• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / YouTuber Dakwa Jadi Pemilik Pertama Kawasaki ZX-25R di India, Netizen Mula Curiga

YouTuber Dakwa Jadi Pemilik Pertama Kawasaki ZX-25R di India, Netizen Mula Curiga

December 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI ada barisan produk motosikal cukup luas di India, dari model asas W175 hingga jentera trek hypersport Ninja H2R. Bagaimanapun, ada beberapa model yang masih belum dibawa masuk ke negara itu. Contohnya, Kawasaki Ninja ZX-25R.

Baru-baru ini, model ZX-25R tiba-tiba muncul di India. Khabarnya, seorang YouTuber mengimport masuk motosikal itudan mendakwa dia ialah pemilik pertama sportbike ZX-25R di India. Pengakuan itu menarik perhatian ramai peminat motosikal di negara itu.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?
BACA >>> Kawasaki Indonesia Lancar Ninja ZX-25RR (2023), Naik Taraf ZX-25R (2023)!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Samy 🇮🇳 (@beerbiker_samy)

Mengikut cerita, Samyy Ghosh yang juga pemilik akaun Instagram @beerbiker_samy dari bandar Kolkata tertarik dengan ZX-25R semasa berkunjung ke luar negara. Mungkin itu pencetus untuk dia mengambil keputusan mengimport masuk seunit sportbike 4-silinder sebaris itu.

Berdasarkan video dikongsi, model itu adalah unit keluaran Thailand dan sudah menggunakan muffler aftermarket jenama Austin Racing. Dia juga berkongsi beberapa video lain di YouTube dan Instragram memaparkan ZX-25R termasuk aksi tunggang uji di jalan raya awam.

BACA >>> #BikinMotor: Ninja ZX-25R Turbo Ini Capai Kelajuan 252kmj!

Ada beberapa netizen menyangkal kenyataan Samyy bahawa dia ialah pemilik pertama ZX-25R di India. Mereka menyatakan ZX-25R sudah diimport masuk India dan Sammy mungkin pemilik ketiga atau keempat.

Tidak kurang juga netizen lain bertanyakan status ZX-25R itu sama ada itu model terpakai atau unit baharu. Di bawah ini adalah video memaparkan sesi unboxing ZX-25R di India!

BACA >>> Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!
BACA >>> #BikinMotor: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Ubah Jadi Cafe Racer Neo-Retro
BACA >>> Yoshimura Japan Lancar Ekzos R-77S Cyclone untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

SUMBER: Cartoq | Reddit | Instagram |ZigWheels

Artikel Berkaitan

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 250cc, autoterkini, Kawasaki Ninja ZX-25R, Modenas Ninja ZX25R, sportbike, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my