Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha NMAX ABS (2023) dengan Warna Dark Blue Kini di Jepun, Harga Mula RM12k
Roda2

Yamaha NMAX ABS (2023) dengan Warna Dark Blue Kini di Jepun, Harga Mula RM12k

Abang HirataBy Abang Hirata23/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS memperkenalkan Yamaha NMAX biru di Indonesia dan pasaran tempatan, tiba pula giliran Yamaha NMAX ABS dalam warna biru gelapDark Blue untuk pasaran Jepun.

Pilihan Dark Blue itu adalah tambahan kepada dua warna sedia ada Matte Dark Green (hijau gelap) dan Matte Dark Gray (kelabu gelap). Di Malaysia, selain biru, Yamaha NMAX juga ditawarkan dalam warna merah.

Yamaha NMAX ialah skuter maksi bagus yang memiliki rupa, dan warna kusam cantik dengan brek cakera depan dan belakang berliang, manakala saiz pula sedang elok, dan harga berpatutan. Cuma tinggal tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saja untuk pasaran tempatan.

Jika Yamaha NMAX versi Malaysia  (foto atas) hanya ditawarkan dalam enjin 155cc, manakala Yamaha NMAX ABS pasaran Jepun pula dijana enjin silinder tunggal 4-lejang 4-injap 124cc SOHC penyejukan cecair yang menghasilkan output kuasa 10hp (12ps) @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm.

Sebagai perbandingan, enjin Yamaha NMAX 155 versi Jepun menghasilkan 13hp (15ps) @ 8,000rpm dan tork 14Nm @ 6,500rpm.

Sama seperti 155cc, enjin 125cc pada Yamaha NMAX ABS dilengkapi teknologi Blue Core dan sistem Smart Motor Generation (SMG) yang membolehkan enjin dimatikan dan dihidupkan semula dengan senyap.

Kapasiti tangki petrol kedua-dua model sama, iaitu 7.1 liter. Namun, walaupun berlainan sesaran enjin, kedua-dua Yamaha NMAX 125 dan 155 mempunyai berat sama 131kg.

Bagaimanapun, Yamaha NMAX ABS tiada ciri Y-Connect seperti Yamaha NMAX 155. Memang ada perubahan spesifikasi untuk model 2023. Merujuk artikel Mei 2021, Yamaha NMAX 125 ABS dilengkapi Y-Connect yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar.

Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Sistem Lahu Henti (ISS) pula dikekalkan.

Skuter maksi ini ditawarkan pada harga 379,500 yen (RM12,040), lebih mahal daripada model 2021 yang berharga 368,500 yen (RM14,020). Perbezaan itu juga menunjukkan kadar tukaran mata wang pada Mei 2021 dan Julai 2023.

Yamaha NMAX 155 (2023) pasaran tempatan tanpa ABS dan Y-Connect dijual pada harga RM9,798. Di Jepun, Yamaha NMAX ABS adalah model import dari Indonesia.

BACA >>> HLYM Perkenal Dua Warna Baharu untuk Yamaha NMAX (2023), Harga RM9,798!
BACA >>> Thailand Lancar Kapcai Bajet Yamaha Finn (2023) dalam 4 Varian, Harga Mula RM5.4k!

skuter skuter maksi Smart Motor Generator (SMG) Yamaha Yamaha Blue Core Yamaha NMAX yamaha nmax 125 Yamaha NMAX 125 ABS (2023) Yamaha NMAX ABS Yamaha NMAX ABS (2023)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.