Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Mula Cari Pasukan Satelit MotoGP, Debut 2024?
Auto Terkini

Yamaha Mula Cari Pasukan Satelit MotoGP, Debut 2024?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA dalam kejuaraan lalu adalah satu-satunya pengeluar yang diwakili satu pasukan sahaja dalam MotoGP. Malah, Yamaha juga tiada pasukan satelit untuk musim 2023 selepas pasukan dari Malaysia RNF mengambil keputusan menggunakan jentera Aprilia.

Beberapa minggu lalu, timbul desas-desus VR46 mungkin meninggalkan Ducati untuk beralih kepada jentera Yamaha. Khabar itu kecoh gara-gara pengumuman Presiden Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Jorge Viegas yang mendakwa VR46 akan meninggalkan Ducati untuk Yamaha pada 2024.

BACA >>> RNF Yamaha Jadi CryptoDATA RNF Aprilia untuk MotoGP 2023
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026

LIN JARVIS

Terbaharu, pengurus Yamaha Racing, Lin Jarvis mengesahkan pihaknya memang sedang mencari satu pasukan satelit MotoGP baharu.

Ya, memang pun. Kami memang pasang niat nak muncul (dengan pasukan satelit) secepat mungkin,” katanya.

Musim 2022 menyaksikan juara tahun lalu, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) tewas kepada pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dalam aksi final MotoGP di Valencia.

Jarvis berkata, jurang bilangan jentera Yamaha dan Ducati di trek tidak memberi kelebihan kepada pihaknya. Menurutnya;

Tahun depan, memang tak ada kelebihan sebab kami ada dua motor saja. Dah tentu depa (Ducati) kumpul banyak data. depa bukan saja ada lapan motor, tapi lima atau enam rider yang betul-betul laju. Depa semua memang laju tapi cuma ada lima atau enam rider yang betul-betul perform.

“Dengan semua data itu, depa boleh cuba setiap jenis tayar (ketika sesi Latihan) dan boleh buat semua benda dan menilainya. Sudah tentu itu kelebihan.

“(Tapi) Kami tak mau ada sampai lapan motor sebab itupun satu beban. Ada kelebihan, tapi juga satu beban sebab kena support lapan motor. Penilaian kami, setakat empat motor sebab itulah paling optimum. Cuma agak sedih jugalah sebab tahun depan (2023) kami tak dapat empat motor.

“Tapikan, harap-harap kami dapat secepat mungkin (empat rider) dalam masa terdekat. Kami akan muncul dengan satu pasukan satelit Jaga-jaga naa…”

Yamaha pernah menyokong dua pasukan satelit pada awal MotoGP, iaitu Tech3, diikuti SRT.

BACA >>> Aprilia Racing Dedah Jentera RS-GP (2022), Tidak Lagi Bersama Gresini
BACA >>> RNF Aprilia Rekrut Oliveira, Fernandez untuk MotoGP 2023

TIM MANA PALING SESUAI?

Selain RNF (Aprilia), ada lima pasukan bebas MotoGP, iaitu Pramac (Ducati), LCR (Honda), Tech3 (KTM), VR46 (Ducati) dan Gresini (Ducati)

Hanya dua pasukan, iaitu VR46 dan Gresini menggunakan model lama Ducati yang dikatakan berada dalam radar Yamaha.

Melihat sejarah Valentino Rossi bersama Yamaha, khabar angin mengenai kerjasama dengan VR46 sudah lama kedengaran sejak era Moto3 (2014) hingga Moto2 (2017) dan kini, kelas premier (2022).

Pada masa sama, Sepang Racing Team (SRT) menerima perjanjian tiga tahun menggunakan jentera Yamaha YZR-M1. Rundingan sukar dimeterai untuk VR46 kerana Rossi ketika itu ialah pelumba SRT.

Ini menyebabkan VR46 terpaksa memilih Ducati dan memeterai kontrak tiga tahun sekitar Jun 2021. Tidak lama kemudian, Petronas pula tidak berminat menyokong SRT dalam kancah GP hingga kedua-duanya berpisah pada Ogos tahun ini.

Jika Yamaha tahu Petronas mahu undur diri, mungkin pengeluar Jepun itu memilih VR46 sebagai pasukan satelit berbanding SRT. Yamaha juga berhati-hati dengan projek baharu Datuk Razlan Razali yang membentuk pasukan RNF daripada SRT.

Jika VR46 nekad menghormati kontrak bersama Ducati, pilihan terbaik Yamaha untuk pasukan satelit musim 2024 ialah Gresini.

Selepas berpisah daripada projek Aprilia dan menjadi pasukan bebas sepenuhnya, Gresini kemudian menandatangani perjanjian dua tahun bersama Ducati. Musim pertama membuahkan hasil apabila Enea Bastianini mencatat empat kemenangan dan menduduki rangking ketiga MotoGP 2022.

Pengarah Komersial dan Pemasaran Greisni, Carlo Merlini berkata;

Perjanjian kami dengan Ducati adalah pada 2022 dan 2023. Rancangan 2024 masih dalam peringkat perbincangan.”

SUMBER: Crash

Auto Terkini Carlo Merlini Francesco Bagnaia Jorge Viegas Lin Jarvis MotoGP MotoGP 2023
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Turun Minggu Ini

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Polisi BDR Penjawat Awam, Kurangkan Subsidi RM4.2 Juta

    28/05/2026
    Auto Terkini

    Rider Makanan Tertekan, Tempahan Merosot Sejak Awal Tahun

    28/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.