Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Sirius FI (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM3.7k!
Roda2

Yamaha Sirius FI (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM3.7k!

ShawkathBy Shawkath06/09/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Vietnam melancarkan kapcai Sirius F1 (2021) versi dipertingkat yang menerima pembaharuan rekabentuk baharu untuk meningkatkan kepuasan pengguna pada masa sama sebagai model pencabar Honda Wave RSX FI.

Kapcai kelas 115cc itu hadir dengan tiga varian pilihan, masing-masing dengan empat warna pilihan. Berikut ialah perincian mengenai Yamaha Sirius F1 (2021):

BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 155 VVA Edisi 60 Tahun MotoGP, Harga RM9.4k
BACA >>> Yamaha Vietnam Perkenal Empat Versi Exciter Master Street of Art, Monster Energy MotoGP

Varian dan Harga

Sama seperti generasi semasa, Yamaha Sirius FI versi dipertingkat juga kekal dengan tiga versi. Bagaimanapun, harga bagi siri model terbaharu ada peningkatan setengah juta dong (RM91) berbanding model semasa. Harganya adalah seperti berikut:

Logo Yamaha
  • Versi rim sukan dan sistem brek cakera depan – 23.69 juta dong (RM4,314)
  • Versi rim jejari (spoked) dengan brek cakera depan – 21.84 juta dong (RM3,977)
  • Versi rim jejari dan brek dram – 20.84 juta dong (RM3,794)

Warna

  • Rim Sukan: Putih, Hitam, Merah dan Oren
  • Kedua-dua varian rim jejari: Hitam, Merah, Putih dan Kelabu

Perubahan Desain

  • Bahagian depan kapcai Sirius menerima rombakan rekabentuk dengan tambahan set lampu depan yang lebih panjang dan lampu signal membelok rekaan lebih menarik. Lampu depan masih jenis halogen.
  • Madgad depan dan panel depan motosikal kini menawarkan desain lebih lembut serta kurang keluk garisan badan berbanding model sebelumnya.
  • Instrumen meter masih jenis analog yang memaparkan maklumat asas seperti spidometer, jumlah jarak tunggangan, posisi kedudukan gear dan paras baki minyak petrol.
  • Fairing sisi kini lebih tirus dan membantu mengalir keluar udara semasa tunggangan. Malah komponen baharu itu dengan perubahan peg kaki menambah baik sokongan pada kaki penunggang.
  • Tempat duduk motosikal itu turut diubah dan menjadi lebih panjang 1 sentimeter (sm) tetapi lebih tirus 0.5sm di bahagian pelana pembonceng.
  • Suis memadamkan lampu utama tidak lagi ditawarkan pada model Sirius FL baharu. 
  • Trenkuasa masih teknologi lama iaitu 4-lejang silinder tunggal SOHC berkapasiti 114cc, menawarkan kuasa 8.7hp @ 7,000rpm dengan tork  9.5Nm pada 5,500rpm. Kotak gear manual 4-kelajuan.
  • Sistem suntikan bahan api ditala semula untuk menawarkan penjimatan penggunaan minyak petrol agar lebih efisien.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek Atas Jalan Basah Tanpa Bantuan ABS
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?

SUMBER: Yamaha Vietnam

Kapcai 115cc motosikal roda2 Yamaha 115cc Yamaha Motor Vietnam Yamaha Sirius 2021
Shawkath

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.