Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»16 Fakta Pantas: BMW X3, X4 M Competition di Malaysia Serendah RM10k Sebulan
Auto Terkini

16 Fakta Pantas: BMW X3, X4 M Competition di Malaysia Serendah RM10k Sebulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK lebih dua dekad lalu, model BMW X ialah model yang sukar ditandingi dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah saiz pertengahan prestasi tinggi dengan merintis pelbagai teknologi pacuan empat roda canggih.

Selain 8 Series, BMW Malaysia memeriahkan lagi pasaran kenderaan prestasi tinggi menerusi BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition. Hadir dengan DNA sukan pemotoran M ikonik, dua model ini meluaskan lagi portfolio BMW X yang terdiri daripada kenderaan kenderaan aktiviti sukan (SAV) dan coupe aktiviti sukan (SAC).

Berikut 16 fakta pantas perlu anda ketahui tentang X3 dan X4 M Competition:

1. Kedua-dua model menerima kemas kini kelajuan dan prestasi menerusi enjin petrol 6-silinder sebaris 3.0L M TwinPower Turbo berkuasa 510hp dan tork 600Nm @ 2,600-5,950rpm serta dipadankan transmisi 8-kelajuan M Steptronic dengan DriveLogic. Ini membolehkan jentera ini memecut 0-100kmj dalam tempoh 4.1 saat dengan pecutan maksimum 250kmj.

2. Teknologi DriveLogic membolehkan penukaran gear dibuat automatik atau manual melalui tuil gear atau pedal syif di belakang stereng. Tiga mod DriveLogic ditawarkan iaitu Efficient, Sport, dan Sport Plus.

3. Casis model BMW M juga dinaik taraf dengan  komponen khas M yang menawarkan karakteristik pemanduan serba sporty yang bukan sahaja menambah baik prestasi, tetapi turut pengendalian dan dinamik lateral.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

X3 M Competition
X4 M Competition

4. Frem dalam kompartmen enjin meningkatkan kekuatan bahagian depan ketika pecutan lateral tinggi. Dilengkapi damper adaptif, komponen stabiliser lebih kukuh dengan diferensial Active M  dan brek kompaun M daripada material komposit untuk menurunkan berat dan memperlahankan kereta dengan pantas.

5. Teknologi pacuan semua roda xDrive M pintar menyumbang kepada agihan kuasa variabel konvensional atau mod Sport dengan bias tayar belakang lebih dinamik.

6. Aspek luaran X3 M Competition dan X4 M Competition menampilkan elemen rekabentuk M dengan apron khas dan salur kemasukan udara besar dalam bentuk heksagon utnuk pengudaraan optimum dan menyejukkan brek depan dengan pantas. Tidak ketinggalan ciri standard lampu depan LED adaptif dengan ciri bantuan lampu tinggi dan lampu belakang LED penuh.

7. Empat ekzos M Sport dengan kemasan krom hitam disempurnakan padanan rim aloi ringan M 12-inci dalam dwi-warna dengan Suspensi Adaptif M. Lingkaran gril ‘ginjal’ (kidney) hitam dan perumah cermin sisi turut ditawarkan standard.

8. Sementara X3 M Competition didatangkan dengan difuser langsing hitam berkilat dan spoiler bumbung khas M, manakala X4 MC ompetition pula memiliki spoiler aerodinamik hitam di belakang.

9. Aura M semakin terserlah menerusi ambien kabin M sporty dan elegan. Penumpang depan dapat melihat lencana M Competition pada sil pintu, termasuk kerusi dengan sokongan ventilasi aktif dan lumbar. Trim khas juga mencerminkan keunggulan bersama stereng kulit M, butang M Drive merah, dan butang mula-henti merah.

10. Padanan khas M dapat dilihat menerusi kemasan  gentian karbon, sulaman dengan skema warna BMW M, tali keledar M, pedal M, kluster instrumen M dan pad lutut.

11. X3 M Competition mempunyai ruang but 550 liter yang boleh ditingkatkan kepada 1,600 liter. X4 M Competition pula boleh dinaikkan daripada 525 liter kepada 1,430 liter dengan kerusi belakang boleh lipat.  Sistem Comfort Access pula menawarkan kemudahan dan keselamatan dengan operasi pintu but automatik.

12. Jentera SAV dan SAC berprestasi tinggi ini turut dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih, dan ciri konektiviti pintar seperti Driving Assistant Plus yang menawarkan bantuan optimum ketika pemanduan lincah. Ini meliputi paparan dongak (HUD) dengan pelbagai varian paparan M-specific, dan bantuan parkir Parking Assistant Plus dengan ciri Pandangan Keliling dan Remote 3D Service.

13. Maklumat kenderaan boleh dilihat menerusi kluster instrumen Control Display 10.25 inci yang boleh dioperasi menggunakan iDrive Controller melalui fungsi sentuhan dan kawalan gerak tangan BMW Gesture Control. Servis ConnectedDrive menajdi ciri standard yang terdiri daripada Servis Concierge, Teleservices, Servis Jarak Jauh,  Panggilan Kecemasan Pintar dan Apple CarPlay.

14. Sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan kuasa amplifier 600 W, sembilan saluran dan 16 pembesar suara membekalkan hiburan tanpa henti. Juga disediakan fungsi pengecas telefon pintar.

BACA >>> Berapakah Ansuran Pembeli Indonesia Kena Bayar untuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

15. Kedua-dua model itu sudahpun berada di pusat jualan pada harga (tidak termasuk insurans) seperti berikut:

  • BMW X3 M Competition – RM886,551.58
  • BMW X4 M Competition – RM904,276.60

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ ditawarkan Servis Kewangan BMW Group Malaysia, BMW X3 M Competition dan X4 M Competition boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan masing-masing bermula dari RM10,118 dan RM 10,318 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

16. Pemilik X3 M Competition dan X4 M Competition layak menerima:

  • 5 tahunn waranti tanpa had perbatuan BMW dan program servis berjadual percuma
  • Bantuan Jalanan dan Hotline Kemalangan BMW
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty dan BMW Privileges Card
  • Servis atas talian BMW

BACA >>> Geely Dedah Imej Pertama SUV Coupe FY11, Pesaing Mercedes GLC Coupe, BMW X4?
BACA >>> #RetroAuto: Pontiac Ghost Car (1939) – Kereta Plexiglass Pertama yang Lut Sinar

GALERI
BMW X3 M Competition
X3 M Competition
BMW X4 M Competition
X4 M Competition
autoterkini BMW BMW Group Malaysia (BGM) BMW X3 BMW X3 M Competition BMW X4 BMW X4 M Competition SAV Sports Activity Coupé (SAC) Sports Activity Vehicle (SAV)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.