Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Model Triumph 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini
Roda2

5 Model Triumph 2017 Sah Masuk Malaysia Tahun Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/04/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR rasmi Triumph di Malaysia,  Fast Bikes Sdn Bhd mengesahkan bakal membawa masuk lima model jenama itu yang dijangka menggegarkan pasaran Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fast Bikes Sdn Bhd, Datuk Razak Al-Malique Hussain berkata, kehadiran model tersebut akan memenuhi kehendak penunggang pelbagai peringkat selain menjadi  tambahan kepada model Triumph sedia ada.

Kehadiran model baru ini diharapkan dapat meneruskan pertumbuhan positif dan kejayaan jenama Triumph di Malaysia. Pengumuman harga baru ialah janji kami bagi memperkenalkan model-model tersebut pada harga realistik.”

– Datuk Razak Al-Malique Hussain, CEO Fast Bikes

5 MODEL SEBAGAI TARUHAN

Berikut ialah lima model Triumph 2017 yang bakal menjengah pasaran dua roda tidak lama lagi:

1. BONNEVILLE T100/ T100 BLACK


Jentera daripada famili klasik Bonneville ini ialah hasil inspirasi model ikonik, 59 Bonneville dan tidak jauh berbeza dengan versi abang, T120 dan T120 Black, yang ada persamaan daripada segi kemasan, perincian dan ciri peralatan. Dua model ditawarkan untuk pasaran tempatan, T100 dan T100 Black.

SPESIFIKASI
Enjin: 900cc penyejukan cecair
Kuasa Maksimum: 55PS @ 5, 900rpm
Tork Maksimum: 80Nm @ 3, 320rpm
Transmisi: 5-kelajuan
Harga: Bermula RM63,900 untuk warna Jet Black, dan RM65,900 bagi warna dua-tona.

Enjin penyejukan cecair ini dikatakan mampu memberikan 29 peratus kecekapan bahan api yang lebih baik berbanding model lama dengan penyejukan udara. Model T100 dilengkapi ekzos ‘sumpit’ atau peashooter yang menyerlahkan bunyi asli jentera klasik Britain. Lampu belakang didatangkan dengan ciri LED berserta port USB.

Teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS,) kawalan traksi (TRC) dan bantuan klac tork (TCA) menawarkan peringkat keselesaan dan pengendalian yang lebih baik. Malah, pemilik boleh memilih 150 aksesori untuk mengubah suai jentera mereka.

2 & 3.  STREET TRIPLE R LRH & STREET TRIPLE RS


Model kedua ialah Street Triple. Malaysia akan menerima  Street Triple R LRH (Low Ride Height), Street Triple RS dan Street Triple S. Bagaimanapun, pelancaraan varian Street Triple S akan menyusul kemudian. Setiap varian menawarkan tahap kuasa, prestasi, teknologi dan sistem suspensi tersendiri. Setiap varian menggunakan enjin Daytona tetapi menghasilkan output kuasa berbeza.

SPESIFIKASI
Model Street Triple RS
Enjin 765cc
Kuasa Maksimum 121hp @ 11,700rpm
Tork Maksimum 77Nm @ 10,800rpm
Transmisi 6-kelajuan
Harga RM66,900

* Kuasa versi RS bertambah 16 peratus berbanding generasi terdahulu.

SPESIFIKASI
Model Street Triple R LRH
Enjin 765cc
Kuasa Maksimum 116hp @ 12,000rpm
Tork Maksimum 77Nm @ 9,400rpm
Transmisi 6-kelajuan
Harga RM58,900

* Sistem suspensi versi R LRH ditala unik dan ada pelana tersendiri.

Sebagai maklumam, kira-kira 80 bahagian enjin Street Triple menerima pengemaskinian. Antaranya, pertambahan saiz gerek dan lejang, aci baharu, omboh dan barel yang disadur Nikasel aluminium, sekali gus menyumbang kepada prestasi optimum ketika memecut dalam kelajuan sederhana dan rendah.

Triumph turut menawarkan empat opsyen mod tunggangan, Sport, Road, Rain dan Rider. Model RS pula ada lima opsyen mod tunggangan dengan tambahan mod Track.

4. BONNEVILLE BOBBER


Buat penggemar jentera moden klasik, anda mungkin boleh mempertimbangkan model Bonneville Bobber sebagai pilihan pembelian.

SPESIFIKASI
Enjin 1,200cc
Kuasa Maksimum 76PS @ 6,100rpm
Tork Maksimum 106Nm @ 4,000rpm
Transmisi 6-kelajuan
Harga RM74,900 (satu warna) | RM75,900 (dua tona warna)

Penunggang boleh memilih dua mod tunggangan, Road dan Rain. Imej gaya motosikal ‘bobber’ diserlahkan menerusi garis badan halus, tongkat rendah, pelana tunggal, kerja badan dan lampu depan minimalis, bar hendal lebar dan rata, tangki berukir, rim jejari, dan roda belakang lebar.

Pemilik Bonneville Bobber juga boleh melaraskan pelana mengikut saiz dan gaya tunggangan masing-masing. Besi penyangga atau pelapik pelana aluminium juga boleh dinaik-turunkan, atau ditolak ke depan-belakang untuk mendapatkan posisi tunggangan dinamik. Model Street Scrambler dikatakan akan dibawa masuk.

5. STREET CUP


Model Street Cup yang bakal tiba serentak bersama model lain ini ialah ahli baru dalam famili Street. Mengambil gaya asas atau stripped back dari Street Twin, Street Cup menerima aksesori baru seperti pelana peluru asli dan kowl pelana cafe racer boleh tanggal.

SPESIFIKASI
Enjin 900cc
Kuasa Maksimum 54hp @ 5,900rpm
Tork Maksimum 80Nm @ 3,230rpm
Transmisi 5-kelajuan
Harga RM65,900

Motosikal Bonneville Urban Sports ini dilengkapi ciri teknologi yang menumpukan kepada aspek penunggang seperti ride-by-wire, kawalan traksi, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), bantuan klac tork (TCA) dan pelana tunggal. Dua warna ditawarkan,  Racing Yellow/Silver Ice (kuning-perak) dan Jet Black/Silver Ice (hitam-perak).

Fast Bikes Sdn Bhd motosikal roda2 Street Triple R LRH (Low Ride Height) Street Triple RS Street Triple S Triumph Triumph Bonneville Bobber Triumph Bonneville T100 Triumph Street Cup Triumph T100 Black
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.