Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267j (RM79k)
Roda4

13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267j (RM79k)

Abang HirataBy Abang Hirata20/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) melancarkan Xpander Cross (2020) baharu di Indonesia pada 12 November lalu sebagai varian baharu kepada model Xpander yang popular di negara jiran itu. Mitsubishi menggelarkan model baharu ini sebagai sebagai crossover MPV.

Xpander Cross (2020) tidak hanya tampil dengan kemasan salut plastik (body cladding) penuh, tetapi turut didatangkan dengan beberapa perubahan lain seperti jarak kelegaan tanah lebih tinggi berbanding Xpander biasa. Ini memudahkan crossover (MPV?)  ini meredah pelbagai jenis permukaan rupa bumi dengan lebih meyakinkan.

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

Mitsubishi agresif dalam memasarkan Xpander (foto atas) kerana model itu baru saja diperkenalkan di Indonesia pada lewat 2017. Malah, masih banyak negara belum menerima model MPV tersebut. Walaupun  cuma muncul di beberapa negara tertentu, Xpander berjaya mencatatkan jualan baik dan tersenarai antara model Mitsubishi keempat paling laris untuk fiskal 2018.

Selain mendapat sambutan hangat, Xpander turut diiktiraf industri apabila terpilih sebagai Kereta Terbaik Tahuan, MPV Terbaik Antara Terbaik dan MPV Kecil Terbaik di Indonesia pada Mac 2018.

Jadi, dengan pelancaran Xpander Cross, Mitsubishi akan menambah lagi kapasiti pengeluaran sebagai persediaan untuk eksport ke luar negara. Buat masa sekarang, Xpander dikeluarkan di kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha di Cikarang, Indonesia.

13 FAKTA PANTAS MITSUBISHI XPANDER CROSS

  1. Rupa depan berbeza dengan Xpander biasa. Tampil dengan gril signatur Dynamic Shield baharu dengan rekabentuk geometrik. Plat skid bawah bampar menyerlahkan imej SUV.
  2. Lampu utama dan lampu posisi jenis LED untuk gaya lebih mewah. Lampu kabus besar disekalikan pada bampar yang juga dari jenis LED.
  3. Ukuran baharu 50mm lebih lebar daripada Xpander biasa. Saiz baharu itu disumbangkan set salutan (cladding) plastik pada gerbang roda, skirt sisi dan tayar profil besar dengan rim 17 inci. Juga dilengkapi rel bumbung untuk tambahan barangan.
  4. Bahagian belakang dilengkapi panel kemasan hitam dan plat skid, sesuai dengan gaya lasak dan kembara.
  5. Dua warna baharu: Graphite Gray Metallic (kelabu) dan Sunrise Orange Metallic (jingga).
  6. Ruang kabin menggunaka skema warna hitam-coklat dengan kemasan perak.
  7. Jarak kelegaan tanah terbaik dalam kelas, iaitu 225mm, lebih tinggi 20mm daripada Xpander biasa. Sesuai untuk meredah banjir kilat dan berikan pandangan depan lebih baik buat pemandu.
  8. Masih mengekalkan enjin 1.5L 4A91 dengan pilihan transmisi automatik 4-kelajuan (AT) atau manual 5-kelajuan (MT). Enjin ditambah baik dari segi kesenyapan dan penjimatan minyak.
  9. Kesenyapan kabin turut ditambah baik dengan penebat bunyi baharu dan bahan anti-gegaran.
  10. Stereng dengan fungsi boleh laras miring dan teleskopik, juga ada ciri kawalan jelajah.
  11. Lampu utama automatik dan boleh diprogram untuk Welcome and Coming Home.
  12. Kluster instrumen warna dengan kontras tinggi.
  13. Penyaman udara terbaik dalam kelas dengan penyejukan berkesan.

Xpander Cross (2020) mula dijual di Indonesia pada 13 November, iaitu sehari selepas pelancaran. Menurut Mitsubishi, model ini turut akan mula dieksport ke pasaran Asean.

Ada tiga varian dan harga berbeza boleh dipilih, iaitu:

  • Premium AT – Rp286,700,000  (RM84,350)
  • AT – Rp277,700,000 (RM82,040)
  • MT – Rp267,700,00 (RM79,090)

Mungkinkah inilah sebab kenapa Xpander belum ditawarkan di negara kita? Harus diakui, Xpander Cross (2020) nampak lebih bersedia bersaing dengan pasaran Malaysia seperti Perodua Aruz. Asalkan pakej yang ditawarkan benar-benar berbaloi!

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

GALERI
Auto Terkini Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi Indonesia Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Mitsubishi Xpander Mitsubishi Xpander Cross MPV Roda4 SUV SUV segmen-B SUV Xpander Xpander Crossover
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.