• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 5 Motosikal Kuasa Tinggi yang Mesra Penunggang Novis

5 Motosikal Kuasa Tinggi yang Mesra Penunggang Novis

January 17, 2018 By Suffian X 1 Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMILIH dan menunggang motosikal kuasa tinggi atau big bike bukanlah hal mudah, terutama buat mereka yang baru mula hendak berminat. Ramai penunggang muda atau kurang pengalaman masih mencari dan tertanya apakah jenis, kategori dan harga motosikal besar impian mereka. Hati pula berkobar-kobar dek teracun gaya hidup rakan-rakan yang sudah berjaya melamar big bike masing-masing.

Apapun, tahniah dahulu kepada mereka yang dapat menahan nafsu dan poket daripada memilih jentera pertama hanya berdasarkan jenama, populariti dan prestasi tinggi. Sebaliknya lebih mementingkan aspek pengalaman, keselamatan dan keserasian gaya tunggangan.

BACA >>> 5 Motosikal Paling Mahal yang Anda Boleh Beli Online di Malaysia! [untuk Orang Kaya Sahaja]

Kami sentiasa menyokong mana-mana penunggang baru yang meletakkan aspek pengendalian sebagai kriteria utama membeli motosikal besar. Mesti kena banyak membaca dan buat kajian sendiri supaya keputusan yang diambil tidak dipengaruhi kawan (dan setan). Apatah lagi keputusan itu hanya bersandarkan gaya dan nafsu dunia semata-mata. Ingat, nyawa kita semua cuma ada satu kecuali Catwoman (ada tujuh).

Di bawah ini kami senaraikan 5  motosikal besar mesra novis:

1. KTN RS3

Asalnya, model ini ialah model tunggal 250cc bagi kategori touring bike. Tetapi kelibat KTN RS3 (lebih dikenali sebagai CSC Cyclone RX-3) di peringkat antarabangsa mula disaingi Honda CRF250 Rally dan Kawasaki Versys X250 yang jelas menunjukkan segmen touring bike semakin mendapat tempat di hati peminat. Model yang mirip BMW GS ini boleh diklasifikasikan sebagai mesra novis dengan harga sekitar RM13,500.

2. BARISAN SIRI HONDA CB500

Honda memperkenalkan 3 jenis varian CB500 dalam bentuk CB500F (naked), CBR500R (sportbike/fairing) dan CB500X (touring). Barisan jentera berkuasa 43hp ini menawarkan opsyen ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dengan tinggi pelana sekitar 779mm yang cukup membantu pengendalian. Semua model ini dapat dimiliki pada harga bermula RM31,000 - RM36,000, bergantung kepada varian dan aksesori dipilih.

BACA >>> Honda CBR500R, CB500F dan CB500X Sambut 2018 dengan Wajah Serba Baharu

3. HONDA REBEL 500

Model Honda kategori cruiser ini suatu masa dulu seakan dianaktirikan. Namun kini melalui fasa penambahbaikan agresif demi menambat semula hati peminat. Menariknya, model Rebel 500 edisi baharu ini menawarkan variasi gaya dan personaliti istimewa kepada penunggang baru yang mengidamkan motosikal berkuasa besar dengan ciri pengendalian yang mesra dan selesa. Peminat boleh memiliki model ini pada harga sekitar RM32,000.

BACA >>> Honda Rebel 2017 Kini di Malaysia

4. FAMILI KAWASAKI NINJA < 400CC

Kawasaki Ninja 300

Jentera aras mula atau entry-level dalam kategori sportbike ini sering menjadi tajuk utama di serata sesi tunggang uji peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Sesuai dijadikan jentera suai kenal yang mantap sebelum mengasah tayar dengan jentera bersesaran 600cc ke atas (seperti Ninja ZX6R, Ninja ZX10R atau Ninja H2) yang jelas berada pada tahap lain yang sangat berbeza. Harga famili Ninja ini adalah sekitar RM27,000.

BACA >>> Perbandingan Spesifikasi Ninja 250

5. YAMAHA YZF-R25

Dengar sahaja Yamaha, jenama itu begitu sinonim dengan legenda MotoGP. Siapa lagi kalau bukan encik Valentino Rossi. Memang diakui nama Rossi itu sendiri mempengaruhi ramai peminat tegar al kuda tua dari Itali itu dalam memilih Yamaha sebagai motosikal pilihan mereka tanpa mengira kelas, sama ada kapcai, skuter ataupun motosikal berkuasa tinggi.

Begitu juga jentera entry-level kelas sportbike seperti Yamaha YZF-R25 ini, yang mana Rossi dijadikan ikon untuk menonjolkan ciri agresif, kemantapan dan keberanian si penunggangnya.

YZF-R25 tidak kurang hebat jika mahu dibandingkan barisan jentera handalan Kawasaki. Isunya cuma posisi tunggangan sportbike Yamaha yang agak radikal dan lebih ke arah mod perlumbaan yang kadangkala membuatkan si penunggang kurang selesa.

Namun, ada ramai saja penunggang di luar sana yang sangat sukakan rekabentuk seperti ini (termasuk tuan penulis yang bijaksana). Jentera agresif dan berkuasa serta mudah dikendalikan adalah antara faktor yang meletakkan YZF-R25 terpilih sebagai jentera yang mesra novis. Harga pula sekitar RM 21,000.

BACA >>> Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: big bike, big bike untuk novis, motosikal besar, motosikal kuasa tinggi, motosikal untuk novis, roda2, sportbike, tip

Comments

  1. Towing Motor says

    September 5, 2020 at 11:36 AM

    Article yang amat bagus buat para penunggang. Moto Aid Malaysia (bantuan Towing Motosikal 24jam ) sentiasa support semua bikers yang perlukan pertolongan... 016-3778183 / 017-4387101

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev