Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar
Roda2

#2018MotoGP: Hafizh Bangga Dapat Raih Mata di GP Qatar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA siapa menyangka, apatah lagi mengharapkan pelumba negara, Hafizh Syahrin (55) meraih mata pertama dalam debut MotoGP di Qatar, minggu lalu. Menurut pelumba asal Selangor itu, sasaran asal pasukannya, Monster Yamaha Tech 3 ialah sekadar berada dalam kelompok 20 pelumba ke atas dan menghabiskan perlumbaan.

Hafizh, 23, terpilih menyertai Monster Yamaha Tech 3 hanya sebulan sebelum musim baru MotoGP bermula. Dia berjaya menempatkan diri di petak ke-15 pada ujian kelayakan dan selepas ditenangkan ketua pasukan, Herve Poncharal pelumba itu tidak segan silu beraksi lebih baik. Hasilnya, dia menamatkan saingan di tempat ke-14!

DAPAT BOS BAGUS

Hafizh yang turut dikenali dengan gelaran Pescao mengakui bertuah kerana mempunyai ketua pasukan yang bagus. Menurutnya, Poncharal sangat mesa dan selalu bercakap sesuatu yang kelakar sekali gus membantu dia menghilangkan stres dan gementar.

BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

“Dia cakap kepada saya, enjoy,  jangan stres. Ini cuma perlumbaan pertama, jadi cuba untuk faham apa saja, jangan gementar sangat. Saya ambil nasihat itu sebagai motivasi dan inilah sebab kenapa saya mampu dapat mata dalam perlumbaan pertama ini. Terima kasih kepada dia (Poncharal).”

“Saya fikir saya akan sedikit takut, tetapi sebaik saja lampu merah padam, tiba-tiba keyakinan saya datang. Saya rasa bagus dengan kawalan luncur (launch control). Lebih senang daripada Moto2! Saya bermula baik, tidak teruk, cuma sedikit wheelie,” katanya.

NYARIS BERLANGGAR LORENZO

Hafizh turut berkongsi detik nyaris terbabit kemalangan seawal pusingan pertama.

“Saya nyaris langgar tayar (Jorge) Lorenzo, hampir kemalangan, saya bernasib baik dapat selamatkan motor,” katanya yang menamatkan lap pertama di kedudukan ke-17. Kemudian, selepas mengekalkan posisi tersebut untuk beberapa lap berikutnya, Hafizh mula melepasi pelumba Aprillia, Scott Redding pada lap ke-4, dan terus memperbaiki kedudukan selepas Lorenzo (Ducati Team) dan Alex Rins (Suzuki Ecstar) terbabit kemalangan.

Jorge Lorenzo

“Saya melepasi Redding dan beberapa pelumba lain, kemudian kekal di posisi ke-14 agak lama tetapi pada pertengahan perlumbaan saya cuba menukar tetapan elektronik untuk memanjangkan hayat tayar belakang.

“Ia bagus tetapi tidak terlalu laju. Jadi, untuk 3 lap terakhir saya tukar semula tetapan elektronik kepada tetapan awal perlumbaan. Memahami komponen elektronik ialah semua sebahagian dalam pembelajaran saya,” katanya.

BACA >>> #2018MotoGP: Suzuki Memang Boleh Jadi Juara dan Naik Podium – Marquez

Selepas bergelut menewaskan Alvaro Bautista (Angel Nieto) yang menunggang jentera Ducati, Hafizh kembali mengekalkan kembali kedudukan di tempat ke-14 apabila melepasi Aleix Espargaro pada lap terakhir. Pelumba Malaysia itu menamatkan cabaran sebagai rookie kedua terbaik di belakang juara Moto2, Franco Morbidelli (tempat ke-12).

“Saya gembira dan bangga dengan kemampuan diri kerana sasaran perlumbaan hanya berada di kedudukan ke-20 ke atas dan menamatkan perlumbaan. Apa yang penting, kami berjaya mendapatkan mata selepas perlumbaan walaupun tidak ramai pelumba jatuh dan saya mampu mengekalkan posisi di kedudukan ke-14 dalam jangka masa lama.

“Saya sangat seronok berlumba dan tidak sangka dapat bersaing dengan mereka (pelumba lain). Saya sangka mungkin akan ditinggalkan jauh ketika perlumbaan bermula dan kemudian mengejar sedikit demi sedikit. Tetapi saya mampu kekal di sana.

“Mata ini untuk pasukan dan saya akan cuba jadi lebih baik. Saya janji akan bekerja keras untuk jadi lebih baik dan baik untuk setiap perlumbaan.

“Ini hanya perlumbaan pertama dan saya sudah banyak belajar, seperti kembali ke sekolah! Saya sangat seronok dan terima kasih kepada Tech3 kerana mereka berikan saya banyak maklumat, motosikal yang sangat bagus dan sekarang perasaanya seperti satu keluarga”.

“Saya ada hubungan yang baik dengan pasukan, selalu melawak dengan mekanik yang turut berikan saya lebih keyakinan dan kurang stres. Saya sangat seronok bersama pasukan ini,” kata Hafizh.

Aksi Hafizh menjempul ibu jari sambil dipayungi makwe Arab.

MAHU LEBIH YAKIN

Jadi apakah sasaran seterusnya buat pelumba muda ini?

“Cuba untuk ulang keputusan ini, dan dapatkan lebih keyakinan berlumba dengan semua pelumba grand prix. Saya juga perlu meningkatkan keyakinan pada permulaan latihan, kerana semua pelumba MotoGP terus bergerak laju sebaik keluar dari padok. Saya perlu yakin, terutama dengan tayar kerana MotoGP sangat laju, di atas 300kmj, dan saya perlu yakin dengan tayar depan untuk membrek,” kata Hafizh.

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

Pescao yang menunggang jentera nombor 55 juga berpuas hati dengan tahap kecergasan fizikalnya.

“Saya tidak rasa betul-betul letih, cuma sedikit. Ketika latihan musim sejuk saya berlatih bersungguh-sungguh dan banyak memperbaiki kecergasan saya,” katanya lagi.

Rakan sepasukan, Johann Zarco yang memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail di tempat pertama, menghabiskan perlumbaan tersebut pada kedudukan k- 8 selepas mengalami masalah tayar depan.

Perlumbaan pusingan kedua dijadualkan berlangsung Argentina pada 8 April ini.

SUMBER: Crash.net

2018 GP Qatar 2018 MotoGP 2018 Qatar GP GP Qatar 2018 Hafizh Syahrin Monster Yamaha Tech 3 MotoGP pescao Pescao 55 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Roda2

    HLYM Kemaskini Warna YZF-R25 2026

    30/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.