Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#2018MotoGP: 8 Tahun Tidak Pernah Kalah, Mampukah Marquez Tumbang di Jerman?
Auto Terkini

#2018MotoGP: 8 Tahun Tidak Pernah Kalah, Mampukah Marquez Tumbang di Jerman?

Han OthmanBy Han Othman14/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADINDA Marc Marquez ialah juara tidak terkalah di litar Sachsenring dengan memegang rekod lama kali kemenangan berturut-turut di GP Jerman itu sejak 2010. Mampukah dia mengekalkan kejuaraan seperti sebelum ini? Mampukah pelumba lain mencabar dominasi Marquez daripada terus melakar sejarah?

Sebelum saingan bermula, mari kita baca dulu previu tentang saingan GP Jerman minggu ini:

1. Marquez memang setiap perlumbaan di Sachsering sejak 2010: satu dalam kelas 2-lejang 125cc (sudah mansuh), dua dalam kelas Moto2, dan lima dalam kelas premier MotoGP.

2. Adinda akan berentap di GP Jerman kali ini dengan reputasi empat kali memijak pentas podium musim ini. Kali terakhir ialah dua minggu lalu di Assen, Belanda. Kemenangan GP Belanda ialah kejuaraan kelas premier ke-39 dicatatkan pelumba Sepanyol itu (65 keseluruhan kelas)

“Kejayaan dicapai di Assen ialah penting kerana itu ialah perlumbaan yang sangat mudah untuk membuat kesilapan, teta[o kami mampu meningkatkan kelebiahn kami dalam Kejuaraan. Sekarang kami pergi ke litar yang sangat sukar yang biasanya kami sangat kuat, tetapi setiap tahun ialah berbeza; kau boleh bantah yang aku selalu ulang idea ni, tetap itu betul!

Cuaca boleh memainkan peranan penting, kerana kami sudah nampak pada masa lalu: kalau hujan atau bercampur, segalanya akan berubah sangat cepat dan kau mesti bersedia. Jadi, kita akan lihat; kami akan pergi sana dan cuba mencari tahap kami dan jadi kuat sejak permulaan hujung minggu ini. Kemudian, pada Ahad, kami akan cuba dan lawan untuk podium sekali lagi.” – Mar Marquez

3. Juara dunia MotoGP emat kali kini mengungguli ranking pelumba dengan catatan 140 mata, 41 mata di depan kekanda Valentino Rossi daripada Movistar Yamaha.

4. Sejak 2010, pelumba Repsol Honda selalu jadi pemenang dalam kelas premier di litar Sachsering: Pedrosa pada 2010, 2011 dan 2012, dan Marquez pada 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Marquez dan Pedrosa juga masing-masing menamatkan saingan dalam kedudukan 1-2 pada 2014 and 2015.

5. Selepas 18 tahun dalam saingan Kejuaraan GP Motosikal, Pedrosa mengumumkan persaraannya pada sidang media semalam. Dia akan bersara selepas tamat saingan musim ini dan akan dianugerahkan sebagai Legenda MotoGP pada pusingan final di Velancia, Sepanyol.

6. Dengan 14 kemenangan, Honda memiliki rekod kejayaan paling banyak di Litar Sachsering, diikuti Yamaha, 4 kejuaraan (3 untuk Rossi, 1 untuk Max Biaggi).


7. Rossi memenangi 6 kejuaraan dalam semua kelas di Sachsering, termasuk 4 dalam kelas premier. Kemenangan kali terakhir beliau di Jerman ialah pada 2009.

“Assen ialah perlumbaan yang hebat, jadi aku betul-betul mahu kembali ke trek lagi. Aku tak tau kalau kami boleh ulang perlumbaan seperti itu di Sachsering, tetapi kami akan cuba buat segalanya untuk berada di depan dengan pelumba top. Tahun lepas, GP Jerman tidak berapa positi bagi kami, jadi ia sangat penting untuk faham potensi kami hujung minggu ini.

“Kami perlu bekerja kuat, bermula sesi latihan pertama, Jumaat ini supaya bersedia berlumba, tetapi aku yakin. Aku rasa bagus dan pasukan aku bekerja sangat baik. Perlumbaan di Sachsering ialah perlumbaan terakhir sebelum cuti musim panas, jadi kami mahu buat yang terbaik untuk jadikan ia pertarungan bagus Ahad ini bagi menamatkan penggal pertama musim ini dengan cara baik.” – Valentino Rossi

8. Selain Rossi, ancaman terbesar Marquez lain ialah pelumba kedua Movistar Yamaha, Maverick Vinales, juga rakan sepasukan Rossi. Bagaimanapun, Vinales tidak pernah menang di Sachsering dalam kelas premier, tetapi pernah meraih dua kali podium dalam kelas 125cc (Moto3). Dalam kedudukan ranking semasa, Vinales berada di tangga ketiga, 47 mata di belakang Marquez.

9. Ducati ialah satu-satunya pengeluar lain yang memenangi perlumbaan kelas premier di Sachsering yang dilakukan pelumba Australia, Casey Stoner pada 2008.

10. Jorge Lorenzo pernah menjadi dua kali juara dengan Ducati Team di Mugello (Itali) dan Catalunya (Sepanyol), tetapi hanya mampu berada di kedudukan ke-7 di Assen, dua minggu lalu. Lorenzo, yang disahkan menyertai Repsol Honda dalam saingan MotoGP 2019, tidak pernah menang di Sachsering, tetapi pelumba Sepanyol itu sudah memiliki 7 kali podium dalam semua kelas perlumbaan, termasuk 4 kali menamatkan saingan sebagai naib juara MotoGP.


11. Pelumba lain patut diberikan perhatian ialah Cal Crutchlow (LCR Honda) yang memiliki rekod baik di Jerman, dan Jonas Folger (Yamaha Tech3, kini digantikan Hafizh Syahrin) yang menghabiskan saingan di tempat kedua musim lalu dengan memberikan tekanan kepada Marquez hingga garis penamat.

12. GP Jerman ialah perlumbaan akhir sebelum saingan MotoGP 2018 berhenti rehat musim panas selama tiga minggu. Siri kedua saingan akan bermula pada 5 Ogos di Brno, Republik Czech.

13. Latihan Bebas 3 (Free Practice 3) akan bermula jam 3 petang ini, Kelayakan (Qualifying) jam 6 petang dan Akhir (Final) pada esok (Ahad) bermula jam 430 petang. Setiap saingan bboleh ditonton di Astro Fox Sport 2. Permulaan saingan ialah termasuk kelas Moto3, dan Moto2 sebelum diakhiri MotoGP.

SUMBER: UltimateMotorcycling

2018 MotoGP Auto Terkini Germany GP GP Jerman Marc Marquez MotoGP MotoGP 2018 roda2 sukan permotoran Valentino Rossi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Hajiji: Kajian Semula Subsidi Diesel Bergantung Kepada Krisis Tenaga Global

06/04/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Audit Jualan Diesel Perlu Diperketat, Kekang Ketirisan Subsidi di Sabah

06/04/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

06/04/2026
Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
Auto Terkini

Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

04/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.