Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta
Autotainment

10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta

Han OthmanBy Han Othman23/02/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMEGANG fon atau phone holder dalam kereta sudah jadi satu kemestian, terutama jika anda seorang pemandu teksi, GrabCar atau Uber yang perlu sentiasa bersiap sedia dengan sistem navigasi (GPS). Selain mengetahui arah jalan menerusi aplikasi GPS seperti Google Maps atau Waze, pemegang fon juga penting jika anda mahu menghiburkan penumpang dalam kereta (terutama yang ada anak kecil).

Ramai pemandu yang beli pemegang fon tanpa memikirkan beberapa perkara penting yang sepatutnya dipertimbangkan. Misalnya saiz telefon, tempat melekap dan mengecas, dan lain-lain.

Sekarang, kami kongsikan 10 tip yang perlu anda tahu sebelum beli pemegang fon dalam kereta. 🙂

BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

1. KETAHUI UNDANG-UNDANG JALAN RAYA (JIKA ADA)

Beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) melarang pemandu melekapkan peranti komunikasi di cermin depan kereta. Mujurlah negeri di Malaysia tidak mengalami masalah sama. Jadi, tiada masalah memasang pemegang telefon bimbit di cermin depan.

2. KETAHUI MATERIAL PAPAN PEMUKA


Lain kereta lain pula material papan pemuk. Memang ada sesetengah material tidak mampu melekapkan pemegang fon dengan baik. Uji papan pemuka anda dengan pelekap dapur atau bilik air. Jika mampu melekap semalaman, itu bermakna papan pemuka anda bersedia dilekapkan!

3. PERTIMBANGKAN RUANG MELEKAP

Lihat contoh gambar di atas (kiri). Apakah kereta anda ada ruang tersebut? Apakah ruang itu boleh diletakkan pemegang fon? Sesetengah kereta tiada ruang papan pemuka yang cukup rata untuk membolehkan pemegang fon melekap baik. Jika itu terjadi, anda boleh beli pelapik pemegang fon (ada juga disertakan sekali) yang perlu dilekatkan secara kekal atas papan pemuka sebelum pemegang fon boleh dilekapkan. Ataupun guna kreativiti, tidak semestinya lekap atas papan pemuka semata-mata.

4. PERTIMBANGKAN CUACA PANAS MELAMPAU


Sebagai negara tropika, cuaca panas mampu menjejaskan lekapan pemegang fon. Jadi sila simpan pemegang anda apabila tidak digunakan.

5. AMBIL KIRA KEDUDUKAN PUNAT AUDIO, SLOT CD DAN VENTILATOR PENYAMAN UDARA


Jika semua di atas tidak penting, anda boleh beli pemegang fon yang boleh diletakkan di salah satu posisi tersebut. Sebaliknya, jika anda penggemar lagu cakera padat (CD), tidak sesuai diletakkan pemegang di bahagian slot CD. Jika anda tidak boleh bertolak ansur dengan kepanasan, semestinya menyangkut pemegang fon di ventilator penyaman udara bukanlah idea yang baik.

6. BELI PEMEGANG SESUAI DENGAN TELEFON


Ini perkara paling penting. Jangan terpedaya dengan rekabentuk pemegang yang cantik, sedangkan tidak sepadan dengan fizikal telefon. Cara mudah membeli adalah memadankan telefon bimbit dengan pemegang fon. Ada juga sesetengah pemegang menawarkan ciri universal yang boleh digunakan banyak telefon bimbit terkini. Jika mahu betul-betul sepadan, beli pemegang fon yang dikeluarkan pengeluar jenama telefon bimbit anda.

7. PERTIMBANGKAN SAIZ DAN KETEBALAN CASE TELEFON


Jangan lupa ambil kira saiz dan ketebalan sarung atau case telefon bimbit anda, terutama mereka yang sukakan jenis case tebal. Ini kerana kebanyakan pemegang fon normal tidak mampu memuatkan telefon bimbit dengan case tebal.

8. JANGAN LUPA TEMPAT MENGECAS


Anda boleh lekapkan di mana sahaja, tetapi satu perkara anda tidak boleh lupakan, iaitu tempat mengecas. Jadi, telefon bimbit anda perlu dilekapkan tidak jauh dari kedudukan port USB atau soket 12v yang biasanya terletak sekitar panel audio dan konsol gear.

Sesetengah kereta ada soket 12V di dalam laci glovebox dan ada pula di tepi pintu bahagian dalam. Abaikan semua ini jika anda tidak terfikir mahu mengecas telefon bimbit.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Glove Box’ yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

Sila pastikan pemegang fon tidak menghalang panjang kabel pengecas Anda mungkin boleh berkira-kira membeli pemegang fon yang ada ciri wayarles. Tetapi tidak semua model menawarkan pemegang fon jenis ini.

9. JANGAN LUPAKAN PENUMPANG LAIN

Abaikan jika cuma anda seorang yang memandu kereta. Tetapi jika kereta itu turut dipandu isteri/suami atau anak-anak, pemegang fon yang anda beli mungkin tidak sesuai dengan telefon bimbit mereka.

10. JANGAN KEDEKUT

Tidak salah berbelanja lebih untuk mendapatkan pemegang fon berkualiti tinggi. Lagipun, gajet seperti pemegang fon bukanlah perlu dibeli setiap minggu atau sebulan sekali. Pemegang berkualiti mampu bertahan bertahun-tahun lama.

BONUS:

Jika kerap menyewa atau bertukar kereta, anda mungkin boleh menimbangkan membeli pemegang telefon bimbit bersaiz kompak supaya mudah dibawa ke mana-mana.

SUMBER: iMagnetMount

autotainment pemegang fon pemegang telefon bimbit pemegang telefon pintar phone holder phone mount tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Auto Terkini

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk Amerika Syarikat!

18/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.