Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Yoshimura Japan Lancar Ekzos R-77S Cyclone untuk Kawasaki Ninja ZX-25R
Aksesori

Yoshimura Japan Lancar Ekzos R-77S Cyclone untuk Kawasaki Ninja ZX-25R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YOSHIMURA Japan memperkenalkan ekzos R-77S Cyclone versi pendek berasaskan R-77J buatan Yoshimura USA.

Ekzos ini dibangunkan khas untuk Kawasaki Ninja ZX-25R yang juga kali pertama dikeluarkan Yoshimura Japan, terdiri daripada dua varian, titanium dan keluli tahan karat (stainless steel) dalam tiga opsyen.

Kedua-dua material ialah model JMCA yang diluluskan pihak berkuasa Jepun dan sah digunakan atas jalan raya awam. Dibina berasaskan  gred keluli tahan karat berkualiti tinggi, komponen aftermarket ini menawarkan ketahanan dan prestasi cemerlang.

Seperti titanium Cyclone, R-77S Cyclone memberikan tambahan kuasa dan tork pada rev tinggi pertengahan dengan menghasilkan bunyi bass elegan pada rev rendah, dan deruman berkuasa apabila terotel dipulas.

1. EKZOS R-77S CYCLONE TITANIUM

Ekzos titanium lebih ringan berbanding keluli tahan karat, dan lebih tahan kakisan serta tampak menyerlah dengan kilauan kusam titanium. Kemasan kebiruan nyata menyerlahkan profil Ninja ZX-25R yang dipadankan hujung ekzos gentian karbon. Harga ¥191,400 yen (RM7,470).

Unit ini menggunakan kemasan perak warna senada dengan hujung ekzos gentian karbon, berharga 185,900 yen (RM7,260).

Ekzos ini menggabungkan tekstur karbon dengan ketahanan keluli tahan karat. Tampil dengan kemasan hitam sepenuhnya dan tidak dilupakan hujung ekzos karbon. Harga 189,200 yen (RM7,390).

2. EKZOS R-77S CYCLONE KELULI TAHAN KARAT

Ekzos keluli tahan karat ini menampilkan warna penutup logam magik dan hujung ekzos gentian karbon. Harga 156,200 yen (RM6,100).

Jenis ekzos kemasan satin dengan hujung ekzos gentian karbon. Unit ini dijual 149,600 yen (RM5,840).

Ekzos biru titanium dan hujung gentian karbon ini dijual pada harga 158,400 yen (RM6,185).

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Sistem Ekzos Kereta Anda Mungkin Bocor
BACA >>> Dengarkan Kompilasi Deruman Kawasaki Ninja ZX-25R dengan Pelbagai Ekzos Aftermarket
BACA >>> Finja 500 – Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

SUMBER: YoungMachine

Aksesori Aftermarket ekzos ekzos aftermarket Kawasaki Kawasaki ZX-25R Yoshimura Japan Yoshimura R77 Yoshimura USA
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.