Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: Rossi Sah Berlumba Lagi Dua Tahun Hingga Umur 40 Tahun
Auto Terkini

#2018MotoGP: Rossi Sah Berlumba Lagi Dua Tahun Hingga Umur 40 Tahun

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SPEKULASI mengenai status Valentino Rossi dalam MotoGP akhirnya terjawab apabila kontraknya dilanjutkan dua tahun lagi, sekali gus mengesahkan pembabitan pelumba dari Itali itu dalam perlumbaan premier tersebut sekurang-kurangnya hingga penghujung 2021.

Bercakap pada majlis menjelang pembukaan kejuaraan MotoGP 2018, Rossi, 39, berkata, dia tetap berdaya saing dan tidak mahu meninggalkan kelas tersebut.

“Apabila saya menandatangani kontrak terakhir dengan Yamaha pada Mac 2016, saya tertanya adakah itu kontrak terakhir saya sebagai pelumba MogoGP?

BACA >>> Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

“Dua tahun lalu saya membuat kesimpulan bahawa saya mahu terus berlumba. Menjadi pelumba MotoGP, terutama menunggang M1 adalah perkara yang membuatkan saya gembira,” katanya.

Juara MotoGP tujuh kali itu berterima kasih kepada pasukan Movistar Yamaha MotoGP atas kepercayaan diberikan sambil menganggap apa yang berlaku sebagai cabaran kepada dirinya supaya kekal kompetitif hingga usia 40 tahun.

“Saya tahu sedikit sukar dan memerlukan lebih banyak usaha dan latihan. Tetapi saya bersedia dan penuh dengan motivasi, kerana itu saya menandatangani kontrak dua tahun lagi,” katanya.

PERSEFAHAMAN MUDAH

Ketua Pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis (gambar utama, kiri) berkata, keputusan tersebut mudah dilakukan, dan pengesahan perjanjian bersama Yamaha ialah momentum terbaik sebelum memulakan musim 2018 di Qatar.

Berita tersebut mungkin tidak mengejutkan kerana Rossi pernah menyuarakan hasratnya untuk terus berlumba. Namun, pengesahan terbaharu itu pasti memberikan khabar gembira kepada jutaan peminat ‘The Doctor’ seluruh dunia.

“Sangat mudah mencapai persefahaman. Sebagai Pasukan Kilang (Factory Team), kami memerlukan pelumba terbaik yang mampu menang dan memberikan komitmen penuh untuk buat apa saja diperlukan bagi mencapai matlamat.

“Pembabitan bertahun-tahun dalam MotoGP, dan usia 39 tahun membuktikan Rossi sebagai pelumba komited, dan tanpa ragu lagi dia masih pelumba papan atas seperti dapat dilihat pada rekod terbaharu ketika ujian pramusim di Qatar. Tugas kami sebagai pasukan dan kilang ialah memberikan dia YZR-M1 terbaik supaya dia boleh berjuang mengejar kemenangan,” kata Jarvis lagi.

SUMBER: MCN

2018 MotoGP Auto Terkini Lin Jarvis Movistar Yamaha Pasukan Yamaha MotoGP roda2 The Doctor Valentino Rossi Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.