Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»11 Fakta Pantas: Kawasaki Z900RS Café (2018) dengan Gaya Retro 80-an Jadi Sandaran
Roda2

11 Fakta Pantas: Kawasaki Z900RS Café (2018) dengan Gaya Retro 80-an Jadi Sandaran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Z900RS Café (2018) ialah model tambahan menarik dalam famili Kawasaki Z yang kali pertama didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017. Berbanding, Z900 yang berimej naked dan Z900RS yang berkonsepkan retro, Z900 Café pula menampilkan imej café racer yang bukan saja berbeza rupa, tetapi juga karakter tunggangan.

Apakah 11 fakta pantas tentang Kawasaki Z900RS Café (2018):

1. Z900RS Café (2018) ialah model tambahan bagi Z900RS yang berkongsi segala komponen kritikal model naked bike itu. Enjin, casis, suspensi boleh laras, dan komponen brek masih dikekalkan, termasuk pelbagai perubahan pada posisi tunggangan dan gaya. Ini berita baik kerana Z900RS memang menyeronokkan. Kawasaki kini sudah menuju konsep penuh motosikal gaya café seperti model pesaing BMW R Nine T Racer, Moto Guzzi V7 Racer dan Triumph Thruxton.

2. Gaya café yang lebih ergonomik memberikan motosikal ini fiil lumba. RS Café versi baharu ini menampilkan posisi pelana lebih tinggi sedikit berbanding model asas konsep Café pada ketinggian 820mm. Digabungkan bersama bar hendal lebih rendah, dan rata, motosikal ini menawarkan posisi tunggangan lebih bergaya sport yang tidak keterlaluan.

BACA >>> Perbandingan Ringkas Kawasaki Z900 vs Z900RS

3. Tiada café racer yang lengkap tanpa kowl depan sporty, dan konsep model Kawasaki ini berjaya diketengahkan. Jalur garisan bersih dan rupa minimalis Z900RS Café (2018) mampu memberikan kepuasan unik. Sentuhan estetik pada visor pengadang angin ini memberikan banyak manfaat dan perlindungan angin lebih baik, sesuai dengan postur tunggangan agresif.

4. Warna badan hijau limau (lime-green) dua tona sebagai tema utama membuatkan motosikal ini tampil begitu anggun. Walaupun Z900RS Café untuk pasaran Australia dan Eropah datang dengan varian kelabu, Z900RS Café (2018) akan muncul dalam versi eksklusif lime-green. Terbaharu, model ini menawarkan dua lagi warna tambahan,biru kusam (strip kelabu) dan kelabu (strip hijau).

BACA >>> Kawasaki Z900 RS Cafe Tampil Dua Warna Baharu untuk 2019

5. Enjin 4 silinder bersesaran 948cc menjadi nadi berkesan buat café racer ini, juga enjin sama digunakan Z900RS yang menumpukan aspek tork, yang menjadi kuasa berguna untuk tunggangan dalam bandar. Enjin ini mampu menjana tork 97.6Nm (6,500rpm), lebih daripada cukup untuk mengujakan penunggang.

6. Ekzos Z900RS Café (2018) yang ditala diberikan kemasan baharu. Supaya sepadan dengan motif café, motosikal ini dilengkapkan ekzos keluli tahan karat (stainless steel), berbanding kemasan krom yang ada pada Z900RS. Ini termasuk talaan ekzos 4-1 untuk mendapatkan prestasi dan deruman mengujakan.

7. Jentera ini mampu ditunggang bersahaja dalam gear tinggi. Kawasaki menukar gegancu (sprocket) belakang 44 gigi yang ada pada Z900 kepada gegancu 42 gigi untuk Z900RS Café. Ini secara tidak langsung meningkatkan penggearan keseluruhan kepada 4.7 peratus supaya kelajuan enjin dapat dipadankan dengan halaju motosikal. Pecutan Z900RS Café juga tidak begitu agresif berbanding Z900.

8. Jentera retro-racer ini memiliki jarak roda sama seperti Z900RS dengan panjang 1470mm. Perubahan dilakukan disebabkan penggunaan sproket belakang lebih kecil dan gandar pada lengan ayun (swingarm) di posisi lebih belakang  berbanding Z900 yang lebih bergaya sport. Jadi, ini memberikan pecutan lebih kasual dan pengendalian  relaks.

BACA >>> Kawasaki Z900RS Akhirnya Tiba di Malaysia – Harga Bermula RM67,900

9. Motosikal ini datang dengan rupa klasik, tetapi memiliki teknologi keselamatan moden. Walaupun penampilan seakan mengimbau era gemilang Eddie Lawson, penunggang tidak perlu risau dengan aspek keselamatan kerana jentera ini menawar ciri seperti kawalan traksi (TRC) 2 mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

10. Kawasaki akan mengeluarkan Z900RS Café dalam jumlah terhad di Amerika Syarikat (AS). Wakil Kawasaki di negara Uncle Sam itu masih tidak mengumumkan jumlah yang akan dipasarkan, tetapi sudah memutuskan motosikal ini tidak akan dihasilkan dalam banyak unit.

11. Kawasaki Z900RS Café (2018) berharga AS$11,499 (RM45,679). Tidak diketahui apakah model ini ada dalam senarai baharu Kawasaki Malaysia untuk masa depan.

GALERI

SUMBER: UltimateMotorcycling

Cafe racer fakta pantas Kawasaki Kawasaki Z900RS Café (2018) motosikal roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.