• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zontes ZT155G Masuk Malaysia Bulan Ini, Harga Bawah RM10k?

Zontes ZT155G Masuk Malaysia Bulan Ini, Harga Bawah RM10k?

December 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ZONTES bakal melancarkan scrambler baharu, ZT155G (2022) sebelum akhir tahun ini untuk pasaran tempatan, yang juga produk pertama jenama itu dengan enjin bawah 200cc di Malaysia.

Seperti diketahui, produk jenama China itu hadir di Malaysia dengan empat model pertama berkapasiti 300cc, dan setiap satu dalam segmen berbeza. Ada laporan mendakwa, ZT155G (2022) mungkin dijual pada harga bawah RM10,000.

BACA >>> Zontes Perkenal Dua Sportbike 125cc untuk Pasaran Eropah, Harga RM15k
BACA >>> Zontes Bakal Lancar Siri Motosikal 350cc, Guna Pelbagai Komponen Baharu

Berikut perincian ZT155G (2022):

Zontes ZT155G - 0
Zontes ZT155G - 2
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 155cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 18.5hp @ 9,250rpm dan tork 16Nm @ 7,500rpm.
  • Menampilkan rekabentuk neo-retro yang mirip produk motosikal buatan Eropah. Cermin sisi dipasang pada hujung bar hendal.
  • Lampu LED penuh untuk lampu utama bulat, lampu signal belok capang (depan dan belakang) dan lampu brek belakang yang tirus. Juga ada lingkaran lampu siang (DRL) sekeliling lampu utama.

BACA >>> Dayang Vorela 150 Lancar di China, Klon ADV 150 yang Lebih Berkuasa, RM11.2k
BACA >>> #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

  • Kapasiti tangki minyak 20 liter dan berat 117kg. Pelana panjang jenis step-up (bertingkat). Ada kowl bawah enjin, manakala ekzos  diposisikan bawah enjin.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Saiz rim 17 inci dalam pilihan rim sport aloi dan rim jejari (spoked), manakala tayar jenis off-road dengan bunga dadu tebal.

BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> Zontes Dedah Enjin 3-Silinder Baharu, Bakal Lawan Yamaha MT, MV Agusta dan Triumph
BACA >>> Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800

SUMBER: NewsBytesApps

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 155cc, roda2, scrambler, zontes Malaysia, Zontes ZT155G

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev