Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch ‘N Go yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch ‘N Go yang Perlu Anda Tahu

Abang GYLBy Abang GYL11/03/202086 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA awal September 2018, Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (Touch ‘n Go) melancarkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) kepada pengguna lebuh raya utama di Malaysia yang melibatkan dua kumpulan pilot, terpilih dan pengguna awam.

BACA >>> Touch ‘n Go Lancar Sistem RFID Sepenuhnya di Semua Lebuh Raya Tahun Depan!

Hasil ujian perintis itu kemudian akan membantu TnG dan pihak terbabit menambah baik sebarang kelemahan sistem RFID sedia ada sebelum dilancarkan sepenuhnya di seluruh lebuh raya Malaysia menjelang Januari 2019. Di bawah ini kami senarai 20 soalan paling kerap ditanya (FAQ) mengenai sistem RFID dibangunkan TnG:

1. APAKAH RFID?
RFID ialah sistem bayaran tol elektronik baharu diperkenalkan Touch n’ Go (TnG) yang menggunakan pelekat untuk akses tol, juga dipanggil tag RFID, berupa cip frekuensi radio dalaman dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu utama kereta.

2. BAGAIMANAKAH RFID BEKERJA?
Apabila kenderaan memasuki gerbang tol, pengimbas akan membaca frekuensi radio pelekat RFID dan caj tol akan ditolak daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Pelekat RFID memiliki ciri unik yang khas untuk satu-satu kenderaan berdaftar sahaja.

3. BAGAIMANAKAH MEMASANG PELEKAT RFID?
Pelekat RFID perlu dipasang pada cermin depan atau lampu utama kereta di pusat servis sah. Pemasangan setiap kereta mengambil masa tidak lebih 15 minit. Awalnya, pemasangan ditawarkan kepada kumpulan penguji pilot terpilih sahaja. Selepas fasa tersebut berakhir, barulah janji temu untuk pemasangan RFID dibuka kepada pengguna awam.

4. BILAKAH UJIAN PILOT RFID UNTUK PENGGUNA AWAM BERMULA?
Ujian pilot untuk pengguna awam sudah bermula pada 3 September lalu (2018).

5. SIAPA BOLEH MOHON RFID?
Ujian RFID terbuka kepada pengguna lebuh raya Lembah Klang yang memandu kereta persendirian daripada jenis kenderaan seperti kereta, van, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan pikap (Kelas 1). Kenderaan jenis lain masih tidak mendapat sokongan RFID.

6. DI MANAKAH PELEKAT RFID AKAN DIPASANG DI KERETA?
Pelekat RFID akan dipasang pada cermin depan atau lampu utama kereta, bergantung kepada posisi optimum untuk pengesanan dan akan ditentukan staf TnG berkelayakan.

7. BOLEHKAH PASANG RFID SENDIRI?
Tidak. Buat masa ini, semua pemasangan RFID perlu dibuat individu berkelayakan di pusat servis sah.

8. BOLEHKAH DAFTAR RFID DENGAN KERETA ORANG LAIN?
Ya, boleh daftar RFID dengan kereta orang lain, tetapi dipautkan kepada Touch ‘n Go eWallet sendiri untuk ditolak caj tol. Anda perlu mengisi borang pengesahan dengan butiran diperlukan yang boleh dimuat turun daripada portal pendaftaran RFID.

9. BAGAIMANAKAH KETAHANAN PELEKAT RFID?
Pelekat RFID mampu bertahan selama 5 tahun. Ia dibuat daripada material tahan lasak yang kalis pelbagai kondisi cuaca. Sila elakkan cucian kimia secara langsung ke atas pelekat.


10. JIKA KERETA DICURI ATAU ROSAK, BOLEHKAH TUNTUT GANTI RUGI ATAU PASANG SEMULA PERCUMA?
Pelekat RFID akan rosak apabila cermin kereta pecah/berderai, dan baki eWallet kekal selamat. Sepanjang fasa pilot, bayaran penukaran pelekat ditanggung TnG.

