Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»5 Alasan Ini Mungkin Buatkan Anda Tidak Jadi Beli Superbike!
Autotainment

5 Alasan Ini Mungkin Buatkan Anda Tidak Jadi Beli Superbike!

ZYBy ZY28/04/201819 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TERINGIN mahu tunggang Ducati Panigale atau MV Agusta F4? Ataupun memiliki superbike idaman lain yang sebelum ini sekadar jadi gambar wallpaper telefon pintar anda?

Mungkin bonus hujung tahun sudah cukup untuk anda bayar downpayment tinggi, atau kebetulan dapat rezeki terpijak peninggalan nenek moyang nun di Nigeria sana. Faktanya, memiliki superbike bukan patut diukur pada kuasa beli semata-mata walaupun anda menganggap harga sekitar RM100,000 berada dalam jangkauan bajet.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 Perkenal 3 Trio, Sedia Gempur Pasaran Superbike Supercharged

Apatah lagi jika diperincikan maksud sebenar superbike kepada jentera super berkapasiti 1000cc ke atas dengan kuasa pecutan mencecah 280-300kmj yang dapat dicapai dalam masa singkat. Sebelum itu, minta maaf dulu, sportbike 250cc tiada kena mengena dengan superbike jika itulah anggapan anda selama ini.

Diingatkan, semua alasan di bawah bukan niat mahu menghalang minat, cuma sekadar perkongsian dan peringatan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi, tetapi ‘teracun’ dek rakan-rakan yang ada superbike. Jaga-jaga!

1. KOS PEMILIKAN SANGAT MAHAL

Cuba tanya pemilik Ducati, berapa kos senggara injap Desmodromic mereka.

Berbanding kereta yang sama harga, kos pemilikan superbike seperti cukai jalan, insurans dan penyenggaraan, adalah lebih mahal. Mahal macam mana? Minimum RM350 untuk cukai jalan dengan tambahan insurans komprehensif yang mampu menjangkau sekitar RM3,700 setahun. Ya, lebih mahal daripada kos insurans kereta 2.2L!

Kos senggaraan pula, harga sepasang tayar mampu mencapai empat angka. Memandangkan kategori superbike memerlukan tayar prestasi tinggi daripada kompaun getah lembut yang cepat haus dan perlu kerap ditukar, ini bermakna tempoh penukaran lebih singkat berbanding sportbike biasa.

Begitu juga kos menukar minyak enjin dan servis lain seperti menala semula injap. Jangan tak percaya kalau kami katakan kos servis sebuah superbike mampu buatkan si penunggang amatur pitam apabila melihat jumlah bil.

Hah, tidak pasal-pasal terpaksa merancang buat pinjaman jangka panjang, ataupun ambil risiko jual secara sambung bayar. Silap haribulan masuk perangkap ah long. Kalau jual sambung bayar pula, mahunya pembeli sangkut bayar, terpaksalah nama masuk senarai hitam bank.

BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko Yang Bakal Anda Hadap

2. TIDAK SELESA DITUNGGANG

Bayangkan berkonvoi ke Thailand 3-4 jam macam ni. Sampai sana terus cari rumah urut. Ehem…

Memandangkan pembeli yang mampu memiliki superbike daripada golongan senior dan berpendapatan tinggi, mereka harus ditekankan tentang fakta bahawa superbike memang tidak direka untuk keselesaan. Selalu pula menyakitkan.

Berbanding superbike lumba yang mana ergonomik dilaraskan mengikut fizikal seseorang pelumba (yang rata-rata masih muda dan sihat), ergonomik superbike jalanan adalah berbeza. Posisi hendal rendah, peg kaki tinggi dan pelana keras cuma memberi peluang sekejap saja kepada anda untuk menikmati keseronokan menunggang. Tidak lama selepas itu, mulalah kucar-kacir cari kawasan rehat untuk legakan pergelangan tangan dan pinggul yang sudah jadi kebas semacam.

Memang tidak nafikan ada penunggang veteran yang masih aktif menunggang superbike seperti pelawak tersohor, pak Hamid Gurkha. Tetapi ramai sebenarnya yang sudah beralih kepada jentera berkuasa tinggi lain yang lebih selesa.

3. SENANG JADI MANGSA JENAYAH

Komponen brek seperti kaliper dan pam antara mangsa utama kerakusan manusia durjana.

Mungkin anda rasa lebih selamat jika superbike anda dilengkapi fungsi imobiliser, atau menyimpan jentera kesayangan itu di halaman rumah yang kurang risiko kecurian. Tetapi, tidak semudah itu!

Tahukah anda alat ganti superbike ada nilai tinggi di pasaran gelap? Kaliper brek dan suspensi adalah antara komponen kritikal motosikal, dan komponen-komponen tersebut juga paling banyak jadi perhatian pencuri. Lebih menakutkan, kehilangan komponen tersebut tidak dilindungi insurans, manakala harga alat ganti menelan kos tinggi walaupun cuma komponen kecil. Tempoh menunggu juga lama kerana perlu diimport dari luar negara.

