Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Kereta Paling Laris di Eropah 2015
Autotainment

10 Kereta Paling Laris di Eropah 2015

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

paling-laris-di-eropah-2015

ARTIKEL kali ini akan menyenaraikan 10 kereta paling laris di Eropah 2015. Data diperoleh daripada  pendaftaran kenderaan penumpang baharu yang meningkat 9.2 peratus kepada 144.2 juta kereta di Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA).

Sebagai rantau yang merintis era automobil dunia, tidak lengkap rasanya pengetahuan anda jika tidak mengambil tahu mengenai trend dan perkembangan automotif di Eropah. Ini kerana Eropah dikatakan sebagai pemula kepada sebarang inovasi baru dalam industri automotif sama ada dari segi teknologi, keselamatan dan budaya. Apa yang disukai pembeli Eropah boleh dikatakan bakal disukai penduduk rantau lain juga.

Senarai kereta berikut dikeluarkan Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA):

1. VOLKSWAGEN GOLF (648,176 TERJUAL)

vw-golf-2015-i
vw-golf-2015-ii

Volkswagen Golf didatangkan dengan enjin standard 4-silinder pengecaj turbo 1.8L berkuasa 170hp dan transmisi manual 5-kelajuan. Menampilkan rekabentuk gril tipis pada bampar hadapan yang dipadukan bersama rekaaan belakang paling popular, iaitu hatchback. Kabin diadun material berkualiti tinggi pada papan pemuka dan panel pintu, berserta kerusi fabrik yang selesa dan luas.

Ciri dalaman standard memuatkan sistem infotainment dengan paparan skrin sentuh 5.8 inci, Bluetooth dan adapter iPod, manakala fungsi opsyen ialah navigasi, amaran perlanggaran, sensor parkir belakang, dan kamera pandang belakang.

Pemilik paling sukakan pengendalian tangkas, ruang kabin luas, penggunaan bahan api ekonomi dan ciri-ciri dalaman bersama opsyen tambahan hebat. Harga Golf bermula AS$17,955 (RM70,016).

2. VOLKSWAGEN POLO (377,652 TERJUAL)

vw-polo-2015-i
vw-polo-2015-ii

Volkswagen Polo menawarkan enjin standard 4-silinder pengecajturbo 1.2L, dengan transimisi manual dan automatik klac-duaan. Ciri-ciri hatchback ini memuatkan lampu kabus di bawah bampar hadapan yang bersambung dengan gril tipis. Di dalam kabin ialah papan pemuka dengan material sentuh-lembut dan kerusi trim-plastik keras.

Skrin sentuh 5-inci menjadi ciri standard dengan sistem media dalam-kereta (in-car), manakala dan sensor parkir belakang ialah opsyen. Faktor paling diminati pengguna mengenai Polo ialah harga menarik, ruang storan belakang yang agak luas, enjin turbo berkuasa tinggi dan pengendalian lancar. Kereta ini dijual pada harga AS$15,000 (RM58,493).

3. RENAULT CLIO (367,301 TERJUAL)

renault-clio-2015-i
renault-clio-2015-ii

Bersama enjin standard 4-silinder 1.2L yang menghasilkan kuasa 74hp bersama transmisi manual atau automatik 6-kelajuan, Renault Clio direka sebagai supermini yang lincah. Rekabentuk hadapan terpampang besar logo Renault di atas panel latar belakang berkilat berserta LED dan lampu utama berkrom. Hendal pintu belakang yang tersembunyi memberikan profil coupe, manakala kabin memuatkan kerusi fabrik kemasan krom dan hitam. Cukup menarik!

Clio menggunakan paparan skrin sentuh 7-inci bagi sistem infotainment Media Nav dan R-Link dengan fungsi navigasi satelit, Bluetooth, streaming audio dan radio. Antara aspek kegemaran pengguna mengenai kereta ini ialah penjimatan bahan api, ruang kabin luas, dan kestabilan dalam kelajuan tinggi. Harga Clio kira-kira AS$16,900 (RM65,902).

4. FORD FIESTA (332,077 TERJUAL)

ford-fiesta-2015-i
10 kereta paling laris di Eropah 2015

Model asas Ford Fiesta dilengkapi enjin 4-silinder 1.6L yang menghasilkan kuasa 120hp dengan transmisi manual 5-kelajuan. Kereta ini memiliki garis bumbung melengkung, profil segar dan lampu utama bentuk sepet yang bersambung dengan fender. Rekaan kabin menggunakan material premium pada perehat lengan, papan pemuka dan konsol tengah.

Fiesta turut memuatkan sistem Sync pengaktifan-suara dengan Bluetooth sebagai ciri standard, tetapi opsyen bagi skrin sentuh 6.5-inci, navigasi, sensor parkir belakang dan kamera pandang belakang. Rata-rata pembeli sukakan ruang but yang luas, rupa luaran yang memberangsangkan dan pengendalian sporty. Harga Fiesta bermula AS$14,455 (RM56,368).

5. OPEL CORSA (282,410 TERJUAL)

opel-corsa-2015-i
opel-corsa-2015-ii

Juga dikenali sebagai Vauxhall Corsa di Britain. Model asas kereta ini berkapasiti 1.0L berkuasa 113hp dengan kemampuan pecutan 0-100kmj sepantas 10.3 saat. Supermini ini didatangkan dengan dua gaya, 3-pintu dan 5-pintu. Ruang dalaman menampilkan material selesa-sentuh dan plastik lembut serta trim pada papan pemuka.

