Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»10 Ranking Jenama Motosikal Nombor Satu Dunia Sepanjang 2021
Auto Terkini

10 Ranking Jenama Motosikal Nombor Satu Dunia Sepanjang 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA mengekalkan kedudukan sebagai jenama motosikal nombor satu dunia dengan jualan tertinggi sepanjang 2021, walapun peratus penguasaan pasaran merosot.

Ada dua pengeluar motosikal dan skuter elektrik dari China mengukuhkan kedudukan dalam senarai tiga teratas, iaitu Yadea di tempat kedu, dan Niu sebagai jenama paling pantas berkembang di pasaran global (+72 peratus) di tempat ketiga.

Data ranking itu hanya melibatkan motosikal dua dan tiga roda dalam kategori skuter, underbone, moped dan motosikal, tidak termasuk tuk-tuk, ATV/RUV dan skuter kaki.

Secara keseluruhan, industri motosikal global menunjukkan trend pemulihan pada kadar perlahan sepanjang 2021 akibat prestasi lemah di India dan Asean berikutan kesan pandemik Covid-19.

Berikut ranking motosikal global:

1. HONDA

  • Menjual 16.8 juta unit motosikal dan skuter dengan penguasaan satu pertiga pasaran dunia. Pegangan pasaran sepanjang 2021 ialah 28.7 peratus menunjukkan berlaku penurunan berbanding era pra-Covid.
  • Penguasaan pasaran menurun berbanding 2019 (33.7 peratus) dan 2016 (35.5 peratus).
  • Jualan tahun lalu susut kerana Honda masih kekal dengan strategi melambatkan pengenalan model kenderaan elektrik (EV), dan peluang itu disambar pengeluar EV lain.

2. YADEA

  • Pengeluar dari China ini menjual 6.1 juta skuter elektrik (e-skuter) sepanjang 2021.
  • Bagaimanapun, prestasi sejak pertengahan tahun lalu agak perlahan dengan kenaikan tahunan sekitar 9.3 peratus, tanpa mengambil kira basikal elektrik.
  • Kebangkitan jualan Yadea kerana permintaan EV di China kini semakin tinggi selain insentif ditawarkan republik tersebut.

3. HERO MOTOR

  • Pengeluar dari India ini mencatatkan jualan 5.1 juta unit pada 2021, merosot 9.4 peratus berbanding 2020 akibat cabaran pasaran dan perniagaan  global agak perlahan.

4. YAMAHA

  • Yamaha berada di tempat keempat selepas menjual 4.1 juta unit motosikal dan skuter.
  • Prestasi itu menampakkan kenaikan 13.5 peratus jualan berbanding 2020.

5. BAJAJ AUTO

  • Sebanyak 2.6 juta unit keluaran Bajaj dijual di India, naik 0.8 peratus berbanding tahun terdahulu.

6. TVS MOTOR

  • Pencabar Bajaj, TVS Motor merekodkan jualan 2.4 juta unit motosikal, naik 3.9 peratus berbanding 2020.

7. SUZUKI

  • Suzuki menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan jualan 1.7 unit motosikal tahun lalu.
  • Kenaikan 30.7 peratus berbanding 2020 yang menunjukkan pengeluar Jepun itu mula pulih berbanding prestasi beberapa tahun terdahulu.

8. HAOJUE

  • Haojue selaku pengeluar motosikal dan skuter konvensional terbesar China mencatatkan jualan 1.37 juta unit.
  • Mencatatkan kenaikan 23.9 peratus berbanding 2020, tetapi tidak termasuk data ratusan ribu model Suzuki yang dipasangkan untuk tujuan eksport.

9. NIU TECH

  • Jenama EV kedua China ini menjual sejuta unit kenderaan elektrik tahun lalu, meningkat 70.6 peratus berbanding 2020.

10. ITALIKA

  • Prestasi jualan pengeluar motosikal terbesar Mexico ini tidak banyak berubah sepanjang November-Disember.
  • Jualan terkumpul kekal 0.9 juta, naik 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BACA >>> Pasaran Asia Bantu Lonjak Jualan Motosikal Suzuki Lebih 26 Peratus Sepanjang 2021
BACA >>> Yamaha Kuasai Jualan Motosikal Malaysia 2020, Honda Kekal Nombor Dua
BACA >>> Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung

SUMBER: MCD

bajaj Bajaj Auto Haojue Hero Motor Honda Italika Jualan Motosikal Dunia 2021 Niu Tech roda2 Suzuki TVS Yadea Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.