12. ADAKAH PERLU PASANG SEMULA PELEKAT DAN BAYAR LAGI JIKA TUKAR ATAU BELI KERETA BAHARU?
RFID unik untuk setiap kenderaan dan pengguna berdaftar. Jika tidak lagi menggunakan tag RFID atau menjual kereta, anda perlu menamatkan servis tersebut dengan menghubungi bahagian khidmat pelanggan Touch ‘n Go Careline.

13. PELEKAT DIPASANG DI LUAR KERETA, SELAMATKAH DARIPADA DICURI?
Pelekat RFID tidak boleh dikopek atau ditanggalkan dengan mudah daripada lampu utama atau cermin depan, dan jika dilakukan juga, pelekat akan rosak. Jadi, baki eWallet selamat daripada disalah guna.

14. BENARKAH RFID TIDAK BERFUNGSI BERHAMPIRAN LOGAM, KERETA PULA ADA BANYAK LOGAM?
Pakar pemasangan akan melakukan ujian diperlukan dan membuat saranan mengikut situasi.

15. KENAPA AMBIL MASA TERLALU LAMA UNTUK PAGAR TOL DIBUKA?
Banyak lorong tol ada konfigurasi legasi berbeza. Integrator sistem dan pemegang konsesi kini sedang bekerja keras mengharmonikan lorong RFID bagi mengurangkan masalah berkaitan supaya pengguna dapat menikmati pengalaman pemanduan konsisten.

16. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH TAHU TRANSAKSI KELUAR?
Jika transaksi berjaya, pagar tol akan dibuka. Boleh semak traksaksi terus pada aplikasi eWallet menggunakan telefon pintar.

17. ADAKAH SAYA PERLUKAN TELEFON PINTAR UNTUK GUNA RFID?
Ya, bagi membolehkan RFID digunakan, pengguna perlu memuat turun Touch ‘n Go eWallet daripada aplikasi mobil. Caj tol akan ditolak daripada aplikasi tersebut. Jadi, telefon pintar memang diperlukan.

18. APAKAH TOUCH ‘N GO eWALLET?
Touch ‘n Go eWallet ialah aplikasi mobil, iaitu dompet elektronik (e-wallet) yang menyimpan wang elektronik
(e-money). Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan seperti isian semula, bayaran, dan pindahan wang pada bila-bila masa dan di mana saja. Ia juga boleh digunakan dengan RFID untuk bayar tol. Maklumat lanjut mengenai Touch ‘n Go eWallet boleh layar TouchnGo.com.my

19. DI MANAKAH SAYA BOLEH MUAT TURUN APLIKASI MOBIL TOUCH  ‘N GO eWALLET?
Boleh layari Google Play Store atau Apple App Store, dan cari Touch ‘n Go eWallet untuk dimuat turun.

20. APA JADI KALAU TELEFON HABIS BATERI ATAU TIADA SIGNAL/DATA?
Sistem RFID akan mengesan pelekat RFID untuk caj tol dan tiada kena mengena dengan signal atau bateri telefon pintar.

autotainment FAQ RFID harga RFID RIFD Malaysia Sistem RFID Sistem Touch N Go RFID Sistem Touch N Go RFID Malaysia soalan RFID TnG Touch N Go
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

    25/02/2026

    86 Comments

    1. Pangkokwah on 11/11/2018 18:40

      Where can i apply RFID, I already got touch N go eWallet

      Reply
    2. daus on 29/01/2019 18:06

      berapa harga kos pemasangan

      Reply
      • ABG GYL on 29/01/2019 20:42

        Buat masa ini masih dalam tempoh percubaan dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan

        Reply
    3. mohd fikree mat yatim on 19/02/2019 11:21

      saya dah pasang utk sebuah kereta saya, dan berhasrat untuk pasang pada sebuah lagi kereta. Adakah saya perlu mendaftakan no tel baru untuk pendaftran kereta ini?

      Reply
      • ABG GYL on 20/02/2019 22:36

        Setiap orang boleh daftar 1 RFID sahaja

        Reply
        • Leah on 20/03/2019 07:05

          Betul.. satu orang boleh daftar utk 1 akaun e-wallet. Satu e-wallet boleh daftar beberapa rfid (kereta). Saya sendiri dah daftar utk 3 kereta di dalam akaun e-wallet saya

          Reply
    4. Nam on 27/02/2019 20:34

      Apa perlu saya buat jika RFID telah overcharge saya? Di mana boleh mintak refund?