Paparan skrin sentuh 7-inci mengawal sistem infotainment Intellilink. Corsa turut mempunyai fungsi hotspot WiFi yang boleh menghubungkan tujuh peranti serentak. Ciri paling menarik ditawarkan ialah ruang kabin dan kargo luas, berserta harga bermula sekitar AS$12,717 (RM49,590).

6. NISSAN QASHQAI (261,245 TERJUAL)

nissan-quashquai-2015-i
nissan-quashquai-2015-ii

Nissan Qashqai muncul standard dengan enjin DIG-T 1.2L bersama janaan kuasa 113hp dan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik Xtronic CVT. Lampu utama bersudut, manakala lampu belakang direka memanjang yang merentas sekitar sisi badan dari hatch belakang.

Di dalam, kerusi menggunakan teknik imbasan medikal inspirasi-NASA untuk menganalisis aliran darah dan tekanan pada bahagian balakang bawah penumpang.

Opsyen ciri dalaman menawarkan sistem infotainment skrin sentuh 7-inci, amaran perhatian pemandu, pembrekan kecemasan hadapan, bantuan parkir pintar. Keseluruhannya, pemandu menyukai rekabentuk luaran yang tajam, trenkuasa efisien dan kepelbagaian teknologi. Qashqai boleh dibeli pada harga kira-kira AS$21,700 (RM84,620).

7. VOLKSWAGEN PASSAT (260,369 TERJUAL)

vw-passat-2015-i
vw-passat-2015-ii

Volkswagen Passat menggunakan enjin 4-silinder pengecajturbo 1.8L dan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan. Sedan saiz pertengahan ini menonjolkan rekaan ringkas pada gril hadapan yang langsing dan penampilan kabin premium.

Sistem telematik Car-Net daripada Volkswagen ialah opsyen, termasuk notifikasi perlanggaran automatik dan ciri geo-fencing yang membolehkan ibu bapa menetapkan had sempadan untuk anak remaja mereka yang memandu.

Kamera pandang belakang juga menjadi ciri opsyen. Pemilik Passat paling seronok dengan ruang penumpang dan kargo yang luas, pilihan enjin berkuasa dan kecekapan bahan api, pengendalian senyap dan gaya ringkas. Harga jualan bermula AS$21,340 (RM83,216).

8. SKODA OCTAVIA (254,367 TERJUAL)

skoda-octavia-2015-i
skoda-octavia-2015-ii

Model asas Skoda Octavia berkapasiti enjin TSI 1.2L dan kuasa 103hp serta transmisi manual 6-kelajuan. Penampilan luaran ringkas dengan gril hadapan direka seakan tersenyum di bawah logo Skoda. Rekabentuk kabin ringkas dan bersih. Sistem infotainment skrin sentuh mudah dibaca dan memuatkan sambungan Bluetooth. Sistem pembrekan kecemasan ialah standard, manakala ciri opsyen menawarkan sistem parkir automatik, pengesan letih, bantuan parkir pintar, bantuan lorong dan navigasi.

Aspek kegemaran pelanggan mengenai Octavia ialah kabin luas dan selesa. Harga bermula AS23,500 (RM91,639).

9. FORD FOCUS (249,935 TERJUAL)

ford-focus-2015-i
ford-focus-2015-ii

Model asas Ford Focus dilengkapi enjin 4-silinder 2.0L dengan kuasa 160hp dan transmisi manual 5-kelajuan. Rekaan hadapan digayakan dengan gril lebar dan lampu utama yang memanjang hingga ke fender. Kabin direka menarik dengan material premium dan kerusi hadapan suportif.

Sistem Sync kawalan-suara dan kamera pandang belakang menjadi ciri dalaman standard, manakala opsyen bagi ciri pantauan titik-buta, bantuan lorong, navigasi, dan sistem infortainment MyFord Touch dengan skrin sentuh 8-inci.

Enjin berkuasa, pengendalian senyap dan pilihan teknologi tinggi ialah sebab kenapa ramai pengguna memilih Focus untuk 2015. Harga bermula AS$17,170 (RM66,955).

10. PEUGEOT 208 (249,386 TERJUAL)

10 kereta paling laris di Eropah 2015
peugeot-208-2015-ii

Dengan enjin standard 1.2L dan transmisi manual 5-kelajuan, Peugeot 208 tampil dengan gril bermulut lebar dan lampu utama memanjang. Kabin mempunyai penampilan berkualiti dengan material lembut sentuh pada papan pemuka dan kerusi suportif.

Sambungan Bluetooth menjadi ciri standard, manakala sistem infotainment skrin sentuh 7-inci dan Active City Brake tidak ditawarkan untuk model asas. Ciri kegemaran pemandu ialah kerusi suportif dan lembut, berserta suspensi dan pengendalian hebat. Harga Peugeot 208 bermula AS$17,612 (RM68,678).


10 kereta paling laris di Eropah 2015 ini ialah campuran model harga rendah dan pertengahan dengan kepelbagaian ciri ditawarkan daripada asas hingga berteknologi tinggi. Apakah ada model di atas yang menjadi pilihan anda?

Sumber: Proctocars.com

10 Kereta Paling Laris di Eropah 2015 Ford Fiesta Ford Focus kereta paling laris di Eropah 2015 nissan qashqai opel qorsa Peugeot 208 renault clio skodua oktavia Volkswagen Golf Volkswagen Passat Volkswagen Polo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.