Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
Roda2

5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/12/20201 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN sportbike 250cc tidak begitu meriah di Malaysia berbanding negara jiran Indonesia yang sentiasa rancak memperkenalkan model terbaharu, termasuk menjadi destinasi debut model terkini di Asia Tenggara.

Walaupun pasaran kecil, permintaan untuk motosikal suku liter sentiasa ada di Malaysia, terutama daripada kalangan peminat dua roda yang menjadikan segmen 250cc sebagai jentera aras mula sebelum beralih kepada superbike sebenar.

Di Malaysia, semestinya tiga jenama Jepun memonopoli pasaran segmen sportbike 250cc, iaitu Honda, Yamaha dan Kawasaki. Di bawah ini kami senaraikan lima sportbike 250cc terkini untuk pasaran 2020.

Bagaimanapun, ada satu model masih tiada atau belum menjengah pasaran negara, iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R. Masih tiada khabar berita tentang model itu, tetapi CBR250RR sudah pun dilancarkan 18 Disember lalu.

Suzuki pun ada ura-ura mahu membawa masuk model GSX250R, tetapi tiba-tiba senyap. Apapun kami tetap masukkan model itu dalam senarai terbaik tahun ini.

1. KAWASAKI NINJA ZX-25R

Kehadiran sportbike 4-silinder suku liter ini ialah model paling dinantikan. Model ini juga dikatakan bakal menggugat pesaing sedia ada, tetapi bukan sedikit wang yang perlu dilaburkan untuk memiliki Ninja ZX-25R!

Ninja ZX-25R dikuasakan enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 249cc DOHC 16-injap berkuasa 49hp @ 15,500rpm dan tork 22.9Nm @ 14,500rpm dengan transmisi manual.6-kelajuan.

Selain bunyi ekzos mantap dan padu, model ini turut dilengkapkan ciri Kawalan Traksi Kawasaki (KTC) dan Quickshifter untuk anjakan gear lancar. Juga ada mod Power. Kecuali Malaysia, banyak negara jiran sudah melancarkan model ini seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, dan tidak ketinggalan negara Asia seperti Jepun dan Hong Kong.

Persoalan mengenai Ninja ZX-25R untuk pasaran Malaysia, adakah model itu bakal dijual di bawah lencana Modenas? Segala persoalan itu bakal terungkai apabila perjanjian Modenas dan Kawasaki Jepun termeterai.

BACA >>> Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
BACA >>> Bocor Foto Enjin Kawasaki Ninja ZX-25R!

2. HONDA CBR250RR

Khabar tentang kedatangan model CBR250RR ini sudah kedengaran sejak 2017, tetapi sayangnya model itu tidak kunjung tiba kerana masalah regulasi Euro. Ramai yang marah dan merajuk. Namun, Boon Siew Honda (BSH) akhirnya memperkenalkan model tersebut pada 18 Disember lalu.

Model yang dibawa masuk ialah spesifikasi paling premium seperti dilancarkan di Jepun, iaitu dilengkapi fork terbalik (USD) dengan ciri klac  antigelimcir Assist & Slipper (A&S) dan bantuan anjakan gear Quick Shifter, termasuk enjin lebih berkuasa dengan tambahan kuasa 3hp.

Tambahan kuasa baharu itu menjadikan output CBR250RR mencecah 39hp (41ps) @ 13,000rpm dam tork 25Nm @ 12,000rpm, dengan transmisi klac manual 6-kelajuan dan tiga mod tunggangan.

Harga jualan ialah RM25,999. Cukup berbaloikan?

BACA >>> Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R
BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!

3. SUZUKI GSX-250R

Suzuki GSX-250R membuat kemunculan sulung di pameran CIMAMOTOR 2016. Rekaan yang ditampilkan membawa inspirasi dari Suzuki GSX-1000R yang merupakan varian motor superbike Suzuki.

GSX-250R dipadankan enjin 250cc DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 25hp @ 8,000rpm dan tork  23.4Nm @ 6,500rpm).

Enjin GSX-250R memiliki lejang yang panjang bagi meningkatkan prestasi kelajuan. Penampilan luaran Suzuki GSX-250R pula masih meneruskan legasi GSX termasuk lampu depan ikonik dan rekaan ambilan udara di tepi. Bahagian belakang tirus dan kompak menyerlahkan identiti model GSX.

Lampu depan masih menggunakan pemegang lampu H4 dan mentol 55/60W, manakala lampu belakang berasaskan rekaan GSX dengan ciri LED.  Panel LCD juga lebih menarik dengan pelbagai informasi antaranya spidometer, perbatuan, memori, anggaran kecekapan bahan api, indikator gear dan pelbagai lagi.

BACA >>> Suzuki GSX-250R Dah Masuk Malaysia?
BACA >>> Imej Paten Enjin Suzuki 250cc Didedahkan, Adakah GSX-R250?

4. YAMAHA YZF-R25

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu YZF-R25 (2020) pada awal tahun ini. Aspek mekanikal kekal sama, dipacukan enjin 4-lejang 8-injap dwi silinder 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dipasangkan brek cakera apung 2-piston di depan, dan brek cakera piston tunggal di belakang. Ciri lain R25 ialah panel LCD digital multifungsi, suis utama tiga dalam satu seperti motosikal besar, dan rekabentuk fasia dan lampu utama LED ala superbike R1.

Sportbike suku liter Yamaha ini dijual pada harga RM19,998. 

BACA >>> Yamaha FZR250R (1990), 4-Silinder vs YZF-R3 (2019), 2-Silinder: Siapa Paling Berkuasa?
BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini

5. KTM RC 250

Model KTM cukup terkenal dengan berat badan ringan dan ideal buat golongan wanita atau penunggang newbies yang baru hendak berjinak dengan jentera 250cc.

RC 250 diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2015, dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 248.8cc berkuasa 31hp @ 9,000rpm dan tork 24Nm @ 7,250rpm, dan memiliki kapasiti tangki kecil, cuma 10 liter. Model ini berharga RM18,800.

BACA >>> KTM Duke 250 Dan RC250 Diperkenalkan (2015)
BACA >>> Naik Kelas 250cc, Pilih Enjin 1-Silinder atau 2-Silinder? Apa yang Berbeza?

Honda Honda CBR 250RR Kawasaki Kawasaki ZX-25R KTM KTM RC250 roda2 sportbike sportbike 250cc Sportbike Suku Liter Suku Liter Suzuki Suzuki GSX-250R Yamaha Yamaha YZF-R25
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Formula Satu

#Formula12026: Red Bull Racing Dedah Liveri Baharu Jentera RB22

19/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026

1 Comment

  1. Jan on 11/05/2020 14:47

    senarai yg menarik, tapi kurang pasti kenapa Suzuki GSX 250R masuk dalam senarai?

    saya rasa model tu tak dijual dimalaysia, dan kalau masuk sekalipun, specs nya amatlah lemau. banyak review dari negara2 luar pun tidak merekomendasi motor tu untuk sesiapa pun kerana prestasi yang agak mengecewakan.

    apa apa pun, sama2 kita tunggu adakah ZX25R bakal masuk malaysia.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.