      Reply
      • ABG GYL on 28/02/2019 17:26

        Boleh minta atau report di Touch N Go

        Reply
    5. budi on 01/03/2019 20:19

      Berapa hàrga pemasangan RFID

      Reply
      • ayamee on 04/03/2019 23:00

        free bosskurr

        Reply
        • Msyatie Yatt on 08/03/2019 19:29

          Di mana nak dpatkan pemasangan

          Reply
    6. Azuan on 10/03/2019 12:39

      Sy menggunakan highway plus dari juru, menggunakan kad t n go. Keluar di KL Jalan duta yg menggunakan rfid.
      Boleh ka sy buat mcm tu?

      Reply
    7. Mohd on 24/03/2019 14:41

      Dari KL toll ade RFID , adakah di susur keluar lain pun ade lorong RFID spt Kuala Kangsar , Taiping, Tapah dan sbginya…..

      Reply
      • ABG GYL on 25/03/2019 11:33

        Tidak ada buat masa ini. Hanya tol berbayar terus saja yang akan ada RFID

        Reply
    8. Mohs yasin on 31/05/2019 08:28

      Saya masuk hiway dari sedenak guna smart tag. Bolehkah saya keluar hiway guna rfib.

      Reply
      • ABG GYL on 31/05/2019 18:02

        Tak mungkin sebab RFID hanya ada pada 1 laluan saja, iaitu bayaran terus

        Reply
    9. fer on 06/06/2019 19:33

      Jika sy mintak tolong dari ahli keluarga untuk pegi ke tempat pemasangan rfid boleh ke?

      Reply
      • ABG GYL on 07/06/2019 01:19

        Boleh, asalkan kena bawa salinan geran atau insurans

        Reply
        • azizul on 17/07/2019 09:20

          dimana lokasi utk pemasangan RIFD

          Reply
    10. Chee on 13/06/2019 18:54

      Boleh Tak kereta saya pasang Dua keeping RFID pasal Ada yang tol Tak dapat baca RFID saya kena under kereta Dua atau tiga kali baru buka

      Reply
    11. baizura on 23/06/2019 16:28

      Rfid saya dah dikopek oleh orang mcam mana saya nak dapatkan replacement.saya bru je buat.

      Reply
      • ABG GYL on 24/06/2019 14:19

        Call hotline RFID Wallet

        Reply
    12. Edaita on 25/06/2019 23:56

      Saya daftar rfid untuk 2 kereta atas 1 Nama. Tapi boleh ke kereta ke dua nak guna ewallet saya automatic keluar 2 nombor Kereta. Boleh ke saya transfer 1 nombor Kereta ke ewallet pada phone yang lain?

      Reply
    13. Zulhilmi on 15/08/2019 22:07

      mcm mana nak tahu rfid yg baru daftar sudah active ke belum?? Kena brpa lama kena tggu selepas pemasangan??

      Reply
    14. NUR AMALYA on 26/08/2019 10:12

      saya nak daftar 4 kereta dalam satu nama boleh ke?

      Reply
      • ABG GYL on 26/08/2019 10:52

        Boleh asalkan nama pemilik kereta adalah sama

        Reply
    15. Hilme05 on 19/09/2019 01:05

      Nak tanya. Kalau Rfid tak cukup baki, adakah akan di potong di card Touch n Go? Misalnya baki dlm touch n go mencukupi

      Reply
    16. Domok on 21/09/2019 13:25

      Nak tanya.. baki ewallet saya ada rm10.. tapi bila lalu tol rfid die tulis baki kurang.. sepatutnya cukup sebab die tolak rm2.30 je..

      Reply
      • Kenneth on 16/10/2019 09:33

        Hi, saya ada pun ada masalah dengan baki kurang, baki ada RM18, bayaran tol RM2.50 tapi tak lepas sebab dia tulis baki kurang.

