Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NVX 150 Bakal Lancar Esok – 155cc, 15hp & 14.4Nm
Roda2

Yamaha NVX 150 Bakal Lancar Esok – 155cc, 15hp & 14.4Nm

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/10/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Yamaha NVX 150 PASARAN skuter Asean semakin berkembang pesat, tetapi di Malaysia, skuter 150cc di bawah lencana Jepun sebenarnya tidak banyak pilihan dengan hanya dua produk ditawarkan, Honda PCX150 dan Yamaha NMAX 150.

Difahamkan, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) – mewakili Yamaha Motor Co Ltd – bakal melancarkan satu produk serantau di bawah segmen 150cc pada acara MotoGP di Sepang, esok.

Malangnya,  PanduLaju tidak dijemput ‘mencemar duli’ (walaupun sudah beberapa kali memperkenalkan diri). Tidak mengapa, mungkin HLYM perlu bertapa dahulu sebelum buat keputusan.

Yamaha NVX 150 Ataupun masih sibuk melontar dadu untuk memasukkan nama PanduLaju dalam senarai media HLYM. Kami pun tidak mahu terhegeh-hegeh sangat.

Tetapi, buat pembaca yang sentiasa menyokong PanduLaju, kami dedahkan lebih awal model tersebut. Diulangi, HLYM bakal memperkenalkan Yamaha NVX 150 bagi pasaran Asean sempena MotoGP di Sepang, esok.

Kami difahamkan Malaysia hanya akan membawa masuk Yamaha NVX 150 tahun hadapan. Jadi, masih sempat lagi anda menabung bermula sekarang jika ingin memiliki model skuter supersport itu. Yang pasti, harganya tidak murah!

yamaha-nvx-150-3INFO RINGKAS YAMAHA NVX 150

Khabarnya Vietnam akan menjadi negara pertama memasarkan Yamaha NVX 150. Melihat pada rekaan, boleh dikatakan model berkenaan memiliki gabungan rekaan Yamaha GT 125, Yamaha Xeon RC, dan Yamaha Aerox (model skuter di Indonesia) yang menghasilkan aura sporty.

Kebanyakan pemerhati dua roda menyatakan Yamaha NVX 150 ialah penerus legenda Yamaha Nouvo.

yamaha-nvx-150-1

Rekaan sporty boleh dilihat menerusi lekukan badan tajam pada bahagian sisi, mirip NMAX tetapi lebih runcing. Lampu depan pula didatangkan dengan ciri LED. Begitu juga lampu brek, manakala rekaan lampu signal terpisah daripada lampu depan.

Tempat duduk penumpang dibuat lebih tinggi berbanding penunggang, sekali gus memberikan kesan rekaan pelana motor sport.

yamaha-nvx-150-2MEKANIKAL

Kami difahamkan Yamaha NVX 150 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang.

Hasilnya, skuter itu mampu memjana kuasa 15hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik.

HARGA

Berdasarkan risikan diperoleh, kami menjangka Yamaha NVX 150 dijual pada harga hampir sama seperti Yamaha NMAX.

VIDEO

HLYM Hong Leong Yamaha MotoGP 2016 motogp sepang Motor skuter Yamaha NVX 150
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026

    2 Comments

    1. Muhama Nizam on 25/03/2017 19:56

      Area mana bole sy tngok

      Reply
    2. Mzn on 18/10/2018 23:49

      Dah kuar blm ea nvx150 ni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.