Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Kereta Paling Laris di Amerika Syarikat Sepanjang 2017
Roda4

5 Kereta Paling Laris di Amerika Syarikat Sepanjang 2017

Han OthmanBy Han Othman05/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PILIHAN jenis kereta setiap negara tidak pernah sama dan boleh jadi kerap pula berubah-ubah saban tahun. Di rantau ASEAN misalnya, pembeli Indonesia lebih berminat dengan kenderaan pelbagai guna (MPV), manakala orang Malaysia pula sukakan model sedan dan kompak (atau city car). Orang Eropah pula gilakan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan saiz pertengahan.

BACA >>> Trak Pikap Toyota Generasi Pertama Hangat di Pasaran dek Penangan Animasi ‘Toy Story’

Di bawah ini adalah 5 model kereta paling laris di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2017. Tiga teratas dirangkul kenderaan jenis trak pikap, manakala dua lagi dibolot SUV. Apa yang pasti, selain kereta muscle, penduduk AS juga sukar dipisahkan dengan imej trak pikap.

5. NISSAN ROGUE


Rekabentuk elegen dan sporty berjaya meletakkan crossover ini dalam senarai 5 kereta paling laris di AS dengan mencatatkan angka jualan 363,293 unit. Peningkatan tersebut nyata membanggakan berbanding jualan 2016 yang cuma 289,427 unit terjual.

4. TOYOTA RAV4


Pernah menjadi antara kenderaan utiliti sukan (SUV) popular Malaysia sekitar lebih sedekad lalu. Tetapi di AS, RAV4 masih mampu meneruskan momentum populariti model itu dengan menduduki kedudukan keempat bersama angka jualan keseluruhan 375,052 unit.

3. RAM PICKUP


Tidaklah menghairankan kerana trak pikap memang jadi kegemaran orang Amerika dan Ram Pickup adalah antara model kegemaran di sana dengan catatan jualan 455,816 unit sepanjang setahun lalu.

2. CHEVROLET SILVERADO


Tergolong dalam kategori trak pikap saiz penuh dan tugasan berat (heavy-duty). Rekabentuk solid dan penuh maskulin berjaya melonjakkan angka jualan Silverado, iaitu sebanyak 518,188 unit.

1. FORD F-SERIES


Inilah kenderaan paling laris di AS sepanjang 2017 dengan jualan keseluruhan mencatatkan angka 807,379 unit, melonjak daripada 733,287 unit pada 2016. Walaupun berani bereksperimen dengan rekaan bukan konvensional (lihat lampu depan), itu semua langsung tidak menjejaskan minat pembeli AS untuk memiliki model itu. Mungkin rekaan gril menjadi daya tarikan utama F-Series.

SUMBER: AutoGuide

Amerika Syarikat (AS) AS Auto Terkini autotainment Ford F-Series kereta terlaris Amerika 2017 kereta terlaris Amerika Syarikat 2017 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.