4. TIDAK MENJADIKAN ANDA LEBIH CEPAT

50kmj saja? Kriss lejen Pak Yon pun lagi laju!

Atas kertas, superbike anda jelas sekali lebih berkuasa dan lebih pantas berbanding kebanyakan motosikal lain. Dengan kuasa yang hampir menyamai jentera lumba, memiliki dan menunggang superbike sememangnya memberikan kepuasan yang sukar dikecapi pemilik dua roda biasa.

Kelajuan maksimum 300kmj? Bukan lagi mimpi.

Hakikatnya, lebuh raya Malaysia sentiasa sesak dengan kenderaan, manakala situasi litar lumba tempatan lebih mementingkan teknik tunggangan berbanding menguji kelajuan maksimum semata-mata. Soalannya, berapa kerap anda dapat capai kelajuan maksimum?

Malah, jentera lain yang lebih murah juga mampu mencapai kelajuan tinggi yang sesuai dengan situasi lalu lintas Malaysia. Masih berbaloikah anda bayar lebih untuk memenuhi keinginan anda?

5. MEMBUNUH KESERONOKAN MENUNGGANG

Tak cukup lagi tu. Kalau boleh nak bingkaikan, gantung dekat dinding.

Jika anda memiliki superbike sebelum cekap menunggang, anda sebenarnya cuma akan belajar bagaimana untuk mengawal ‘senjata’ anda itu daripada memakan diri.

Tidak seperti jentera biasa, sedikit kesilapan mengawal superbike, sama ada terlebih pulas terotel atau salah membrek, anda berisiko ke liang lahad. Memang benar risiko kemalangan dapat dikurangkan jika motosikal ditunggang cermat dan lebih berhati-hati. Tetapi sudahnya, anda pula yang ‘membunuh’ keseronokan menunggang superbike kerana perlu fokus mahu mengelak kesilapan sepanjang masa.

BACA >>> Minyak Naik Lagi? Ikut 5 Tip Jimat Minyak Ini, Khas Buat Penunggang Motor Kuasa Tinggi

Definisi ‘seronok’ mungkin berbeza, tetapi majoriti penunggang bersetuju keseronokan menunggang motosikal datang daripada usaha dan latihan berterusan untuk belajar mengenali karakter jentera dan sentiasa cuba mengatasi batasan skil tunggangan seperti memasuki selekoh lebih laju, membrek lebih lewat atau skil lain yang dapat menjadikan anda lebih cekap.

Apakah anda seronok membiarkan penunggang motosikal kecil memintas superbike anda dengan mudah dan bersahaja di selekoh? Sekali dua, mungkin terpaksa merelakan. Lama-kelamaan jadi bahan pameran di rumah sajalah.

Masih berdegil nak beli superbike? Jangan bagi isteri baca artikel ini. 😉

autotainment cukai jalan cukai jalan motorsikal cukai jalan superbike ergonomik insurans motorsikal insurans superbike roda2 sambung bayar superbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Aveta Care On Wheels
Auto Terkini

Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

27/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

24/03/2026
Auto Terkini

Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

23/03/2026
Triumph Daytona 660 2026
Roda2

Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

19/03/2026

19 Comments

  1. Wak on 08/01/2018 08:37

    kos lain yg termasuk pakain lengkap dari helmet, racing suit, glove, kasut, padding.
    Plus sembang dari rider lain yg kencang dan ribu-ribu semasa TTS hahaha

    Reply
  2. NeoPhantom on 09/01/2018 22:55

    Betul lah tu. Baik tak payah beli. Nanti menyesal tak sudah macam aku. Banyak betul masalahnye. Hari2 nak ride jauh2. Asal masuk highway je nak pecut sampai 300kmj. Asal weekend je nak g ride karak, klawang, bukit tinggi, sepang. Asal jumpa selekoh jr nak seret lutut. Aduhai. Belum cerita masalah bila lepak dataran merdeka ke dataran s.alam ke. Asal parking je ramai betul awek usha. Siap ajak sembang bagi no phone la bagai. Aduh. Semak. Pastu bab makan. Asyik makan je kalau naik sbk ni. Kari kambing 40 hari la. Nasi ganja la. Gulai tempoyak la. Lemang to’ki la. Asyik makan aje. Kadang2 ade la rider 125 ke r25 ke rr yang nak berkawan atas jalan. Disebbkan terlebih laju, dorang selalu tertinggal. Susah betol nak bermasyarakat naik moto ni. Kalau balik keje pulak, kadang2 nak jugak ride santai slow2 layan ngantok. Tp dgn sbk mmg xmungkin la. Sepulas je sampai. Sekejap sangat dah smpai rumah. Belum crita pasal keselamatan. Dah pakai sbk kena pakai fullface, fullsuit, full glove dan mcam2 full lagi lah. Terlebih safety la plak. Aduh. Belum citer masalah teknikal. Waranty dia punya la lama. Sampai 2 tahun. Kalau rosak dia ganti foc. Mcm ni bila nak rase pakai duit sendiri. Dah la xperlu modi. Tau2 dah power. Xde ruang untuk kreatif langsung. Start moto trus ride. Bosan. Serius la. Tak payah beli. Nyesal.

