Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Volkswagen Polo (2018)
Roda4

6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Volkswagen Polo (2018)

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN baru saja mendedahkan imej-imej menggugat jiwa Polo (2018) generasi ke-6 yang dibina berasaskan platform serba baharu, MQB-A. Apakah perkara menarik tentang Polo (2018) hingga ramai orang sibuk memperkatakan tentang subkompak hatchback ini?

Di bawah ini kami senaraikan 6 perkara yang perlu anda tahu tentang Volkswagen Polo (2018):

1. ENJIN GTI DIPERTINGKAT


Sejak beberapa tahun lalu, Polo GTI memang diberikan enjin berkapasiti lebih kecil berbanding model abang, Golf GTI. Generasi terdahulu bermula dengan enjin 1.4L turbo pengecas berkembar 4-sebaris, dan disusuli turbo konvensional 1.8L. Namun, bagi generasi ke-6, enjin GTI dibekalkan enjin 2.0L TSI berkuasa 197hp.

Selepas sedekad berlalu, kini, Polo GTI memiliki enjin yang sama dengan Golf GTI! Lebih menarik, tidak seperti Golf GTI, anda diberikan ciri brek tangan manual untuk Polo GTI. Kata orang, lebih oldskool, lebih syok!

2. HAMPIR SEBESAR GOLF MKIV

Dimesi Polo baharu ialah 81mm panjang, dan 69mm lebar berbanding model sedia ada. Tahukah anda Polo baharu ini sedikit lebar berbanding Golf MKIV dan hampir sama panjang dengan abangnya itu. Ini bermakna, ruang kabin Polo kini lebih luas, manakala kapasiti but diluaskan daripada 280 liter kepada 351 liter. Drastik bukan?

Walaupun, saiz dibesarkan, Volkswagen masih serius mahu mengekalkan status Polo sebagai kereta kompak yang lincah. Hmm…

3. ADA ENJIN BAHARU – 1.5L TSI

GTI bukanlah satu-satunya varian yang ditingkatkan kapasiti enjin. Mengikut jejal Golf MK7.5, Polo memutuskan menggantikan enjin 1.4L untuk memberi laluan kepada 1.5L TSI. Berasaskan pandu uji pada Golf,  karakter enjin tersebut nyata lebih lancar, halus dan senyap. Semestinya pilihan terbaik untuk Polo dengan hamburan kuasa 148hp yang lebih daripada mencukupi.

Enjin bagi model permulaan atau entry level bermula 1.0L aspirasi natural (NA) 3-sebaris berkuasa 64hp dan 74hp. Versi pengecas turbo mampu melonjakkan kuasa kepada 94hp dan 113hp. Malah, Volkswagen turut menawarkan enjin 1.0L TGI yang dikuasakan gas asli dengan kuasa 89hp, manakala varian diesel menggunakan enjin 1.6L TDI dengan opsyen kuasa 79hp atau  93hp.

4. PAPARAN PEMUKA DIGITAL

Paparan Info Aktif (AID) Volkswagen kini diberikan kepada Polo, sekali gus mengetepikan imej instrumen konservatif seperti terdapat pada model lama yang pastinya menjadi daya penarik baru buat pembeli.

Namun, tidak dapat dipastikan varian mana yang akan dipasang ciri paparan baharu tersebut. Boleh jadi ditawarkan sebagai opsyen kepada semua varian, manakala model premium dijadikan ciri standard.

Turut sama bersama AID ialah lapisan kaca menyaluti atas skrin sentuh bersaiz 6.5 inci atau 8-inci tang tampak lebih premium dan elegan.

5. KESELAMATAN LENGKAP

AID hanyalah sebahagian daripada banyak teknologi hebat Polo (2018). Paling utama, semua varian Polo (2018) diberikan sistem Bantuan Depan (Front Assist) dengan Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB) dan Pemantau Pejalan Kaki yang berfungsi membrek automatik untuk mengelak kemalangan sekitar bandar jika anda gagal menunjukkan reaksi sepatutnya.

Terdapat juga sistem Bantuan Parkir dengan fungsi sulit yang akan menghentikan kereta daripada merempuh sebarang objek sekiranya anda terbabas. Anda juga diberikan Pengesan Titik Buta dan Amaeran Trafik Belakang sebagai opsyen.

6. EROPAH TIDAK SABAR

Ramai pembeli tidak sabar dengan kemunculan Polo (2018). Apatah lagi harga ditawarkan sangat kompetitif dengan ciri ditawarkan apabila dijual  €12,975 (RM62,119) di Jerman. Apakah Polo (2018) bakal menjadi sensasi baru di Eropah?

SUMBER: Car Throttle

Polo Roda4 Volkswagen Volkswagen Polo (2018) Volkswagen Polo GTI
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.