        Reply
    17. Aliya on 25/11/2019 19:09

      Kenapa bila say nak lalu Rifd katanya insufficient balance. Walhal banyak tu dlm wallet. Ada beratus

      Reply
      • Abang GYL on 25/11/2019 20:56

        Ini kena rujuk pada pihak touch n go

        Reply
    18. Han on 12/12/2019 18:14

      Berapa lama nk tunggu utk rfid aktif lps pasang

      Reply
      • Abang GYL on 13/12/2019 09:23

        Kebiasaanya akan aktif terus. Boleh rujuk dekat aplikasi dan pergi ke bahagian RFID

        Reply
    19. ABDUL KARIM BIN AMARI on 16/12/2019 13:17

      Kalau kita masuk tol guna Rfid tapi bile sampai tol destinasi lorong Rfid tiada…macam mana.??? ataupun masa atas highway pelekat rfid hilang??

      Reply
    20. ABDUL KARIM BIN AMARI on 17/12/2019 23:30

      Bagaimana sekiranya masuk tol guna Rfid..bila sampai ke destinasi..tiada tol Rfid..ataupun masa di highway pelekat rfid hilang

      Reply
    21. Faizal on 23/12/2019 00:35

      Kenapa saya dah daftar RFID tp dalam sistem tiada RFID di daftarkan…

      Reply
    22. Rasli on 31/12/2019 19:21

      Bagaimana sekiranya masuk tol Duta guna Rfid..bila sampai ke exit Behrang.tiada tol Rfid. Apa perlu saya lakukan

      Reply
    23. Farhan on 08/01/2020 15:44

      Saya register 2 kereta atas 1 ewallet…tapi hanya 1kereta sahaja yang ada dia dalam ewallet…pegi cek dua2 kereta dah aktif…tapi kenapa dalam ewallet hanya ada 1 no kereta sahaja…

      Reply
    24. Bunga on 12/01/2020 13:57

      Kalau baki ewallet kurang,tp baki dlm kad tng masih banyak.. adakah masih dpt pakai rfid?

      Reply
    25. Rashid on 07/02/2020 03:21

      Sekiranya ingin menukar kereta baru,bagaimana untuk menukar pelekat RFID ke kereta yang baru?

      Reply
      • Abang GYL on 07/02/2020 10:28

        Dia perlu batalkan dahulu dan apply baru.

        Reply
    26. m salihin on 14/03/2020 00:19

      apakah yang saya patut lakukan kalau saya nak jual kereta yang sudah berpelekat rid, bagaimana dan di mana. . .

      Reply
      • Abang GYL on 16/03/2020 11:01

        Perlu cancelkan terlebih dahulu, selepas itu mohon pemasangan semula pada kereta baru

        Reply
    27. Romzi on 16/03/2020 15:25

      Baki didalam ewallet dah 0..tp dlm.kad tng masih bnyak so boleh kah sy masuk laluan rfid

      Reply
      • Abang GYL on 16/03/2020 17:12

        Tak boleh, RFID cuma link dengan ewallet, dan bukannya kad touch n go

        Reply
    28. Khor Aik Siew on 16/07/2020 11:02

      Tuan,

      Selamat pagi. Kalau saya masih ada kad touch n go , setelah saya register RFID, adakah kadang kala saya guna kad touch n go, kadang kala saya guna RFID. Bila lalu Jambatan Pulau Pinang, harga tol pun dapat diskaun sama, betul tak?

      Apakah maksud ayat di bawah ini?
      Pemohon RFID e-Wallet yang layak tidak boleh memohon kad PLUSMiles diskaun 20%.

      Thanks! Sorry for any inconvenience caused.

