Mark Zuckerberg Warren Buffet
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.