Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha RD200A (1974) Versi Penghidup Elektrik Ini Cuma Dijual RM14k Sahaja
Roda2

Yamaha RD200A (1974) Versi Penghidup Elektrik Ini Cuma Dijual RM14k Sahaja

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH ada, Yamaha sudah menjual motosikal 2-lejang dengan fungsi butang penghidup elektrik dan penendang kaki sejak 46 tahun lalu? Model dimaksudkan ialah Yamaha RD200A.

Inilah satu-satunya motosikal dalam siri 2-lejang RD Yamaha yang dipasangkan butang penghidup elektrik. Varian lain pada masa itu cuma ada penendang kaki. Teknologi tersebut juga adalah ciri paling maju dimiliki RD200A jika dibandingkan model pesaing lain pada era 1970-an, lebih-lebih untuk model sportbike segmen 200cc.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden

Seorang pemilik di St Maries, Idaho di Amerika Syarikat (AS) melepaskan RD200A (1974) menerusi bidaan dalam laman web Bring A Trailer.

Berdasarkan rekod, individu tersebut adalah pemilik ketiga motosikal warna biru itu. Menurutnya, dia sudah melakukan beberapa penyenggaraan asas seperti menukar bateri baharu, palam pencucuh, minyak gear, minyak 2T dan servis rantai.

RD200A dijana enjin 2-lejang 195cc dengan klac manual 5-kelajuan berkuasa 20hp, manakala kelajuan maksimum mencapai 135kmj. Jarak perbatuan dicatatkan pula cuma sejauh 5,310km (3,313 batu) sejak meninggalkan kilang Yamaha.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M

Resit asal pembelian menunjukkan motosikal ini dijual Empire Cycles di Spokane, Washington kepada pemilik pertama pada harga AS$1,005 (RM4,290). Selain resit, pembeli akan diberikan buku manual asal, kit peralatan, kad pendaftaran motosikal, surat perjanjian jual beli pemilik asal, dan semua dokumen mengenai motosikal berkenaan.

Menurut penjual itu lagi, dari segi kondisi luaran, RD200A tersebut ada beberapa kesan kemik pada kiri tangki minyak dan kanan paip ekzos. Pelapik getah pada peg kaki pembonceng juga sudah uzur dan perlu diganti kerana sudah lusuh.

Begitu juga kondisi tayar motosikal yang sudah berusia. Namun, penjual tersebut tidak mendedahkan maklumat mengenai masa terakhir dia menukar tayar motosikal itu.

Sebagai makluman, RD200A itu sudah pun dijual pada harga AS$3,300 (RM14,020). RX-Z Boss lagi mahalkan? 😅

BACA >>> Batcycle untuk Dijual, Bikin Guna Yamaha DS7 Siap dengan Sidecar untuk Robin

GALERI

SUMBER: RideApart

Jipang lelong motosikal jipang roda2 sportbike Sportbike Klasik Sportbike Vintaj Streetbike 70-an Yamaha RD200A Yamaha RD200A (1974)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 12/06/2020 11:15

      Cantiknya ! kalau beli pun sayang nak naik, barang antik la katakan.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.