Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) ‘Tapau’ di Litar Nurburgring
Autotainment

5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) ‘Tapau’ di Litar Nurburgring

Han OthmanBy Han Othman22/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Jurutera Supra, Tetsuya Tada dalam kenyataan kepada portal permotoran Road & Track berkata, Supra (2020) baharu mencatatkan rekod 7 minit 40 saat mengelilingi trek Nurburgring di Jerman sepanjang 20.7km.

Supra (2020) juga mampu melepasi pengehad halaju maksimum 249kmj atas laluan lurus di Nurburgring. Malah tanpa pengehad halaju, model sport Toyota itu menurut Tada, masih mampu menyempurnakan pusingan penuh litar serba mencabar itu di bawah catatan masa 8 minit dengan mudah.

BACA >>> Toyota Supra (2020) Akhirnya Debut di Detroit, Lihat 71 Foto Menarik

“Ia sangat mudah untuk memecahkan masa 8 saat – 7:50, 7:40. Ia akan buat dengan mudah,” kata Tada.

Jadi, dengan catatan masa disebutkan itu, apakah model pesaing lain yang dapat ditumpaskan Supra (2020) sekiranya berentap di Nurburgring. Di bawah ini ialah senarai 5 model yang mungkin kecundang kepada kereta sport Toyota tersebut di litar yang terkenal dengan julukan ‘Green Hell’ itu.

5. BMW M2 COMPETITION


BMW M2 Competition tidak jauh berbeza dengan Supra kerana ia juga sebuah coupe 2-pintu. Model BMW ini mencatatkan masa 7:52.336 dengan pemandu Sport Auto, cuma sedikit perlahan daripada Supra.

4. FERRARI 599 GTB


Dari segi usia, Ferrari 599 GTB sudah agak berumur, dan prestasi dimiliki sebenarnya lebih sesuai untuk pemanduan grand touring berbanding trek, tetapi ia tetap sebuah Ferrari. Jadi, kemampuan menewaskan sebuah Ferrari tetap dianggap kejayaan manis dan menyeronokkan. Catatan masa 599 GTB di Nurburgring ialah 7:47, direkodkan pada 2007.

3. PORSCHE 718 CAYMAN S


Model sport enjin tengah, Porsche 718 Cayman S melepasi sepusingan penuh Nurbugring dengan kepantasan 7:46.7 pada 2016, juga dilakukan pemandu Sport Auto.

2. HONDA CIVIC TYPE R (FK8) 2017


Civic Type R (FK8) ialah pemegang rekod model pacuan roda depan (FWD) terpantas di Nurburgring, iaitu 7:43.8. Walaupun mungkin tewas kepada Supra, rekod dipegang Civic Type R tetap sesuatu yang membanggakan kerana ia sebuah hatchback FWD dengan 4 pintu dan but besar.

BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

1. PORSCHE CAYMAN GT4


Cayman GT4 mampu memberikan saingan hebat kepada Supra. Pemandu Sport Auto merekodkan masa 7:42 pada 2015. Malah Porsche kini sedang memyiapkan GT4 pantas baharu dan ada kemungkinan rekod baharu akan dicapai.

autotainment Green Hell Jerman Kereta Sport Litar Nurburgring Rekod Nurburgring Roda4 Tetsuya Tada Toyota Toyota Supra 2020
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Lexus LM 500h 2026 | Jepun
Roda4

Lexus LM 500h 2026 untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

16/03/2026
Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
Roda4

Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

12/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.