Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) Lengkapkan Barisan Jentera Off-Road Eropah
Roda2

Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) Lengkapkan Barisan Jentera Off-Road Eropah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Eropah memperkenalkan dua model off-road baharu khas buat anak muda dan profesional – Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) – yang ditawarkan bagi melengkapkan barisan 65cc hingga 450cc.

YAMAHA YZ85 (2019)

Model motocross Yamaha YZ85 ini tiba di Eropah dengan menampilkan lebih banyak pembaharuan yang menumpukan kepada aspek prestasi melibatkan enjin serba baharu, suspensi dan banyak lagi.

ENJIN: Enjin 85cc penyejukan cecair 2-lejang ditala semula dan didatangkan dengan bekas ambilan reed-valve dan mekanikal Sistem Injap Kuasa Yamaha (YPVS) yang terletak di tengah YZ85. Digabungkan dengan silinder dan kepala yang direka semula, kotak engkol (crankcase), aci engkol, rod penyambung, transmisi, ekzos dan unit CDI, enjin YZ baharu ini memberikan kuasa tinggi yang boleh dikesan sepanjang julat rev tanpa kehilangan kuasa puncak pada rpm tinggi.

CASIS: Frem keluli semi-ganda-endul (semi-double-cradle steel frame), subfrem boleh tanggal dan swingarm aluminium rekaan semula memberikan kelincahan, dan pengendalian meyakinkan serta mudah disenggara. Sisi ergonomik ditampilkan menerusi pelana rata, bar hendal tirus aluminium empat posisi dan tuil boleh laras untuk keselesaan dan kemudahan pergerakan penunggang dalam pelbagai saiz badan.

SISTEM BREK: Garisan brek depan lebih keras dengan ‘routing’ baharu menambah baik kesan membrek, manakala brek cakera gaya bunga menawarkan prestasi lebih baik. Cakera brek depan 220mm dan belakang (190mm) memberikan kuasa henti mencukupi dan meyakinkan.

SUSPENSI: YZ85 dipasangkan fork spring koil 36mm boleh laras dengan tiub luar satu lapisan dan bentuk tirus ntuk memberikan keseimbangan optimum. Absorber KYM boleh laras menggunakan ciri redaman khas yang disesuaikan dengan casis baharu.

HARGA: Yamaha YZ85 ditawarkan dalam warna biru Yamaha dan akan tiba di pusat jualan bermula Jun 2018 pada harga AS$4,599 (RM18,320).


YAMAHA YZ250F (2019)

Ciri YZ250F dilengkapkan penghidup elektrik dan casis baharu. Enjin 250cc dilengkapi sistem sambungan nirkabel dan tune-up pantas atas trek menerusi telefon pintar, dipanggil Yamaha Power Tuner Smartphone App (YPTS). Berikut ciri teknikal YZ250F (2019):

– Enjin 4-injap DOHC 250cc penyejukan cecair serba baharu
– Aplikasi mobil YPTS untuk talaan trek
– 2-posisi butang pemetaan enjin ‘on the fly’
– Bateri litium ion dengan penghidup elektrik ringan
– Badan lebih kompak dan slim, termasuk pelana
– Frem rasuk (beam) aluminium bilateral lebih kukuh
– Fork depan Spliter Udara/Minyak baharu dengan diameter lebih besar
– Absorber belakang lebih ringan dengan prestasi peredam dipertingkat
– Klac kerja keras baharu dengan tuil lebih ringan
– Sudut rekaan radiator kecekapan tinggi baharu
– Kotak penapis angin direka semula
– Cagak braket (cracket mounting) gandar depan lebih keras
– Pemasangan cam chain spesifikasi tinggi

Kehadiran Yamaha YZ250F dan YZ85 (2019) melengkapkan lagi model off-road Yamaha. Tersedia dalam warna biru dan putih,  YZ250F dijual pada harga AS$8,199 (RM32,660).

GALERI
Hong Leong Yamaha Motor motocross Yamaha Yamaha YZ250F 2019 Yamaha YZ85 2019
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.