Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»10 Fakta Pantas: BMW S1000XR (2020) di Malaysia, Bayaran Bulanan RM1.9k Sahaja
Roda2

10 Fakta Pantas: BMW S1000XR (2020) di Malaysia, Bayaran Bulanan RM1.9k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model touring BMW S1000XR (2020) terbaharu ke pasaran Malaysia yang menggabungkan ciri ikonik dalam sejarah BMW Motorrad dengan karakter tunggangan lebih moden.

Berikut 10 fakta pantas BMW S1000XR (2020) yang kini sudah pun berada di pusat jualan sah BMW:

1. Berbekalkan enjin dan suspensi diperbaharui, S 1000 XR menawarkan tunggangan jauh lebih selesa dengan penurunan berat jentera 10kg.

2. Menampilkan karakter lebih ringan, laju dan versatil yang dipadukan sistem ekzos baharu lebih ringan dan suspensi dengan Flex Frame untuk menambah baik ergonomik tunggangan. Frem dan swingarm kini 2.1kg lebih ringan, manakala swingarm kedua-dua bahagian mengurangkan berat  tanpa pegas (unsprung) 1.6kg.

3. Dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 999cc berkuasa 165hp @ 11,000rpm dan tork 114Nm @ 9,250rpm membolehkan jentera mencapai kelajuan maksimum 200kmj. Kelancaran tunggangan kini lebih baik dengan nisbah gear 4,5,6 lebih panjang, sekali gus menawarkan kecekapan bahan api atas kertas 6 liter per 100km.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa

4. Selain klac anti-gelincir (anti-hopping), S1000XR (2000) didatangkan dengan kawalan tork drag enjin (MSR) yang mampu mengelak simptom tayar belakang menggelincir akibat perubahan halaju atau gear dianjak turun mendadak.

5. Sistem lampu depan didatangkan dengan dua unit lampu LED simetri, iaitu satu untuk lampu rendah dan satu lagi lampu tinggi serta lampu parkir.  Lampu selekoh adaptif direka dengan iluminasi yang dipertingkatkan untuk pencahayaan lebih baik di selekoh ketika tunggangan malam. Ada juga ciri lampu siang (DRL), Pro DRL sebagai spesifikasi standard.

6. Panel instrumen diperbaharui dengan paparan multi-info yang tertera pada skrin TFT 6.5 inci. Skrin Pure Ride memaparkan maklumat tunggangan asas seperti status motor, manakala skrin Core menunjukkan kedudukan miring, brek dan kawalan traksi. Paparan sistem navigasi dengan aplikasi didatangkan sebagai ciri standard yang mana semua kawalan dilakukan menerusi Motorcycle Multi Controller pada bar hendal.

7. Motosikal kembara sport baharu ini menawarkan empat mod tunggangan– Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Buat julung kali, mod Dynamic Pro boleh dikonfigurasikan sepenuhnya untuk membekalkan opsyen tetapan lebih besar. S1000XR (2020) terbaharu juga dilengkapi generasi teknologi terkini Kawalan Tork Dinamik (DTC)
dan fungsi DTC Wheelie yang boleh dikonfigurasi berasingan.

8. Juga dibekalkan ciri ABS Pro dan kawalan daki bukit HSC Pro.  Model ini turut dilengkapi sistem suspensi depan dan belakang kawalan elektronik BMW Motorrad Dynamic ESA. Bagaimanapun, penunggang yang mahukan mod redaman boleh laras (ada dua mod: Road dan Dynamic), dan pelarasan beban automatik  perlu membeli Dynamic ESA Pro, ditawarkan sebagai opsyen, termasuk ciri kawalan jelajah, lampu belok adaptif dan quick shifter HP Shift Assistant Pro.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

9.  S1000XR (2020) ditawarkan dalam dua warna: Ice Grey (putih-kelabu) dan Racing Red (merah). Pada harga RM121,500, BMW turut menawarkan aksesori tambahan seperti beg sisi, kotak atas dan beg fabrik, bar hentakan gentian karbon, komponen M Machined Hi-Lo atau visor angin gelap.

10. Pelan kewangan Servis Kewangan BMW Group Malaysia menawarkan pemilikan S1000XR (2020) bermula RM1,969 sebulan.

BACA >>> BMW Motorrad Tawar Pakej M Performance (2020) untuk S 1000 RR

GALERI
BMW Motorrad Malaysia BMW S 1000 XR BMW S 1000 XR (2020) roda2 sport tourer touring touring bike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.