Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Zero DS ZF14.4 – Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!
Roda2

Zero DS ZF14.4 – Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

AryonBy Aryon11/01/20183 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAGI motosikal elektrik muncul dan kali ini Zero Motorcycles yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan DS ZF14.4 sebagai jentera pemula atau beginner dengan gaya streetbike.

Disasarkan kepada penunggang baharu dan kurang pengalaman, tren kuasa motosikal elektrik ini adalah menyamai jentera petrol berkapasiti 125cc.  Sebagai makluman, banyak negeri di AS mengehadkan penunggang muda atau pemilik lesen baharu di sana untuk menunggang motosikal yang tidak melebihi kapasiti 125cc.

BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

Menurut kenyataan media Zero Motorcycles, perbezaan antara motosikal EV kategori beginner dan atasan ialah jarak perbatuan yang mampu dituju. Bagaimanapun, DS ZF14.4 memiliki kapasiti bateri sekali ganda lebih banyak berbanding model terdahulu, DS ZF7.2.

PEK BATERI UNTUK PERGI LEBIH JAUH

Ini bermakna, cas penuh DS ZF14.4 mampu ditunggang sejauh 262km untuk tunggangan dalam bandar, dan 125km (lebuh raya). Zero Motorcycles turut menawarkan aksesori ‘Power Tank‘ yang mampu melanjutkan jarak perjalanan kepada 326km (bandar) dan 156km (lebuh raya).

Sistem bateri boleh dicas menggunakan palam soket standard di rumah, manakala masa mengecas pula bergantung kepada outlet pengecas. Aksesori ‘Power Tank’ mampu mengecas enam kali lebih pantas berbanding stesen cas J1772 standard yang biasanya banyak dipenuhi kereta elektrik.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Menurut Zero Motorcycle, jarak perbatuan jauh yang dicapai Zero DS berkuasa 14.7hp itu adalah memenuhi keperluan kereta standard di Eropah atau motosikal A1 (kategori motosikal ringan tidak lebih 125cc).

UBAH TREND

Dengan dua bateri, dan opsyen cas pantas, Zero Motorcycles menjangka jarak dan keupayaan mengecas DS ZF14.4 bakal mengubah trend pengangkutan harian di kalangan pengguna.

Agak menarik juga idea motosikal elektrik dicetuskan Zero Motorcycles menerusi DS ZF14.4. Lagipun kita sendiri mengakui penduduk di bandar-bandar besar, misalnya Kuala Lumpur, lebih cenderung menjadikan motosikal sebagai kenderaan rutin untuk berulang alik kerja atas alasan menjimatkan masa dan wang petrol. Hal kuasa sebenarnya lama kelamaan sudah tidak menjadi perkara nombor satu untuk difikirkan.

Setuju?

GALERI

SUMBER: RideApart

DS ZF14.4 motosikal elektrik motosikal EV roda2 streetbike Zero DS ZF14.4 Zero Motorcycles Zero Motorcycles DS ZF14.4
Aryon

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.