      Reply
    29. Aziz on 20/07/2020 23:08

      Saya baru Padang tinted pada cermin hadapan yg ada tag RFID dan mgkin pemasang tinted telah mengopek RFID bagi tampal tinted, kini selepas siap pasang tinted, dapati RFID says sukar detect apabila melalui Tol, bagaimana nak perbaikinya

      Reply
    30. Ahmad on 30/08/2020 12:00

      Dari pemerhatian, banyak soalan yang tidak dijawab. Saya pun malas nak tanya sebab dah tahu tiada jawaban

      Reply
    31. Robert anak balau on 17/09/2020 19:12

      Rfid yg baru saya lekatkan kat Cermin kereta saya dah rosak, terkopak masa cuci kereta, macamana tu… apa yg perlu saya buat

      Reply
    32. Akif on 28/12/2020 15:45

      Boleh kah saya mengguna kan touch n go untuk masuk highway sungai petani utara dan keluar mengguna kan RFID?

      Reply
    33. NOOR HAMIZI BUN WAN on 06/03/2021 19:44

      saya ade pasang myrfid pada 2 kereta,boleh kah saya pakai pada masa yg same,seperti kedua2 kereta masuk hiway yg same sekali jalan.

      Reply
    34. Luqman on 13/03/2021 11:49

      Kalau saya ada 2 kereta, boleh tak dua2 kereta tu deduct e wallet saya? atau 1 e wallet 1 kereta?

      Reply
    35. farah on 28/03/2021 23:18

      Bagaimana klau di tol tu tiada laluan rfid ye?atau sekarang smua tol dah ada laluan rfid?

      Reply
    36. mazlan on 19/09/2021 13:14

      Jika anak saya memandu kereta yg ada RFID, tapi e wallet ada dlm hp saya. Dan saya tiada bersama beliau semasa anak saya memandu melalui lorong RFID, adakah RFID tersebut terima atau berfungsi. Terima kasih. Mohon reply. Jangan diam saja. Terima kasih

      Reply
      • Abang GYL on 21/09/2021 12:31

        Ya boleh. Tiada masalah

        Reply
    37. Azri on 20/10/2021 20:42

      Tol masuk saya pakai rfid dan semasa tol keluar baki rfid saya tidak cukup.Lepastu saya pakai kad tng yang lain dan palang terbuka.Apakah kesan pada rfid saya?

      Reply
    38. lori on 17/12/2021 17:08

      lori treler bas mcm nana pulak.kna guna rfid gk ke

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:19

        Buat masa ini untuk kenderaan kelas1 saja

        Reply
    39. byrie on 18/12/2021 01:27

      bolehkah baki touch n go saya dipindahkan ke RFID

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:18

        Tanya khidmat pelanggan TnG

        Reply
    40. afiq on 19/12/2021 00:21

      Adakah pengesan rfid akan scan sekali no.plet kereta atau scan tag rfid shj?

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:15

        RFID tu akan didaftar sekali dengan nombor plat. Jadi cuma perlu scan tag RFID saja

        Reply
    41. Syazwani on 19/12/2021 19:08

      Hi macam mana saya nak buat kalau RFID saya tak boleh guna?

      Reply
      • AO on 22/12/2021 20:14

        Cal khidmat pelanggan PLUS
        https://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=158&lang=en

        Reply
    42. Dr Kamar Shah on 24/12/2021 23:50

      Saya ada 3 buah kereta..Boleh dibawah pindah pindah ke kereta lain atau kereta sewa/pinjam?

      Smart tag sekarang boleh

      Reply
    43. Yaya on 25/12/2021 00:03

      Saya lalu di TOL RFID
      BAKI DALAM EWALLET TNG ADA RM10( HARGA TOL RM1.88)
      PALANG TIDAK DIBUKA SCREEN TULIS TIADA TAG
      WALHAL KERETA SAYA SUDAH ADA TAG RFID DAN SUDAH AKTIF SEJAK TAHUN 2019

      KENAPA YE?

      Reply
    44. Ramli bin Che Din on 14/01/2022 11:47

      Saya telah tersalah lekat rfid di tinted hitam, bolehkah rfid kesan, tetapi sebelum ini saya lalu boleh saja di kesan

      Reply
    45. Sabri on 18/01/2022 22:40

      Bolehkah pasang sriker rfid pada ‘coated’ headlamp kereta?