    Reply
    • Mike on 24/01/2018 01:12

      #burn #sarcasm

      Reply
    • Hafiz on 24/02/2019 21:58

      Win terrokk. comment ni buat sy lagi nak cepat beli. Sebenarnya segalanya atas diri sndri.

      Insha Allah dipermudahkan. cuma jgn pakai sbb trend shja. Tp fikir dahulu musabab mengapa nak menggunakannya.

      Reply
      • Ahmad Kawa on 12/02/2020 16:00

        Da mampu beli. Buat kire2 betul. Tkde masalahnye pun. Da motor laju susah sgt ke nk control motor tu bagi perlahan. Smuanye pasal self control je. Org pakai 250cc pon bnyak jg eksiden, kalau bawak tu tk jaga2.

        Truskan je, rasa dgn pengalaman sendiri. Da minat follow je. Moga dpt apa yg inginkan tu

        Reply
    • abc on 18/06/2019 19:41

      HAHA kene balik kt penulis, tulah penulis, pasal kelemahan bertabur-tabur, pasal 250cc , superbike, kebaikan tak pernah pulak nampak artikel. tulis la naik motorsikal 200cc dan superbike dapat mengelakan gejala samseng jalanan dan budaya merempit. sebab tak pernah lg nampak superbike ikut sekali merempit, yang ada pun group ride dengan roadshow je.

      Reply
  3. Amirul on 16/01/2018 20:50

    Pada pandangan saya ia memang betul semua yang diberitahu. Tapi boleh tak saya nak tahu model 600cc keatas yang sesuai untuk start dunia superbike ni. Mohon pencerahan tuan.

    Reply
    • Ahmad Kawa on 12/02/2020 15:51

      Er6, xj6, cb 500r dan tnt 600

      Reply
  4. AJIR1 on 17/09/2018 09:30

    IKUT MINAT MASING-MASING,SENDIRI MINAT SENDIRI TANGGUNG..OK

    Reply
  5. kal on 21/01/2019 01:37

    yamaha mt 07 tu superbike ke

    Reply
    • abc on 18/06/2019 19:45

      mt07 ni middle class bike la. 2silinder je, tapi bunyi mt07 ni special sebab crossplane 270° bunyi macam ducati monster. klu nak superbike zx6r la

      Reply
      • MatMie on 23/10/2019 21:26

        Sata ada MT nak jual sebiji

        Reply
    • Ahmad Kawa on 12/02/2020 15:55

      Mt07 Fully naked bike.
      Superbike untuk motor sport 1000cc. Supersport untuk motor sport 600cc.

      Reply
  6. Farid on 29/01/2020 05:41

    250 xbest langsung!! Bunyik mcm motorbot memekak je ,,Sanggup aku letak telinga kt ekzos full system SC MT09 dr dengar bunyik ekzos 250 lg2 nubis R25,BACA BETUL2 R25,R25 R25..

    Reply
    • Ahmad Kawa on 12/02/2020 15:53

      Hahaha, motor 250 buat ekzos perang boleh berdarah telinga. Mmg tk sedap bingit gile. Kalau ekzos panjang tkpe.

      Reply
  7. Burung Antu on 21/08/2020 08:59

    hantam je lah labu…😂😂😂

    Reply
  8. Fiyaa on 07/09/2020 14:35

    Kalu ade yg dah beli, better hati2 yea. Jga keselamatan baik2. Kalu kita dah jaga diri baik2, bawa elok2 pun bila org lain yg lalai kita jugak yg kena. Arwah suami sy pun beli ducati monster 795 tu, mmg tiptop sgt2 dgn bunyi dia mengaum tu mmg org jauh pun bole dgr. Tapi semua tu dah ketentuan ilahi. Akhirnya arwah dijemput ilahi awal bulan 6 hari tu disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yg lain. Jgn disangka jalan yg lurus xde pengguna yg xberhati2 yea. Alfatihah buat suamiku😔

    Reply
  9. Hairi on 04/03/2021 16:42

    Salam tahziah

    Reply
  10. Azelan on 16/05/2022 16:56

    Ikut kemampuan masing masing ….. Jangan ikut kata org Perak biar papa asal bergaya…. Nanti tinggal seluar dalam ……aku pun org Perak…..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.