Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»11K (1915) – Model Pertama Harley-Davidson yang Direka Khas untuk Berlumba
Roda2

11K (1915) – Model Pertama Harley-Davidson yang Direka Khas untuk Berlumba

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM dunia motosikal hari ini, nama Harley-Davidson tidak pernah dikaitkan dengan perlumbaan melainkan anda biasa dengan barisan flat track jenama itu. Bagaimanapun, jika mengimbau semula sejarah klasik Harley, pengeluar itu sebenarnya pernah berentap dalam trek. Namun tidak banyak mesin yang masih selamat dan terpelihara dengan baik.

Harley mula menyertai medan perlumbaan seawal 1904 di trek oval Milwaukee Mile, Amerika Syarikat (AS), sekali gus membuka mata pihak media dan peminat dunia permotoran. Namun pihak pengurusan Harley memutuskan untuk tidak lagi menyokong aktiviti tersebut.

BACA >>> Pelan Harley-Davidson: Serius Masuk Pasaran Asia, Bakal Lancar Model 250cc

Bagaimanapun, sedekad kemudian pada 1914, Harley sekali lagi menyertai satu lagi perlumbaan dengan merekrut pereka Bill Ottoway yang direbut daripada pesaingnya, Thor (sudah tamat riwayat) dan memberikan dia misi untuk menghasilkan motosikal khas untuk berlumba, termasuk menubuhkan pasukan lumba.

Inilah asal usul kenapa Harley-Davidson 11K dicipta dengan dimuatkan enjin 1,000cc V-Twin 45º. Malah, jentera ini dibina tanpa brek, gear atau suspensi (dah macam basikal lajak) dan semua itu dilakukan untuk menjadikan ia sebuah mesin yang pantas.

Model jingga 1915 ini sebenarnya ditemui di Argentina dan siap dibaik pulih kepada spesifikasi asal, termasuk manifold ambilan lumba 1.25 inci, port ekzos 1.25 inci, silinder digilap, rocker tower dan rocker dengan oiler sisi dan atas – komponen spesifik dan unik untuk model ini.

BACA >>> #BikinMotor: Harley-Davidson Bucherer Blue Edition yang Berharga RM7.1 Juta!

Frem dan tangki minyak dibikin semula, manakala warna badan menggunakan cat sebenar seperti model 11K yang disimpan di muzium. Jangan tidak tahu, model Harley ini pernah memenangi gelaran Jentera Paling Cemerlang (Most Outstanding Machine) pada acara klasik dan vintaj di Greenwhich Concours d’Elegance, tahun lalu.

Harley-Davidson 11K (1915) akan dilelong di rumah lelongan Mecum Auction di Monterey, Kanada pada lewat Ogos ini.

SUMBER: RideApart

Baik Pulih Harley-Davidson Harley-Davidson 11K motosikal rare Restoration roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.