• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha USA Patenkan Semua Siri Nombor untuk YZF, R1 Hingga R10

Yamaha USA Patenkan Semua Siri Nombor untuk YZF, R1 Hingga R10

April 7, 2021 By Aryon Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA USA pada Februari lalu dilaporkan memfailkan paten untuk YZF-R dengan setiap nombor 1-9, termasuk 15,20 dan 25 yang akan menyaksikan kemunculan 12 model baharu di bawah siri nama tersebut.

Ramai sedia maklum beberapa model denga siri nombor besar sudah sedia ada di pasaran, termasuk model sesaran kecil seperti R15, dan R25 yang dijual untuk pasaran Asia seperti India, Vietnam, Indonesia dan Malaysia. Namun, model tersebut masih belum menjengah pasaran Britain dan Eropah yang cuma ada R1, R3 dan R6.

BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar

Malah, dokumen paten itu turut mengesahkan desas-desus mengatakan Yamaha sedang membangunkan model 700cc yang kemungkinan besar memakai label R7 sebagai sportbike middleweight baharu selain R6. Model itu dikatakan akan berkongsi trenkuasa sama dengan naked bike MT-07.

Selain itu, Yamaha juga bakal memperkenalkan model baharu, R9 sebagai pasangan kepada MT-09 dengan enjin CP3 3-silinder 890cc. Model R6 juga nampaknya akan dijelmakan semula sebagai jentera jalanan selepas terpaksa dihentikan pengeluaran berikutan kegagalan mematuhi regulasi emisi.

Namun, boleh jadi salah satu model baharu dalam siri YZF tiada dalam perancangan. Ini kerana tindakan Yamaha mempatenkan siri nama itu mungkin untuk mengelak mana-mana siri nama baharu yang belum ada di pasaran daripada ditiru pesaing, misalnya R2, R8, R9, R5 dan R10.

Bagaimanapun, nama dipatenkan itu tetap perlu digunakan kerana hak milik akan luput dalam tempoh masa tertentu, sekali gus boleh digunakan sesiapa saja. Apapun, berita baharu ini pasti mengujakan ramai peminat Yamaha, terutama mereka yang menantikan sportbike baharu dengan sesaran enjin dan karakter khas tertentu.

BACA >>> HYLM Lancar Yamaha YZF-R25 (2021) Warna Baharu, Harga Kekal RM19,998
BACA >>> KTM 200 Duke (2021) dengan Wajah Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM12.8kB

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Yamaha, Yamaha Amerika Syarikat, Yamaha USA, Yamaha YZF

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
    Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my