Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»5 Fakta Pantas: Toyota Yaris (2018) Facelift, Harga Bermula Rp275 juta (RM79k)
Roda4

5 Fakta Pantas: Toyota Yaris (2018) Facelift, Harga Bermula Rp275 juta (RM79k)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/04/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Februari lalu, dunia automotif Indonesia kecoh sebentar apabila brosur Toyota Yaris bocor ke media sosial sebelum pelancaran rasmi model subkompak hatchback itu. Bukan saja perincian spesifikasi, imej spyshot turut tersebar.

Terbaharu, Toyota Yaris (2018) versi dipertingkat atau facelift akhirnya dilancarkan secara rasmi ke pasaran Indonesia dengan menampilkan beberapa perubahan major beserta ciri menarik. Penampilan luaran dikemas kini baharu yang kali ini lebih sporty dan bergaya.

1. ADA 6 VARIAN, HARGA MULA RM79k

Toyota Yaris (2018) facelift didatangkan dengan 6 pilihan varian:

TRD Sportivo CVT: Rp275.9 juta (RM79,031)
TRD Sportivo MT: Rp 264.1 juta (RM75,651)
G CVT: Rp254.7 juta (RM72,959)
G MT: Rp243.7 juta (RM69,808)
E CVT: Rp247.2 juta (RM70,810)
E MT: Rp235.4 juta (RM67,430)

2. ENJIN 1.5L (105hp, 140Nm)

Toyota masih menaruh kepercayaan kepada enjin 2NR-FE 1500cc berkuasa 105hp dan tork 140Nm untuk menggerakkan Yaris. Selain dipadankan transmisi manual 5-kelajuan, Yaris turut menawarkan pilihan transmisi variabel berterusan (CVT) dengan pedal syif.

3. LUARAN SPORTY

Rekabentuk Yaris (2018) facelift baharu tampak sporty dan ada kelas. Lekukan badan dengan sudut tajam bermula lampu depan hingga gril bawah memberikan penampilan segar. Karakter jelas terserlah menerusi lampu siang (DRL) yang bersatu dengan gril piano hitam.

Rekabentuk lampu berlapis dan nipis dengan alur mendatar memberikan efek lebar pada penampilan Yaris baharu dengan rekaan yang seakan bersatu dengan pintu belakang, manakala rim aloi 16-inci dua tona melengkapkan penampilan dinamik.

BACA >>> #Spyshot: Foto Toyota C-HR Dikesan, Sedia Lancar Bulan Depan?

Bahagian belakang juga berubah dengan rekaan lampu lebih panjang dan ramping. Garis tajam hingga ke sisi badan sudah menjadi identiti Yaris. Menerusi ukuran badan ramping, Yaris (2018) facelift didatangkan dengan ukuran panjang badan 4,145mm, lebar (1,700mm), dan tinggi (1,475mm) serta jarak roda (2,550mm). Dimensi tersebut adalah lebih panjang berbanding sebelumnya.

4. KABIN ELEMEN ‘SURF WAVE’

Rupa kabin turut berubah dengan mengetengah konsep ombak luncur (surf wave) yang dihiasi kemasan perak pada beberapa ruang dalaman. Tidak ketinggalan sistem infotainment definisi tinggi (HD) yang dilengkapkan sambungan iPod, miracast, weblink, Internet dan tetingkap multifungsi serta aplikasi kawalan jauh menerusi telefon pintar untuk varian G dan TRD Sportivo.

Varian TRD CVT menampilkan kemasan stereng kulit berserta pedal syif. Kotak gear CVT diberikan dua mod pacuan: Eco atau Sport. Kawalan penyaman udara kini dalam bentuk digital dengan mod auto, manakala Bluetooth, penghidup tanpa kunci @ keyless dan punat mula-henti kini menjadi ciri standard semua varian.

5. CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Toyota Yaris (2018) facelift dilengkapkan ciri keselamatan termaju seperti 7 beg udara, kawalan stabiliti kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak untuk semua varian.

GALERI
toyota yaris malaysia
hatchback Indonesia Roda4 Segmen B subkompak hatchback Toyota Toyota Astra Motor Toyota Yaris Toyota Yaris (2018) facelift Toyota Yaris Facelift (2018) UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026

    3 Comments

    1. Man on 22/02/2018 07:53

      Kalau masuk ckd malaysia ni boleh tapau jazz maa..

      Reply
    2. Yusri on 04/09/2018 02:27

      Saya ni dah teramat bosan dengan kereta jenis mata tajam. Dari Lexus sampailah ke Merc sekarang pun, lampu mata tajam je. Dah jemu nengoknya. Takde ke design lain?
      Apa pun, ingat nak angkat Yaris ni. Suka banget kereta takde bontot ni. Harap kerajaan dapat kurangkan sikit harga kereta tahun depan.
      Hehe.

      Reply
    3. Shafie on 10/03/2019 22:01

      Sy pun minat yaris dgn tampil sporty dan harap harga mampu milik bwh 80k.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.