• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Vietnam Tambah Dua Edisi Exciter 155 VVA dengan Lima Seragam Berbeza

Yamaha Vietnam Tambah Dua Edisi Exciter 155 VVA dengan Lima Seragam Berbeza

September 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN edisi 60 tahun MotoGP dengan warna legenda, Yamaha Motor Vietnam (Yamaha Vietnam) turut menawarkan lima pilihan lain Exciter 155 VVA sempena menyambut ulang tahun ke-60 jenama itu dalam sukan lumba MotoGP.

Lima pilihan Exciter 155 baharu itu terdiri daripada empat opsyen edisi 'Master Art of Street' dan satu edisi 'Monster Energy Yamaha MotoGP'.

Sebenarnya ada perbezaan antara edisi MotoGP dan aniversari ke-60 walaupun kedua-duanya ialah edisi terhad.

BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 155 VVA Edisi 60 Tahun MotoGP, Harga RM9.4k

Rekaan grafik Exciter 155 VVA Monster Energy Yamaha MotoGP (foto atas kiri)mengambil ilham seragam jentera lumba YZR-M-1, manakala World GP Edition Anniversary ke-60 sebagai tribut kepada pembabitan Yamaha  dalam sukan lumba MotoGP.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

Edisi 'Master Art of Street' hadir dengan skema badan berjiwa muda dan ceria dalam pilihan warna seperti berikut:

  • Born toRide (kelabu-hitam) dengan rim merah.
  • Ride as the King (hijau dwi-tona) dengan rim hitam dan strip hijau.
  • Rule the Roads (putih-biru-hitam) dengan rim hitam dan strip kuning.
  • Above me only Sky (kelabu-perak-hitam) dengan rim kuning.

Harga runcit yang disyorkan untuk Master Art of Street dan Monster Energy Yamaha MotoGP ialah 51,490,000 dong (RM380), iaitu 500,000 dong (RM91) lebih murah berbanding edisi ulang tahun ke-60.

Semua varian menggunakan trenkuasa sama, iaitu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC 155cc penyejukan cecair dengan teknologi VVA berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm, serta dipadankan kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
BACA >>> BSH Bakal Lancar Model Baharu, Honda Winner X atau...
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> Basikal Pakai Halfcut Yamaha NMAX Jadi Perhatian

SUMBER: YamahaMotorVietnam

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: kapcai 155CC, Master Art of Street, Monster Energy Yamaha MotoGP, motosikal, roda2, Supermoped, Yamaha Exciter 155 VVA Vietnam 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my