Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia, Senang Sebut dan Mudah Ingat
Roda2

10 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia, Senang Sebut dan Mudah Ingat

ZYBy ZY19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH terfikir betapa susah ibu bapa mahu menamakan anak mereka? Mungkin anda sebagai ibu atau bapa pun pernah mengalami masalah sama sepanjang memikirkan nama yang sesuai untuk anak pertama?

Begitu juga dalam industri permotoran. Lambakan motosikal dengan rekaan dan spesifikasi hampir sama membuatkan sukar mendapatkan nama unik selain menampilkan imej positif sesebuah motorsikal. Sebagai menghargai pengeluar yang bersusah payah memberikan nama motosikal, artikel kali ini kami senaraikan 10 nama motosikal terbaik di Malaysia.

10. DEMAK SKYLINE

Menampilkan rekaan ala-ala superbike popular, dan nama pula seakan jentera empat roda JDM 90-an ternama. Tidak dinafikan nama motosikal streetfighter sulung buatan pengeluar dari Sarawak ini kedengaran gah dan gagah baik dari segi rekabentuk dan nama itu sendiri.

9. MLE XTM


Jenama tempatan MLE mungkin bukan pilihan pertama peminat motosikal tempatan, tetapi jika disebut supermotard XTM pasti akan terbayang jentera seakan scrambler Kawasaki yang pernah ditunggang Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja dengan penampilan lebih gagah.

Kredit kepada pengeluar yang bijak mengeksploitasi efek gabungan huruf ‘X’ dan sebutan nama yang menyerupai jenama pengeluar supermotard antarabangsa yang tidak perlu kami sebutkan lagi kerana anda pasti sudah boleh menekanya.

8. MODENAS ELEGAN


Keputusan Modenas menggunakan semula nama Elegan bagi produk skuter maxi terbaharu boleh dianggap keputusan bijak. Mengambil kira sasaran pengguna yang rata-rata daripada golongan berumur atau eksekutif muda, padanan nama dan rekabentuk skuter itu benar-benar mencerminkan imej elegan penunggangnya.

7. Yamaha 125Z


Memandangkan inilah satu-satunya jentera 2-lejang Yamaha bersesaran 125cc, nama dengan empat suku kata (one-two-five-zek) jelas mudah disebut, mudah dikenali dan mudah diingat. Sebut saja Yamaha 125, tiada motosikal lain lagi yang terbayang di fikiran. Kini, walaupun sudah hampir 20 tahun di pasaran, nama moped itu masih dikekalkan sebaris jentera Yamaha popular lain seperti Yamaha R1 dan R6.

6. MODENAS JAGUH


Bagi ramai orang, jentera cruiser Modenas berenjin 175cc mungkin sangat tidak berkuasa jika dibandingkan cruiser lain sezamannya seperti Yamaha Virago. Tetapi berkat nama Jaguh sedikit sebanyak menaikkan imej jentera tersebut.

5. YAMAHA 135LC


Diilhamkan daripada singkatan ‘Liquid Coolant’, yakni teknologi asing dalam segmen moped ketika motosikal itu dilancarkan dengan sesaran enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Yamaha Malaysia lebih minat berterus terang mengenai kehebatan dan keunikan jentera mereka berbanding cawangan Yamaha di negara serantau seperti Indonesia dan Vietnam yang masing-masing menggunakan nama-nama pelik seperti Yamaha Jupiter MX dan Yamaha Sniper.

Kami berpendapat nama LC patut dikekalkan pada jentera moped 150cc Yamaha, berbanding nama sekarang yang boleh buatkan lidah terbelit apabila mahu menyebutnya berulang kali.

4. YAMAHA LAGENDA


Tidak diketahui dari manakah asal ilham nama moped 100-115cc 4-lejang Yamaha ini? Apa yang pasti, penggunaan nama Lagenda sedikit sebanyak melonjakkan imej moped 4-lejang Yamaha bersesaran rendah itu setanding moped pesaing yang bersesaran lebih tinggi seperti Honda Wave 125.

3. SUZUKI PANTHER

Alamilah kehebatan Panther, pecutannya umpama seekor haiwan liar yang tangkas untuk membolehkannya mencabar setiap saingan.”

Ayat di atas yang dipetik daripada risalah promosi Suzuki Panther itu tepat sekali menggambarkan kehebatan jentera 2-lejang 150cc tersebut yang dikatakan mudah menghambat pesaing terdekatnya ketika itu, Yamaha RX-Z. Ironinya jentera Yamaha itu pula yang jadi idola remaja dulu dan sekarang.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia dalam Kenangan

2. MODENAS KRISS


Diilhamkan daripada senjata seni bela diri nusantara. Selain mudah disebut, penggunaan nama Kriss bagi moped praktikal keluaran Modenas dengan jelas dapat menggambarkan status syarikat itu sebagai pengeluar motosikal nasional. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat patriotisme pemiliknya.

1. HONDA EX-5


Seperti Yamaha Lagenda tadi, tidak dapat dipastikan asal maksud abjad EX, tetapi nombor 5 di hujung boleh ditafsirkan sebagai varian Honda Cub kelima selepas unit awal C100, disusuli C50, C70, C90 dan C100EX yang juga dikenali sebagai EX5 untuk pasaran Malaysia.

Walaupun tanpa maksud signifikan, penggunaan abjad EX yang sinonim dengan awalan perkataan ‘extreme’ dan sebutan ‘ee-ex-five’ sangat mudah disebut, dan juga sedap didengar, sekali gus menjadikan nama EX-5 kekal relevan hingga hari ini.

10 nama motosikal terbaik Malaysia autotainment Demak Honda MLE Modenas nama motosikal roda2 Suzuki Yamaha
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

10/04/2026
Honda Vario 125 Street 2026
Roda2

Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

10/04/2026
Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
Roda2

Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

07/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

10/04/2026

1 Comment

  1. Custom Feast on 04/06/2023 23:21

    Info motosikal MODENAS ada di blog kami, semak sekarang

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.