• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOTO: Honda PCX Versi Dipertingkatkan (2015) - Harga RM9,999

MOTO: Honda PCX Versi Dipertingkatkan (2015) - Harga RM9,999

January 12, 2015 By admin.pandulaju 2 Comments

FacebookTwitter

065HONDA PCX mula memasuki pasaran Malaysia pada 2012 dan kini skuter moden itu sekali lagi diberi nafas baharu dengan menampilkan gaya tunggangan yang lebih bergaya dan ranggi.

Berbanding versi terdahulu, PCX serba baharu ini adalah lebih bergaya menerusi kehadiran lampu hadapan, signal dan belakang LED selain penambahan fungsi kecemasan atau lampu ‘hazard’.

051Lebih menarik, meter kelajuan dipaparkan oleh jarum bercahaya bergerak di sekitar bahagian luar panel LCD, yang mengandungi satu odometer, meter perjalanan, tolok bahan api. Kedudukan menunggang dengan gaya ‘sit-in’ juga menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada penunggang.

Kotak konsol yang terletak di bawah sebelah kiri ‘handle’ dilengkapi slot elektrik 12V AC manakala ruang penyimpanan di bawah tempat duduk lebih luas yang mampu memuatkan topi keledar ‘full-face’.

070Selain itu, ciri keselamatan turut dinaik taraf. Antaranya penggunaan ‘Sistem Respon Kawalan Jauh’ yang dapat menentukan kedudukan motosikal dan penggera anti kecurian.

036Dari aspek mekanikal, PCX masih mengekalkan penggunaan enjin yang sama iaitu unit kuasa bersesaran 149cc SOHC 4-lejang bersistem penyejukan cecair dan mampu menjana kuasa maksimum 12hp pada 8,500rpm serta tork maksimum 13Nm (5,500rpm).

Untuk penjimatan penggunaan bahan api, ia turut dilengkapi sistem mula/henti (start/stop) yang mematikan enjin secara automatik apabila berhenti melebihi tiga saat dan kembali hidup untuk bergerak sebaik memulas pedal minyak. Lebih menarik, ia mampu beroperasi dengan senyap dengan menggunakan pemula ACG.

062043    042Honda PCX baharu dijual pada harga RM9,999 dengan jaminan dua tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).

Maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda di Talian Bebas Tol 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang, kecuali cuti umum).

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2, Roda4 Tagged With: Boon Siew lancar Honda PCX 2015, Harga Honda PCX, Honda PCX 2014, Honda PCX 2015, Honda PCX ditambah baik, Honda PCX edisi terhad, Honda PCX RM9999, Honda PCX versi dipertingkatkan, Test Ride Honda PCX, Tunggang Uji Honda PCX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • India Tawar KTM 250 Adventure (2023)  dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
    India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
  • Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
    Hyundai Mufasa (2023) Diperkenal di Shanghai, SUV Direka Khas untuk China
  • Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
    Kove 450RR Sedia Dihasilkan, Klon Ducati Panigale yang Mampu Saingi Kawasaki ZX-4RR
  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar di Colombia, Harga RM8.5k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my