Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Yokohama Tawar Tiga Pilihan Tayar untuk Kereta Klasik
Aksesori

Yokohama Tawar Tiga Pilihan Tayar untuk Kereta Klasik

Brader ShawnBy Brader Shawn05/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA dilema pemilik kereta klasik ialah kesukaran mendapatkan komponen dan alat ganti diperlukan supaya kenderaan mereka kekal asli.

Sesetengah komponen boleh dihasilkan semula, termasuk membelinya daripada kedai potong, seperti enjin, panel pintu atau lencana. Sesetengahnya memang payah dicari, seperti tayar klasik era 1960-80-an kerana sudah tidak lagi ditawarkan pengeluar dan pengilang asal.

Berbeza Yokohama, pengeluar tayar dari Jepun itu memilih menawarkan barisan tayar klasik bagi memenuhi impian pengumpul atau pemilik kereta lama.

Produk tayar warisan itu diumumkan Yokohama UK dengan memperkenalkan tayar yang dilengkapi ciri teknologi moden dan berprestasi, serta pada masa sama masih mengekalkan gaya klasik 1960-an ke atas.

BACA >>> Bridgestone Hasilkan Tayar Tanpa Angin yang Kalis Pancit, Tampung Berat 2.2 Tan!

1. YOKOHAMA G.T. SPECIAL Y350

Tayar klasik pertama ialah G.T. Special Y350 dan produk ini sudah ditawarkan kepada pelanggan Eropah. Mula diperkenalkan pada 1967, ini ialah tayar pertama Yokohama yang menggunakan teknologi radial.

Menurut Yokohama, Y350 menawarkan ‘keselesaan pemanduan yang lebih lembut tanpa menghilangkan nilai sejarah kereta’. Y350 edisi baharu ini pula masih menggunakan paten dan dinding tayar klasik 1967  yang sesuai untuk kereta jenama Jepun dan Eropah era 1960-70-an.

BACA >>> Tayar Yokohama Advan untuk Kereta Tamiya Mini 4WD

Ada tiga saiz tayar Y350 untuk rim 14 dan 15 inci:

  • 165/80 R15 87H
  • 175/80 R14 88S
  • 165/80 R14 85S

2. YOKOHAMA ADVAN A008P DAN ADVAN HF TYPE D 008

Pada 1981, Yokohama melancarkan tayar prestasi tinggi Yokohama A008 di Eropah (atau ADVAN HF Type D di Jepun). Tayar ini menjadi kegilaan pemilik kereta untuk memandu dalam trek lumba, termasuk ahli Kelab Pemilik Porsche (Porsche Owners Club, POC).

Menurut Yokohaman, selepas menyarung tayar A800 pada model Porsche masing-masing, rata-rata ahli kelab POC menyukainya. Susulan respon positif itu, Yokohama menghasilkan model A800P secara eksklusif untuk Porsche.

Tayar Yokohama ADVAN A008P mula-mula dipasangkan pada 911 Carrera Turbo (Type 930) di kilang Stuttgart, Jerman. Kini, Yokohama menawarkan pilihan saiz:

  • 245/45 ZR16
  • 205/55 ZR16

Mengikut sejarah, A800 dibangunkan untuk pemandu kereta klasik Austin 7, Mini 850 dan Mini Cooper. Ada tujuh pilihan tayar ADVAN HF Type D 008 (atau A800) ditawarkan untuk rim 10-15 inci:

  • 165/70 R10 72H
  • 185/60 R13 80H
  • 185/70 R13 86H
  • 185/60 R14 82H
  • 195/70 R14 91H
  • 205/50 R15 86V
  • 225/50 R15 91V

3. YOKOHAMA A539

Tayar klasik ketiga ialah Yokohama A539 yang didatangkan dengan saiz sesuai untuk rim kereta klasik 12-15 inci. Paten tayar ini dikatakan sesuai untuk menyisihkan air apabila memandu atas jalan basah, termasuk ketika membelok. Tayar ini sesuai untuk kebanyakan model kereta klasik.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Punca Tayar Mudah Pecah atau Meletup

Ada enam saiz A539 untuk dipilih:

  • 165/60 R12 71H
  • 175/60 R13 77H
  • 185/60 R13 80H
  • 175/60 R13 72V
  • 185/50 R14 77V
  • 175/60 R14 79H

SUMBER: Yokohama | AutoIndustriya

aksesori Tayar Tayar Kereta Klasik Yokohama Yokohama A539 Yokohama Advan A008P Yokohama Advan HF Type D 008 Yokohama G.T. Special Y350 Yokohama UK
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.