Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Zeekr Selesai Ambil Alih Lynk & Co, Geely Kuasai 49 Peratus
Auto Terkini

Zeekr Selesai Ambil Alih Lynk & Co, Geely Kuasai 49 Peratus

Abang HirataBy Abang Hirata17/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA November 2024 PanduLaju menyiarkan berita Volvo Cars melepaskan pegangan saham Lynk & Co kepada Zeekr. Volvo adalah pemegang saham minoriti sejak Lynk & Co ditubuhkan pada 2017.

Transaksi melibatkan Volvo Cars (China) Investment Co Ltd, iaitu subsidiari tidak langsung Volvo Car AB, yang menjual pegangan dalam Lynk & Co Automotive Technology Co Ltd kepada Zhejiang Zeekr Intelligent Technology Co Ltd, yang juga subsidiari tidak langsung Zeekr Intelligent Technology Holding Limited.

Logo Zeekr
Logo Lynk & Co

Terbaharu, Zeekr Technology Holdings Co Ltd dan Geely Automobile Holdings Limited mengumumkan kejayaan pengambilalihan dan pelaburan Zeekr dalam Lynk & Co.

Selepas pengambilalihan, Zeekr memegang 51 peratus ekuiti dalam Lynk & Co, manakala Geely memegang 49 peratus. Penyelesaian pemindahan saham ini berlaku dalam tiga bulan selepas Zeekr dan Lynk & Co mengumumkan penggabungan strategi pada 14 November 2024.

Zeekr Technology Group kini secara rasmi ditubuhkan dan akan beroperasi dengan strategi dua jenama, menggabungkan Zeekr dan Lynk & Co untuk memperkukuh barisan produk dan meningkatkan daya saing.

Model operasi ini juga mengintegrasi sistem pembuatan, rantaian bekalan dan organisasi luar negara. Transformasi pengurusan dalaman akan menumpukan kepada empat bidang utama:

  • Kerjasama kajian dan pembangunan (R&D) produk
  • Inovasi sistem pembuatan
  • Peningkatan operasi pengguna
  • Pencapaian dalam sistem pintar

Berikut hasil yang dijangka daripada transformasi tersebut:

  • Peningkatan 15 peratus dalam kecekapan R&D
  • Peningkatan 20 peratus dalam kecekapan pengurusan pembuatan besar + kualiti besar
  • Sistem pengurusan pengguna piramid nilai dua jenama
  • Peningkatan 20 peratus dalam kecekapan operasi keseluruhan dengan pengurusan dipacu kecerdasan buatan (AI).

Zeekr Technology Group akan memaksimum hasil sinergi digabungkan dan pengurangan kos secara berterusan dan peningkatan kecekapan melalui:

  • R&D produk secara bersama.
  • Perkongsian teknologi platform utama seperti:
    • Arkitektur kenderaan
    • Arkitektur elektronik dan elektrik
    • Pemanduan pintar
    • Kokpit pintar
  • Sinergi integrasi yang dimaksimumkan juga akan memanfaatkan kesan pembuatan berskala besar dan meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi.

Zeekr Technology Group kini mempunyai lebih 1.8 juta pengguna seluruh dunia dengan teknologi teras yang dibangunkan sendiri dalam arkitektur kenderaan, sistem elektronik, pemanduan pintar, dan kokpit pintar.

Pada 2025, Zeekr Technology Group merancang untuk mengeluarkan lima produk baharu, menumpukan kepada pengembangan pasaran global, dan menekankan tiga inovasi utama, iaitu super hibrid elektrik, AI rangkaian penuh dan keselamatan menyeluruh.

Kumpulan mensasarkan jualan tahunan 710,000 unit dengan pertumbuhan tahun ke tahun 40 peratus yang mana Lynk & Co menyumbang 390,000 unit, manakala Zeekr (320,000 unit).

Geely Lynk & Co Zeekr ZEEKR Technology Group
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.