Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia – Harga RM10,500 Seunit
Roda2

Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia – Harga RM10,500 Seunit

Abang GYLBy Abang GYL11/07/201715 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

yamaha nvx 155 malaysiaSEPERTI diramalkan, Yamaha Hong Leong Motor (HLYM) secara rasmi memperkenalkan Yamaha NVX 155 ke pasaran tempatan. Model skuter yang dinanti-nanti ramai itu dijual pada harga RM10,500 dan turut menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

HARGA

  • Yamaha NVX 155 – RM10,500

* Atas jalan termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan

yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia

Pada Oktober tahun lalu, Yamaha NVX 155 menggemparkan peminat tempatan dengan melakukan kemunculan sulung pada acara MotoGP. Ternyata kehadiran motosikal tersebut membuatkan ramai peminat skuter tidak senang duduk.

Di Indonesia, Yamaha NVX 155 (dikenali sebagai Aerox 155) didatangkan dalam tiga varian, Standard, Versi S dan S (paling premium). Namun, bagi pasaran Malaysia, Yamaha NVX 155 hanya didatangkan dalam satu varian saja – paling premium.

yamaha nvx 155 malaysia
harga yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia

ENJIN SAMA SEPERTI NMAX

Aspek mekanikal, Yamaha NVX 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang. Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Bagi kecekapan bahan api, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan sistem Mula-Henti (Start-Stop).

yamaha nvx 155 malaysia
meter yamaha nvx 155 malaysia
suspesi yamaha nvx 155 malaysia
lampu yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia

MENARIK TENTANG YAMAHA NVX 155

Berikut spesifikasi lengkap Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia:

  • Lampu depan dan belakang LED.
  • Brek depan besar dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Fork depan lebih besar bersaiz 26mm.
  • Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 25 liter – boleh muat dua helmet.
  • Ruang simpanan mini berserta soket elektrik untuk mengecas telefon pintar.
  • Skrin LCD 5.8 inci.
  • Sistem kunci pintar (keyless) dengan imobiliser.
  • Sistem Mula-Henti – membantu kecekapan bahan api dengan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
  • Pemegang belakang bersepadu – rekaan tampil lebih moden dan dinamik.
  • Tayar tanpa tiub 110/80-14 (depan); 140/70-14 (belakang).
  • Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan ciri keselamatan.
  • Walaupun tampak lebih besar daripada NMAX, tetapi berat keseluruhan 11kg lebih ringan (berat Yamaha NVX 155 – 160kg).
  • Panel digital sepenuhnya untuk paparan informasi seperti kelajuan, rpm, takat minyak dan operasi VVA.
yamaha nvx 155 malaysia
brosur yamaha nvx 155 malaysia

SPESIFIKASI

ENJIN 155cc SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal
DIAMETER & LEJANG 58mm x 58.7mm
NISBAH MAMPATAN 10.5: 1
KUASA MAKSIMUM 11kW (15PS) @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM 13.8Nm @ 6,250rpm
SISTEM PENGHIDUP Elektrik
SISTEM MINYAK Suntikan bahan api
TRANSMISI V-belt automatik
PANJANG x LEBAR x TINGGI (mm) 1,990 x 700 x 1,125
JARAK RODA 1, 350mm
BERAT 118kg
KAPASITI TANGKI 4.6L

FREM

JENIS Underbone
SUSPENSI Teleskopik (depan); Lengan Ayun (belakang)
TAYAR 110/80-14M/C 53P (depan); 140/70-14M/C 62P (belakang)
BREK Cakera 230mm (depan); Dram 130mm (belakang)

GALERI

yamaha nvx 155 malaysia
brosur yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
suspesi yamaha nvx 155 malaysia
lampu yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
harga yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
enjin yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
meter yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
lampu yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia merah
yamaha nvx 155 malaysia
enjin yamaha nvx 155 Harga Yamaha NVX 155 skuter yamaha nvx 155 Spesifikasi Yamaha NVX 155 Yamaha NVX 155 Yamaha NVX 155 Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026

    15 Comments

    1. 48r4him on 11/07/2017 21:02

      y,in malaysia too expensive then other country (indon n thailand)… .is it price for support gov?

      Reply
    2. Wan on 12/07/2017 06:54

      Sori. Minta maaf. Tak mungkin aq nak berbelanja 10k keatas semata untuk skuter yg msih soch ni. Mahal nak mampos!
      Terpakselah amik ego je.

      Reply
    3. Ghost Rider on 12/07/2017 09:26

      Paling Premium and 155cc, ok la tu RM10,500…nak murah ambik Solariz atau Avantiz la bro..habis cerita.

      Reply
      • kerbau on 12/07/2017 17:33

        nak murah naik bas.

        Reply
    4. suhaidi on 17/02/2018 11:03

      knp yer di indonesia ada 3 versi tapi di malaysia ada 1 versi…
      kata malaysia maju tapi selalu dibelakang..

      Reply
      • Rosdi on 01/03/2018 12:55

        tak baca betul2 ke, kan dh bagitahu versi paling premium…. a.k.a full spec… takkan la rakyat malaysia nk pakai yang cikai cikai

        Reply
        • EzZeZz on 03/03/2018 06:01

          Betul2 diorg ni x reti nak baca betul2 agaknya.. dah tentu yg versi Malaysia varian yg paling premium!

          Reply
          • Helmy on 08/07/2019 09:45

            Kt indonesia versi premium pun rm 8000 je bro

            Reply
    5. Shafina on 17/04/2018 20:29

      Kat kedai mana harga nvx 155 tan semua 12k . Boleh recommet kedai motor

      Reply
    6. Sam on 08/08/2018 20:14

      Blh suggest kt sy kdi mna yg ad.stok tuk mtor ni..urgnt n yg dpt hrg 10500…sbb sy p tnya kdi mejoriti.12500&11800…tlg.bgtaw sy mna sy nk dpt mtor yg nvx dgn hrga 10500…harap sgt yer kwn2…blh whtsap sy 0133344278

      Reply
      • Ffwc on 03/09/2018 22:12

        Jumpa tak bro? Aku pun cari tak jumpa bawah 11k

        Reply
        • Man jerun on 11/01/2019 13:12

          Nape tanya kedai harga rm 12500

          Reply
      • nyak on 04/03/2019 14:25

        tu harga motor shj bos.. tak termasuk harga on the road (cukai + insuran + cukai jalan).. harga kt kedai skrg 11800

        Reply
    7. eynahurm@gmail.com on 06/03/2019 10:57

      diposit brapa ya ?

      Reply
    8. El-Ghafari on 08/07/2020 13:03

      Setakat ni Nvx terbaik dr aspek pemanduan,stabil dan mengancam!Psl harga tepok dada tanya poket la bro.Malaysia mmng biasa la,harga mahal berbanding Indon/Thailand.Tax mahal bro.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.