      Reply
    46. Jamilah B Osman on 20/01/2022 15:48

      20 jan 2022
      1. laluan tol latar guna RFID LEPAS

      2. LALUAN TOL RAWANG SELATAN TIDAK LEPAS – TIADA TAG… STAFF TOL SCAN DAH OK.

      3. KELUAR LALUAN TOL SG BULOH JADI PERKARA YG SAMA TIDAK LEPAS….. TIADA TAG…. STAFF TOL SCAN 2X X BOLEH JG LALUN DIMINTA TUNAI RM 1.10. KATANYA STICKER ROSAK… WAHAL LALUAN TOL LATAR HARI2 GUNA TIADA MASAALAH

      4. STAFF TOL CAKAP NANTI CUBA GUNA RFID SEKALI LG UNTUK PEMGESAHAN STICKER RFID ROSAK ATAU TIDAK….

      JADI SKRG APA HARUS SAYA LAKUKAN… TOLONG SELESAIKAN….. SEBELUM PERKARA YG SAMA DIVIRALKAN

      Reply
    47. Zamri bin Kamaludin @ Ramli on 26/01/2022 12:10

      Asssalamualaikum…
      Saya mohon pencerahan mengenai Rfid bagi kegunaan kereta Jabatan Kerajaan. Bagaimanakah caranya Jabatan Kerajaan hendak memohon dan perlu diambil tindakan bagi menyelesaikan permasalahan ini.
      Sekian. Terima kasih.

      Reply
      • AO on 21/02/2022 00:33

        Sila hubungi TnG. Kami tak ada kena mengena dengan RFID

        Reply
    48. Khairiah Binti Tahir on 07/02/2022 17:28

      mengapa jika saya guna e-wallet untuk bayaran lain contoh TNB atau bill,selepas itu bila saya guna RFID ,RFID saya tak boleh berfungsi.

      Reply
    49. shafik on 19/05/2022 20:12

      boleh ke kalau kita daftar untuk kereta A tapi pakai di kereta B, kalau di tol masih boleh detect rfid tu atau tak boleh ya?

      Reply
    50. Jashmah on 20/06/2022 09:33

      Bagaimana hendak menukar nama suami di RFID kepada nama saya sebab suami saya telah meninggal dunia. Kereta nama saya cuma arwah suami pasang RFID guna nama dia.

      Reply
      • AO on 10/08/2022 20:18

        Guna RFID baru

        Reply
    51. Hazzim on 22/06/2022 23:12

      Masuk highway plus from Jalan Duta guna RFID lane, kereta rosak and private tow truck towed out kereta at Rawang exit 116. Masihkah boleh guna RFID selepas ini dan/atau macam mana pengiraan penggunaan ewallet?

      Reply
      • AO on 10/08/2022 20:16

        Hubungi PLUS

        Reply
    52. maa on 16/08/2022 13:10

      kalaw baki tidak mencukupi, boleh tak lalu rfid?

      Reply
      • Abang GYL on 27/08/2022 16:05

        Kalau baki tak cukup tak boleh.

        Reply
    53. emma on 13/01/2023 20:10

      saya nak daftar rfid tapi atas nama kereta sy dulu penah mendaftar…. ape perlu sy buat

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:47

        Beli RFID baru dan tampal. RFID lama boleh padamkan

        Reply
    54. Art on 19/01/2023 18:40

      Boleh ke pendaftaran RFID dibuat utk No pendaftaran ABC1234 di dlm sistem ttp in actual ditampal dan diguna oleh kenderaan lain dgn no pendaftaran berbeza ? ( pemilik sama )

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:43

        Tak boleh, Satu RFID untuk satu kereta saja. Tapi boleh dipautkan dalam akaun sama.

        Reply
    55. Dib on 21/08/2023 23:49

      Saya tersalah isi maklumat kereta untuk RFID dalam emallwt tng. macam mana nak edit semula?

      Reply
    56. Aisyah on 11/10/2024 21:07

      Sy punch in guna RFID di SKVE ke saujana putra,sy punch out guna TnG.. Macam mana sy nak minta refund semula?

      Reply
      • Azhan O on 13/10/2024 12:26

        Kena pastikan betul ke jumlah yang ditolak ada lebih. Boleh tanya TnG sendiri

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.