Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal
Autotainment

15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

ZYBy ZY30/09/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADAKAH anda pernah terlibat dalam kemalangan motosikal?

Bagi mereka yang pernah mengalami, pasti cukup terseksa. Tidak seperti pengguna kenderaan lain yang terlindung di sebalik ‘sangkar’, penunggang motorsikal terdedah kepada persekitaran lantas setiap kemalangan baik skala besar mahu pun kecil berisiko menyebabkan kecederaan.

Walaupun ramai yang mengaitkan kelajuan sebagai faktor utama, terdapat juga pelbagai penyebab lain. Berikut adalah sebahagian fakta dan statistik menarik mengenai kemalangan motosikal yang dapat anda jadikan pedoman.

BACA >>> #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

FAKTA & STATISTIK

1. Sebanyak 98 peratus kemalangan motosikal yang direkodkan bukan berpunca daripada keadaan cuaca.

2. Sebanyak 3/4 kes kemalangan motosikal melibatkan perlanggaran dengan kenderaan penumpang lain seperti kereta, lori dan lain-lain. Hanya 1/4 kes kemalangan disahkan sebagai kemalangan kenderaan tunggal tanpa melibatkan kenderaan lain (seperti terjatuh sendiri atau terlanggar objek atas jalan).

3. Kegagalan pengguna kenderaan lain mengesan kehadiran penunggang motosikal adalah antara punca utama kemalangan motosikal. Kerapkali pelanggar mendakwa hanya sedar kehadiran motosikal dan penunggang selepas atau beberapa ketika sebelum kemalangan berlaku yang membuatkan mereka tidak sempat mengelak.

Patut ada papan tanda sebegini di persimpangan juga.

4. Bukan selekoh, tetapi persimpangan ialah lokasi yang kerap berlaku kemalangan membabitkan motosikal. Sering berlaku pemandu lain menukar lorong secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan.

BACA >>> #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga – Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

5. Visibiliti atau kejelasan ialah faktor utama kemalangan motosikal yang melibatkan kenderaan lain. Penggunaan lampu utama (termasuk pada siang hari) dan pakaian warna cerah seperti kuning, oren dan merah mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan.

6. Tidak seperti kenderaan besar lain yang mana warna kenderaan memainkan peranan dalam faktor kemalangan, tetapi faktor itu tiada kaitan dengan warna motosikal kerana kebanyakan kemalangan melibatkan impak perlanggaran bahagian depan – anda tidak dapat mengecam warna motorsikal dengan hanya melihat bahagian hadapan, betul kan?

Ves/jaket fluorescent memudahkan anda dikesan dari jarak jauh.

7. Kebanyakan kemalangan motosikal berlaku membabitkan perjalanan jarak pendek seperti ke kedai runcit, berjumpa kawan dan seumpamanya. Ini mungkin disebabkan faktor hilang fokus, baik penunggang motosikal atau pengguna kenderaan lain.

8. Saluran bahan api bocor dan tumpahan minyak berlaku dalam 62 peratus kemalangan motosikal, mengakibatkan risiko berlaku kebakaran yang sangat tinggi berbanding kemalangan melibatkan kenderaan lain.

9. Dalam kemalangan kenderaan tunggal, sebanyak 2/3 kemalangan berpunca akibat kesilapan penunggang seperti tergelincir akibat menekan brek terlalu kuat, dan tersalah menganggar kelajuan di selekoh (mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi). Kebiasaannya disebabkan penunggang tiada kemahiran counter-steering dan mengoleng (swerve) motosikal mereka.

Kelas menunggang motorsikal kerap diadakan di negara maju. Malaysia?

10. Hampir semua (92 peratus) penunggang motosikal yang mengalami kemalangan tidak pernah mengikuti kelas menunggang. Rata-rata hanya belajar sendiri atau daripada rakan-rakan dan keluarga.

* Statistik di atas ialah berasaskan jumlah kemalangan negara maju, peratusan Malaysia mungkin lebih tinggi.

11. Penggunaan aksesori keselamatan seperti sarung tangan, jaket dan but yang lebih tebal sangat efektif dalam menghalang atau mengurangkan luka-luka kecil seperti lecet dan calar, antara kecederaan yang kerap berlaku, tetapi tidak sebegitu serius.

BACA >>> 5 Tip Ringkas untuk Penunggang Bandar, Siap Sedia Hadapi Cabaran

12. Kecederaan kelangkang dilaporkan dalam 13 peratus kemalangan, melibatkan impak kuat dari depan ketika berlanggar dengan kenderaan lain.


13. Walaupun motosikal berkuasa tinggi kurang terlibat dalam kemalangan berbanding motosikal lain, tetapi kecederaan dialami penunggang lebih serius, manakala kos baik pulih lebih tinggi.

14. Kurang 10 peratus penunggang motorsikal yang mengalami kemalangan ada perlindungan insurans individu bagi menanggung kos rawatan dan hospitalisasi.

15. Kebarangkalian penunggang motosikal mendapat kecederaan ketika kemalangan sangat tinggi –  kemalangan pelbagai kenderaan (98 peratus), kemalangan kenderaan tunggal (96 peratus ), dan 45 peratus mangsa dilaporkan parah.

SUMBER: HG Legal Resources

autotainment fakta dan statistik kemalangan motosikal kemalangan motosikal roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Roda2

#KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

18/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

18/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026

4 Comments

  1. Dario on 19/06/2018 15:44

    Thats good information tips for pandu laju…

    Reply
  2. Abbas on 06/12/2018 13:39

    Sokong 100%

    Reply
  3. Ir Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan on 17/06/2019 18:08

    Fakta tak ada sumber… orang boleh pertikai

    Reply
    • ABG GYL on 18/06/2019 16:25

      Sumber ada diberikan, mungkin tuan tidak perasan

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.